Thursday, September 6, 2012

Memburu Durian Sayur.


Assalamualaikum semua.

Sekarang teringin betul nak makan Durian Sayur. Durian sayur bukan lah menjadikan daun durian D46 atau baka-baka durian yang saya lupa nama semua sebagai sayur. Tidak.

Eh, rasa annoying dengan diri sendiri mukaddimah panjang. Bagi tahu sahajalah apa. Baiklah. Durian Sayur juga dikenali sebagai Durian Belanda. Faham? Saya baru tahu. Mek saya yang panggil. Rupa-rupanya di Kelantan Durian Belanda dipanggil dengan nama itu. Selamat memepelajari bahasa loghat baru. Orang putih panggil Soursop. Sekian.



 Durian sayur a.k.a durian belanda. Nama saintifik Google lah ye..


Dikatakan durian belanda ini banyak khasiatnya. Khasiatnya sila lah Google ye. Sekarang saya mahu cakap satu perkara berkaitan durian belanda iaitu khasiatnya sebagai salah satu pelawan kanser. No wonder lah sekarang ramai juga yang mengusahakan tanaman ini. Tapi buahnya susah nak dapat. Kalau jumpa, mahal pula harganya. Durian belanda mengandungi aktibakteria, antikanser, antitumor dan astrigen.

Ibu kawan saya menderitai kanser. Kanser pankreas. Kanser tahap 4.  Kasihan dia. Kalau itu ibu saya pun, mesti saya susah hati. So salah satu usaha/ikhtiar kawan saya cuba lah cari durian belanda ini. Tapi susah sangat. Ibu dia tak selera makan dan minum. Makan ubat pun susah. Sedih.

Saya juga pernah bertanya dengan pekerja-pekerja kedai Mama pernah ke tak nampak orang durian belanda lately. Semua kata tiada. Saya juga pernah terjak Giant, Presto dan Carrefour. Hampa. Pasar malam pun tiada. Waktu nak mesti tiada, kalau tak nak ada je nampak. Hmmm

Oh, saya juga pernah ke pasar bunga. Yang saya jumpa hanyalah anak pokok Durian Belanda. Bukan buahnya. Hari itu pulang ke kampung pun, rumah Mek tinggal sebatang sahaja pokoknya. Itu pun mahu tak mahu hidup. Sebelum itu berbuah dua biji. Dah tiada rezeki. Kalau ada boleh bawa pulang KL dan bagi dekat kawan saya itu.

Mak Ton pun tahu tentang khasiat durian belanda melawan kanser. Dia kata orang yang sukar mengandung pun boleh cuba juga. Di Indonesia doktornya ada juga menasihati pesakit untuk memakan Durian Belanda kerana khasiatnya itu.

Jika sukar untuk mendapatkan buahnya, kita bolehlah memetik daun pucuk durian belanda. Bermula dari yang paling tinggi. Kita petik dengan kiraan ganjil. Maknanya kita petiklah daun sebanyak  5 ke 7 ke 9  dari atas. Kemudian direbuskan sehingga airnya kering separuh. Kemudian diminum didahului dengan selawat Nabi.

Pergi Carrefor jumpa lain. Buah delima dan avocado.

Terus gedik Instagram dan kawan cakap Alpukat sedap....uwaaaaa...Alpukat = Avocado + Susu pekat +  Ais diblender kemudian siap tuang coklat sos....terangkatttttttttt
* temgok gambar pun tahu aku Google jek,,,hahaha

* Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Insya-Allah.

Bye..



No comments: