Tuesday, September 11, 2012

Pernah Cuba Berbekam?


Assalamualaikum.

Siapa sini pernah berbekam? Saya tak pernah. Tapi pernah melihat proses dari awal hingga habis berbekam. Bergelen-gelen gambar saya tangkap. Berkapal-kapal video saya rakam sambil muka kerut-kerut. Ewwah. Berlebihan betul lah wanita ini.

Dalam entry lepas-lepas saya ada kan cerita Abah bengkak kaki akibat jangkitan kuman kan. Cellulitis nama kedoktorannya. Doktor cakap tak merbahaya cuma perlu makan antibiotik dan ubat bengkak. Kalau cepat kita rawat, 2-3 hari dah baik dah tapi kalau lambat-lambat lepas itu kuman membesar gagah bagaikan johan Hercules dan sewaktu dengannya, lambatlah baik. Abah adalah dalam 25 hari kaki Abah bengkak. Beraya bertongkat berpapah la juga.

Walaupun jangkamasa pulih lama, tetapi Alhamdulillah ada progres memberangsangkan. Jika dulu kaki Abah sakit sampai bertongkat, nak pijak lantai betul-betul pun susah tapi sekarang tidak lagi. Abah sudah boleh berjalan macam biasa tapi masih ada saki baki kesakitan. Dia pun cepat penat.

Semoga Abah pulih seperti sediakala. Aaaamiin.

Jom recap rupa kaki Abah waktu kena Cellulitis.




Nampak beza kaki kiri dan kanan? Yang ini selepas beberapa hari. Kalau tak lagi kembang... 


Betapa besar kaki pak Ghani...tapi mulut ligat saja berborak dekat kedai. Macam sihat-sihat. Kain pelekat pon kain pelekat lah.

Bila balik kampung, tetamu yang datang beraya buat macam-macam cadangan berubat. Siap ada yang buat solat hajat dan hembus dekat air untuk diminum. Orang kampung panggil air tawar a.k.a air penawar kot? (bahasa kelantan, maklom lah ye)

Sebelum pulang ke kampung, Ada juga kami pergi ke masjid Tabung Haji untuk membayar zakat fitrah. Ustaz/Imam itu minta kami sediakan Air satu botol, minyak zaitun, bawang putih. Dia baca-bacakan juga. Kemudian di suruh bancuhkan bedak sejuk dengan air atau minyak kemudian tempekkan ke tempat berkenaan sambil berselawat.Kita hanya berusaha dan berikhtiar. Allah yang menentukan. Insya-Allah.

Rupa kaki yang ditempek 'air tawar'

Kulit menggelupas. Maaf kalau nampak geli...

Beberapa hari kemudian kaki abah yang makin mengecut dan menyebabkan penukaran kulit baru. Nampak tak kulit mengecut itu? Serius kau boleh tarik-tarik je...hehehehe. Waktu ini kaki masih sakit lagi.

Dan akhirnya. apabila kaki abah makin  baik, dan boleh berjalan, Abang yang hantar sayur dekat kedai cadang buat bekam. Elok kata dia. Buang darah kotor. Kebaikan bekam jenguk sini lah.

Saya bawa Abah buat Bekam Basah. Dekat Giant Mall, Kelana Jaya sahaja. satu 'cup' RM15. Ok la kot kan? Abah kena 16 cups.

Mula-mula dia tempek itu cups. Akan nampak lah badan kita ini banyak angin ke apa kan....

Haaa..nampak? Ada angin lah...

Dia akan pam-pam kan cups tuh...

Dia akan urut-urut...untuk memudahkan darah yang kotor keluar...


Dia pakai pisau cukur fresh tau....dia akan lorekkan laju-laju dekat kulit dan telangkup cups semula dan biarkan darah kotor berkumpul. Nampak? Saya ingatkan selama ini darah keluar dari liang roma..hahahah


Hasil? Jangan terkejut kalau dia begini. ada yang keluar dalam bentuk cecair, berlendir. Katanya semua itu darah kotor dan darah penyakit,,,


Lepas kena buka semua cups...

Kaki seksi berbulat-bulat..




Nampak lorekan pisau...? Ouuchh!

* Pengalaman berbekam: Sakit kejap bukan macam sakit sangat macam nak terberanak lah kan. Tapi melegakan selepas itu, Kaki terasa ringan...boleh cuba kalau mahu. Ini komen Abah saya lah kan. Kalau saya idaknya saya hulur lagi..hahahah!

* anyway..bukan orang sakit sahaja boleh buat bekam. Yang tak sakit pun boleh cuba jika mahu dan semangat kental macam Spiderman. Bekam ni Sunnah. Orang yang buat bekam ni cakap, buat dekat kepala yang paling baik. Tapi kene botakkan sikit lah.

* Hope kaki abah ada improvement. Maklum lah umur dah banyak-bayak, penyakit macam-macam datang

Bye!

No comments: