Friday, November 2, 2012

Tiada Gunanya Kau Nak Pandang Belakang...



Assalamualaikum semua.

Hai..Laaaamanya kita tak bersua. Hahahah! Macam la selama ini bersua kan. Setelah mengalami depressi 15% akibat gambar-gambar di blog telah hilang, kini saya bangun meneruskan kehidupan. Kisah yang lama jangan dikenang sangat. Kelak kita tidak sempat nak maju. 

Maka, marilah saya hidangkan dengan beberapa cerita yang bukan nya sedikit. Banyak sangat sampai tak tahu mahu cerita apa. Hai....photo yang ada belum edit lagi gara-gara masa yang terlalu cemburu. Tapi tak mengapa. Buat sikit-sikit. Demi kenangan.

Mana nak mula nih?

Sebab baru pulih dari kekecewaan, jadi marilah saya bentangkan sesuatu yang macam best. Macam. Macam ye...macam sahaja. Hahaha!

Nak bercerita hal rawak-rawak. Sebankan hujan. Jadi cerita pasal makan. Hahahah! apa lagi kan?

Ini apa? Bukan...ini bukan duku mahupun langsat mahupun dokong...TAPI...

Ini buah sentul youu~ seumur hidup baru sekali tengok dan ambil tahu tentang buah duku. Hahaha.

So bukan Mat Sentul cerita lama-lama je boleh glamer, buah pon bole! Jadi siapa boleh teka...siapa dulu yang jadi Sentul? Orang ke Buah? (hahahha! teka teki bodoh jangan dilayan)
Ini pula? Apa? Tali pinggang kah?

Bukan! ni ialah buah beko
Besardan panjang...


Buah beko sesuai dibuat kerabu. Sedap youu~~ 

(Buah beko tuh potong nipis-nipis, rebus atau bakar sampai lebut. Kuah kerabu dia? Cili, halia, bawang, garam, gula, black pepper tumbuk-tumbuk, tuang atas beko yang dah siap tuh. Letak santan. Gaul. Siap sedia)


Siapa tahu ini apa? Ini solok lada. Salah satu pilihan lauk untuk digandingkan dengan nasi kerabu. Tak payah nasi kerabu pun tak apa. Makan biasa pun bole..suke ii



Oh..ini kegemaran Mama saya. Bukan saya. Peria katak kot nama? Hasil petik dekat pokok

(Ikan direbus- siap - buang tulang - tumbuk halia, bawang merah sikit, kelapa, daging ikan , lada hitam, garam, gula, aji - sampai lumat - letak dalam bekas, letak sebiji telur putih gaul-gaul bagi lekat - sumbat dalam badan lada- rebus/kukus! - tuang air santan sikit atas dia)

Nak selam minum air, buat kerja 2 or 3 in 1 - dalan periuk boleh letak kacang panjang ke bendi ke macam alas kat bahagian lapisan bawah seklai, lepas tuh tingkat dengan lada yang siap sumbat tadi. Tuang santan atas dia.  dan kukus kan sahaja! Cunnn!

Terus ko dapat makan kacang panjang celur + solok lada. Selesai masalah

OK. Ini sahaja modal saya apabila kembali berblog.

Sekian.



No comments: