Monday, November 26, 2012

Apa Ke Gaya Nak Handle Sesuatu Reunion


Assalamualaikum...

Sepatutnya nak main tempek-tempek sahaja gambar tapi akibat line internet ni macam tak memberi kerjasama, maka terus pakai backup planning - tukar tajuk.

Adik-adik, eh...nak bagi tips adik-adik je ke? Ye la. Kau ingat aku ni professional event planner kah? Akak pertama kali dik.

Once bila popo up dalam kepala "jom reunion" ada beberapa perkara kena consider.

1- Penyatuan suara ahli. 

Sama ada anda seorang diri syok sendiri atau memang kehendak orang ramai.

2- Buat planning. 

Kita kena tahu apa kondisi kita dan lain-lain. Macam akak ini kan, kami-kami ramai dah berkahwin dan beranak dan bekerja. Jadi planning kalau boleh jangan kacau jadual orang. Sebaiknya ambil suara majority mahu buat bila dan di mana atau jam berapa. Kemudian tanya pandangan lah kan...

3- Pelaksanaan perancangan dan kawalan dan susun atur.

Seeloknya kena wujudkan AJK. Tapi secara peribadi pandangan akak la kan, setakat reunion kecil-kecilan elok satu atau dua orang sahaja. Macam akak ni takat nak ajak budak kelas je kot. Bukan nak jemput tetamu datang majlis kenduri kahwin yang boleh memuatkan dewan sebanyak 6ribu orang pon

Masa ini lah kau kene fikir apa gaya kau nak handle. Macam akak ni memang style koboi-koboi cikai je. Mana ada masa. Shortcut habis

- buka group wall dekat FB minta pandangan
- survey berapa setuju
- pilih masa sesuai (pakai poll)
- lokasi mana (pakai poll)
- tarikh bila (apakai poll)
- bincang secara kasar apa aktiviti nak buat

Once sepakat bawa berkat, kita proceed
- buka event. Official punya.
- sini kan lebih details. So kita boleh kenalpasti yang datang berkeluarga ke tak, berapa ramai.
- bentangkan keperluan semasa hari kejadian..
- do tracking. Segalanya. Mana yang lost contact semua usaha cari ramai-ramai.

Cuba berpegang teguh dengan plan. Kalau tukar-tukar selalu orang pun fed-up kot kan...

So! Finally...Aktiviti kami - Reunion PKA1 SMT Klang (1999-2000)

1. Tarikh : 11/11/2012 (amacam? cun tak tarikh? macam nak kawin weh)

2. Masa : 10.30pagi - 2.00petang (ini dah kira dah janji melayu ke lambat ke, aktiviti selepas itu, apa semua lah)

3. Tempat : Tasik Shah Alam 

5. Aktiviti - Chita chat makan-makan potluck dan main tukar-tukar hadiah..

Sekarang rasa macam lapar lah. Nak tempek makanan se-pam dua di hari kejadian. boleh?

 Sedap tak nampak? Memang sedap-sedap belaka...

Boleh tak boleh....saya nak tampal jek le..sebab ini blog saya lah...hahaha..

Bye!


No comments: