Wednesday, November 21, 2012

Musim Durian...Aku Nak Jadi Kepochi Lah Kejap



Assalamualaikum semua..

Boleh tak? Boleh tak ni ? (apa tiba-tiba tanya boleh ke tak nih?..Isk)

Alah, boleh ke kakak ini menjadi kepochi pada hari ini. Macam nak laungkan hanya dia yang mempunyai dan menikmati durian di atas muka bumi yang berbentuk sfera ini. Hahahaha!

Gasak je la.

Semalam. 

Semalam supplier call. Saya busy. Sangat lah. Dah la ketiak rasa basah-basah dah sebab aircond tiada - akibat dicuri compressor nya. Memang nak maki je siapa lah dalang yang berani mencuri dan mengakibatkan kebasahan ketiak ini. Vennnnnccciii...Rasa macam buat kertas kerja dalam balang stim atau sauna sahaja kot. Tak tahu lah bole turun 3-4 kilo ke tak kan.

Oh. Tadi baru berazam nak kepochi hal durian. Tapi tersalah topik kepochi - Aircond.

Sambung balik. Semalam wakil supplier call. Tanya bagaimana mahu sampai ke office kami yang duduk ceruk rantau ini. Tapi terus mata kami bercahaya bling bling bling sebab dia cakap nak hantar durian all the way from Balakong ke mari. Bukan main hati ini dup dap dup dap tunggu dengan sabar. Maaf lah. Orang dah lama tak pekena durian memang mempunyai reaksi over sikit dari selalu. Eh...sekarang orang duduk pum pang pum pang hal Durian Crepe. Tapi akak sampai saat ini belum rasa. Tak ada sapa ke nak bagi kat I ni.

Petang itu...dia mari....lalalalala...walau panas aircond tiada..kami balun jugakkk....

Enjoy!

3 dari 4 guni durian yang dibagi supplier...TQ sangat...dapat lah kakak ini melepaskan perasaan teringin yang membuak-buak dalam hati ini..

Kerumunn! 


Let the man do the thing...hahahha! I ngap jek!




Kegigihan mengopek durian...semua tunjuk bakat lah...



Gaya dan cara-cara...skrew driver dan pisau makan pun jadi jugak lah...main cungkil-cungkil...semua demi durian...oh durian ku...eh?


Yang bagi sokongan padu...



Yang seronok-seronok


Oh...boss juga excited...hmm...nasib boss tak minat blogging..kalau tak...eh?


Isi nya? Oh...semua cantik-cantik...soalan kuiz: durian baka apakah ini?

Dah habis dah aku jadi kepochi (eh...bukan selalu2 pon ko macam tuh ke?)

Bye!
 

2 comments:

mizzura said...

saya jawab..! saya jawab..!
Tetiba aku pun terdetik bukak blog tengok ko baru sepoh menet hapdate..haha...

bos ko memang girang eh..aku tengokk..aduhhh..

Azira...Nozie...Kechik said...

zura: dia serious dan macam anti social gayanya...sekali kenal...umur2 gini pon dia boleh pergi nari oppa gangnam style masa birthday dia hari tuh..haha..

* dia workholic.