Thursday, December 6, 2012

Cuti-cuti Sabah (1) : Planning


Assalamualaikum...Hai...hai...

Kali ini pun nak cerita perkara yang telah berlalu pergi. cuti-cuti Sabah.



Oh Sabah...Boleh bah Qalau Qau...
Actually rasa macam planning cuti-cuti ni spontan sahaja. Tiba-tiba. Kebetulan ada promo tiket AirAsia, maka aku + Asni + Tina tanpa segan silu telah mem-booked kan tiket ke Negeri di Bawah Bayu itu. Aku percaya kalau tak sebab Anem sudah sarat mengandung, pasti beliau akan ada dalam perancangan ini. Hahahah

Pengembaraan (kembara ke?) ke Kota Kinabalu ada lah dari 15 - 18 September 2012. Tarikh Percutian ini mengambil kesempatan ke atas Hari cuti Umum - Hari Malaysia. Jadi kami tak payah la mohon cuti banyak sangat kan. Cuti tahunan pun gitu-gitu sahaja bakinya. Ehem

Sebenarnya sebelum decide nak ke Sabah ni kami cadang nak pergi Vietnam. Tapi tiada rezeki tiket offer habis sudah. Jadi kami-kami ini gigih la buka website & AirAsia dan grab apa adanya. Kalau tak ada tiket lagi murah. RM25 sehala kot? Tapi macam biasa - hot items selalu cepat sold out dalam sekelip mata.

Ni belanjawan kami sebanyak 3 orang. Belanjawan termasuklah harga tiket, harga makanan, harga bagasi dan juga hotel.

Ini aku booking dalam bulan May. Nak terbang bulan September (hampir 4 bulan sebelum itu lagi - Gigih kot?).

Klik untuk tumbesaran lah...

Tiket + Makan atas flight pergi balik + bagasi pergi balik: RM 890 (purata seorang: rm297)
Hotel (Pantai Inn): RM 365.40 (purata seorang: 121.80)

TOTAL: RM1255.40 (Purata belanja tiap orang: RM 418.50)




Sebab utama pilih pantai Inn? (booking pakai Agoda.Com)

1) Sebab dia menawarkan bilik triple. Maka kami-kami boleh mengadu-domba setiap hari tanpa dinding.
2) Dia di tengah-tengah bandar. Kami sepanjang sini semua jalan pakai kaki jek. Strategik!
3) Murah berbanding dari hotel lain. Apartment? No thanks. Nak balik tidur je pun.
4) Sebab pasar Gaya ada bawah hotel jek.
5) Kedai makan melayu ada kat bawah tuh - Kedai Kopi Kak Tini

Watak utama dalam ini misi?


Kudut betul itu worang...adeh~

No comments: