Thursday, December 20, 2012

Cuti-cuti Sabah (7): Hati Tertinggal Di Kinabalu - Hari ke 3 (18Sept2012)


Assalamualaikum semua..



 Sekadar hiasan...sob sob sob

Ewwah ewwahh...da bunyi macam Dejavu di Kinabalu. Siap main hati bagai lagi kan kau. Tapi tidak mengapalah. Bukan selalu. Kalau nak reka ayat sastera mesti jadi macam bahasa sanskrit ke apa tah sebab merepek susun kata dalam ayat yang bakal keluar nanti.

Rasa-rasa yang ni dah last part cuti-cuti sempoi Sabah kami yang tak rushing langsung. Buat relax selamba derk jek. Macam semua tak dirancang pun iye juga. Sebab memang langkah kaki asal ikut detik hati. Liburrrrrrrrrr sahaja. Nasib baik tiada sayap. Kalau tidak mahu aku terbang-terbang. Menyelam sudah buat.

OK. Awang datang ambil kami dengan penuh semangat untuk menghantar kami ke lapangan terbang. Nah kau. Lapangan terbang. Bahasa skema. Ecececececeh~. Kapal kami 6.55pm. Lambat lagi nih.

Maka Awang telah membawa kami meronda sana sini untuk membunuh masa sambil-sambil mencuci mata dan tak lupa sebagai tukang tangkap gambar. Ehem. Siapa lagi aku nak harapkan kalau bukan dia?

Kami pergi Muzium. Yes. Sangat nerd pabila menyebut muzium. Tapi sebenarnya dia sangat lah sesuatu yang exciting untuk mengaut ilmu pengetahuan dan mencuci mata juga. Tapi kami tak lah masuk dalam muzium. Terus redah masuk Rumah Warisan sahaja. Itu pun take time juga meronda. Kalau tak dikejar waktu mungkin semua pelusuk Muzium kami berjaya jelajah.

Hi All. This is the Museum. Dikatakan dalam ini ada tulang ikan paus. Tapi kami tak masuk sana.

Yang kiri tuh pintu Muzium. Kalau pergi kanan masuk Kampung Warisan. Kampung warisan lah yang kami tuju.

Ada kereta lama..lalala..aku feeling kalau ada pakwa amik aku naik kereta ini dan pergi jalan-jalan...hahaha..mesti aku feeling macam Sayang Salmah atau Lantai T-Pinkie..ceh!

Follow this way bebeh!

Jambatan gantung..bawah tuh ada nampak bunga teratai bersepah-sepah. Sayangnya gambar aku semua bergegar. Takmau aku tempek sini. Kecewa OK. Sapa-sapa ada gambar cun pasal teratai kat situ...bagi lah kat aku. Nak feeling jadi Fauziah Latif jap..hahaha!



Bukan rumah hantu. Ini lah rumah suku kaum dekat Sabah. Macam-macam suku kau..Ada banyak tau...Mula-mula mengada feeling seram. Konon je la kan...ha..jemput lah masuk. Kerusi meja semua memang takde la kan..



Pemandangan indah...oh terataii bunga cinta...lallala.. (apa benar lirik aku ini?)

Feeling jap..kekeke

Feeling tingkap sikit pulak...patut buat muka sayu..weh..apsal kau sengeh wehhh..rosak feeling

Notice tak what is the shape of the island?

Tuan rumah jemput minum..auumm

Penutup rumah Warisan..kita bergambar dekat pasu besar ..err..ini dipanggil tajau?


 And next..before pergi Airport, singgah Tanjung Aru...yahoooooo~

OK. Gambar naik flight sudah. Tidur terussss. Phenattt



* Aku ada tragedi separa malang hari itu. Ya Allah ya tuhan-ku permudahkan segala urusan aku. Itu lah dia. Lain kali ingat mana tempat simpan Pass Sementara masuk Sabah tuh..eh..ngeri dan cuak lah nak ingat...mintak dijauhkan. Sebenarnya bukan setakat pass je yang buat perangai nak hilang waktu itu. Semua bendalah hilang. Lepas satu..satu hilang. Sampai boarding pass tiba-tiba ghaib lah atas kapal masa nak ambil makana. Then beg kecik simpan GalaxyNote hilang...semua hilang la. Hilang mood I tau nak ambil gambar makanan...Hmmmm..puff! Macam nak pitam. Dah imagine macam terkands dalam terminal macam cerita "the terminal". Ceh! berlebihan sahaja aku ni kalau imagine..lepukkkk kang

Anyway..good experience there. Hope dapat menjejaki Sabah sekali lagi dan lagi dan lagi. Love Sabah very much. Nak explore banyak lagi. Oh! anyway...dekat Sabah saya berbelanja tak lebih dari RM200. Jimat kan? Seswai dibuat menantu nih sebab tak tau nak beli apa. Tapi kalau makan apa..memang aku pandai.


Sama ada aku nak pergi tawau atau sandakan..tapi makanan sana senang dapat ka? kang ada hari-hari buat BBQ kang

Thanks to ahli kempulan yang merealisasikan impian...love u both...

Bila nak pergi lagi? Kundasang semua kita tak naik lagi. Lepas ini tidur di kaki Gunung lah...hahaha (mimpiiii)

No comments: