Thursday, December 6, 2012

Cuti-cuti Sabah (2): Mahu Terbang (15sept2012, Sabtu)


Assaalamualaikum. Phew...Macam banyak masa pula Cik Azira pada hari ini ye?

Macam tu la lebih kurang petang-petang ini. Lagha betul rasa. Tapi kerja memang sudah siap. Sebab kejap lagi dah nak balik, maka entry pendek-pendek sahaja.

Hari yang dinanti telah tiba. Kami memang tak buat homework sangat nak jalan mana. Kami plan jalan-jalan Sabah, ambil angin, ikut langkah kaki. No stress. Menikmati alam ciptaan Allah.

Bertolak ikut waktu tiket: 9.25pm dan sampai KK 10.59pm

Muka yang paling tak sabar nak pergi kot. Ini belum muka nak pergi Perth ke Honolulu ke Korea ke apa kan..hmmm

 
Muka control ahli-ahli pasukan Amazing Holiday (bukan race!)

Sekarang muka hilang kawalan nak pergi balai berlepas..

Muka control Ayu masa dalam balai berlepas. Kill time~

Macam biasa. Muka hilang kawalan...Iklan ubat gigi dan cuci muka

Muka naik kapal. Control lagi lah.

 

Dah tak boleh bayang muka macam mana dah bila dapat makanan...hahahaha! 


Menu Tina - apatah nama Wrap wrap tah ape nama

 
 
Aku dan  Asni lapar nasi. Kasi balun sama dia. Syok wo nasi dia...

Lepas itu kami bantai tidur tanpa segan silu. Aaauuummm. Maklum lah kenyang.


Safely arrived there! Hujan renyai mengiringi kami...


Check in hotel: Pantai Inn, Kota Kinabalu


Bilik? Good for 3 orang gadis. Kami rapat kan terus semua katil supaya ada ruang lega sikit. (* Aku akan book ini hotel lagi kalau datang sbb srategik dan service not bad for me)

Nanti kita cerita aktiviti hari pertama kami di Sabah ya... 

Selamat malam dulu~

No comments: