Tuesday, December 18, 2012

Cuti-cuti Sabah (6) : Hari ke 3 - Jalan-jalan Beli Barang (18Sept2012)


Asslamaualaikum..

Sob sob sob. Hari ini hari last di tanah KK. Tak puas lagi ni. Rasa macam nak marathon macam Forest Gump jogging-jogging je dalam Sabah ni. Eh..melampau imaginasi. Kalau aku terkeluar janggut macam mana? Hahahah..eh..tak payah bayang la. :-P.

Hari  ini hari akhir, Bangun pagi-pagi. Siap-siap. Mahu pergi bershopping-shopping-an. Barang kering macam bilis dan udang belum beli lagi. Segala kerepek-kerepek pun belum beli lagi. Eh memang banyak lah takbeli rupanya ye? Hahaha

Sebelum memulakan perjalanan mari lah sarapan dahulu.Macam biasa Kedai Kopi Kak Tini jadi idaman memenuhi selera perut. Thian Thian? Eh...saya tak biasa lah. Gulp!!~

Tak banyak gambar yang saya ambil. Hmm..Tapi kami pergi beli skeitar kawasan pasar itu itu lah juga. Kami berjalan kaki dari hotel ke pasar. Dekat je pun ha. Satu lagi yang syok Pantai Inn ni, bila kita sudah check out, dia bole tolong jagakan barang kita. Jadi boleh la kita-kita ini berpoya-poya kali terakhir sebelum pergi ke Airport kan.




 

 Tempat-tempat yang seharusnya korang tuju untuk membeli dan mebelah poket untuk dibawa pulang ke semenanjung. Sebenarnya tak semetinya kamu-kamu kene beli di sini. Sebab sini adakalanya penjual jual mahal. Nasib lah kan kamu-kamu nak ke tak kan. Dia cuba nasib je dalam urusan jual-beli.


 Saja cuci-cuci mata. Apa yang pelik dekat ini kereta VIVA? SAB 5100K - anda menghiburkan hari aku...



 Antara yang terdapat di pasar kering ini...Haaa...yang hitam-hitam macam taik kucing kering ini adalah gamat ye puan-puan dan puan-puan. Banyak jenis dan banyak harga. Jangan terkejut dulu dengan harga yang tertempek. anda masih boleh tawar-menawar. Sebenarnya harga yang akan anda perolehi jauhhhhhhhhhhhhhhh sangat beza dari yang tertera. So sila gunakan skill tawar menawar anda. Dikatakan bahwa kita cuba lah nasib menawar sehingga separuh dari harga. Good luck! - gambar ada pinjam Google sebab gambar sendiri hilang...aisehhh


Some barang kering eden beli. Rumpai laut, bilis, udang kering cantik-cantik, dan juga kima (?) - Giant clamp tuh. Tahan stok setahun. Tak lupa juga ikan masin dan pekasam. Ya a aawww... Eden juga beli Durian belanda...weeeee~~ (macam lah Smenanjung tiada..kan??). Payah nak cari dikala itu lah.

Siapakah yang bagaikan badang ini?  hebatnya pikul barang....kagum mak!..nak..


Balik-balik hotel, kemas-kemas dan kill time sebab flight kami dalam jam.. 6:55pm. Ada banyak waktu lagi ni..

 

 Duduk ronda-ronda sana sini...lepas tuh last sekali melepak dekat Malaysia Monument. Depan kedai Kak Tini je pun...

Lepas itu pergi minum-minum dekat Sugar Bun. Ngeteh jek. Patutnya kalau berkesempatan ingat nak ber-lunch dengan Balya sekali. Tapi hari ini kan hari bekerja? Aku rasa amatlah tak patut sekali untuk menabur racun dalam diri Balya untuk ponteng kerja. Ini adalah niat yang tidak murni sama sekali.Wakakakaka!

Lunch kami di sudahi dengan Warung Kak Tini dengan nasi campur. Kemudian disambung dengan goreng pisang nya. Eh..sedap lah. Berapa pinggan kami makan? 3 pinggan kot...wahahaha...Kill time

Kak Tini...lain kali kita jumpa lagi. Kami nak pergi sudah. Kawan kami bernama Awang akan hantar kami ke Airport.

Eh...kehidupan kami di Sabah bukan berakhir dengan pisang goreng Kak Tini. Ada lagi. Nanti sambung...Chow~~

Nota tambahan.  

Baik tak I. Cepat cakap baik. Wakaka. Siap bagi nota lagi. Walhal shopping jek. Aku rasa ada bagus aku share kan harga belian aku boleh jumpa di KK ni sebagai guide korang tak membeli yang harga mengarut-ngarut. Kalau korang dapat lagi murah...untung lah kamu...

  1. Bilis ½ kilo siap kupas – RM9
  2. Udang setengah kilo – RM13
  3. Seaweed putih – RM5 (0.5kg)
  4. Seaweed itam (kolagen lebih) – RM6 (0.5kg)
  5. Tenggiri masin – RM5
  6. Ikan masin  Sabah – RM 9
  7. Scallop – RM30 (300g ke 500g tah berat)
  8. Kuih cincin peket besar – RM 8 – RM 10
  9. Cincin  peket medium – RM 6 – RM 8
  10. Cincin  peket kecik – RM2
  11. Key chain - RM10 untuk 10 biji, tapi yang lawa-lawa RM10 untuk 8 biji (beli dekat Pasar Gaya)
  12. Brooch - Yang besar-besar cantik menawan tuh RM15 untuk 2 biji. Ada banyak harga la. Pilih la (Beli pasar Sinsuran dan pasar Kg Air)
  13. Butang baju Melayu - RM8 - RM35 (Pasar Filipina)
  14. Pelbagai beg - Pelbagai. Sila tawar-menawar 
  15. Baju T-shirt berkolar - RM25. Mostly akan jumpa RM28. Paling tinggi aku jumpa RM35 untuk rupa yang sama. 
  16. T-shirt tiada collar - RM18 - RM24. Paling murag aku rasa aku jumpa dalam Pasar Gaya. Filipin mahai noks~ Mak tak nak lah. Duit pun ciput-ciput jek. 
 Antara brooch...ada banyak lagi..wuwuwuw.. yang besar gabak tuh RM15 untuk 2..yang kecik-kecik adik tuh 3 RM10

 Ini saya cek dekat PAsar Filipina RM35 satu. Tapiiiiiiii....pakcik saya beli bole dapat RM40 untuk 3beg! (Whatt?? apa gaya dia menawar nih?)

  Beg untuk Yuyu. Dekat pasar Filpina dia jual RM40. Tawar bagi RM35 sahaja. Aku tinggal dia sorang-sorang terus. Cari lain tempat. Dekat dengan deretan kedai..jumpa RM28. Tawar RM25. Dia bagi. Aku angkot!
  

Daaaaa~~

No comments: