Hahahaha
Belum apa dah ketawa macam syaitan-nirrojim di pagi Jumaat. Ooopps! Sebenarnya senyum-senyum sahaja dipagi hari ini.
OK, semalam jam 7, maka terungkailah permasalahan teka-teki Tentang Dhia. Ah...korang jangan la buat-buat muntah ke apa sebab entry berturut-turut pasal cerita ini. *shy
Sebelum itu main teka-teki tuh salah lah. Akhirnya Dhia dan Zikir sehidup-semati bersama. Sad ending but I Like! Sangat suka dan sangat touching! Percayalah!
Sesungguhnya pandangan peribadi saya:
1) Nak ucap Syabas mere bette! Eh..Syabas Nora Danish sebab berjaya membawa watak "Dhia" dengan baik sekali. Tak sangka Nora boleh berlakun watak-watak yang touching. Sebab rasa-rasa selalu Nora berlakon watak comel-comel budak-budak macam cerita yang ada trademark cakap "Jom kita enjoyyy!". Memang nampak kematangan Nora dalam ini.
2) Cerita yang sangat touching buat saya. Siapalah yang bikin ini cerita? Ombak Rindu pun kalah ni. (Padahal Ombak Rindu pun aku tak tengok lagi!)
3) Cerita yang buat kita berfikir betapa banyak nya ragam manusia. Yang kadang-kadang diluar batas. Rasa nak sekeh sepak-sepak dan seangkatannya.
4) Sabar itu separuh daripada iman. Berapa ramai lah agak-agak nya yang boleh setahan ini. (walau ini lakonan, tapi in real life mesti ada orang terima nasib yang berat nak pikul)
5) Pintu taubat sentiasa terbuka. Kita tidak pernah terlewat untuk bertaubat! Yang penting kemahuan dan perlaksanaan. Allah Maha Pengampun.
6) Watak Melly (ala yang jadi cikgu Zakiah Juvana) pun saya nak thumbs-up! Dengan watak manusia yang sadis memang menjadi. Plus dengan watak "mulut puaka" memang menjadi. Agaknya berlakon cerita ini pun dia pakai spontan kot? Nama sebenar dia Azminda kot!
7) Saya suka ending dia. Kebahagiaan dalam suasana sedih. Touching! Merembes-rembes juga lah air mata ini. Tapi I boleh cover lah...Malu lah I depan customer nak berlap-lap air mata bagai. Tapi kalau sorang-sorang ni mahu aku berjurai-jurai...
8) Jauhi lah perkara yang syirik. Boleh membawa ke murtad. Nanti hantu Pak Boon datang makan kau, nak tak?
9) Seharusnya kita jadi contoh yang baik. Macam kes Dhia ni, dia jadi mangsa. Mak Mertua bomohkan dia sebab Mak Mertua dah biasa main bomoh-bomoh. dulu arwah suami dibomoh, rupa-rupanya dia tau macam mana main bomoh tuh? Sebab nenek Zikir pon main bomoh dulu. Like mother like daughter. Sudahnya orang lain yang tak berdosa yang mati.
10) Ini la drama yang bukan cerita perang-perang atau kisah pembunuh bersiri atau kisah-kisah hantu balas dendam yang banyak wataknya mati. Hmmmm
11) Apa-apahal...sebenarnya point bawah-bawah makin melalut dah. Saya nak cakap, dari kamu tengok OMbak Rindu baik kamu tengok "Tentang Dhia". (walau saya tak tengok lagi Ombak tuh..tapi komen-komen dari rakan-rakan (yang dirahsia nama) yang boleh dipercayai memang cakap "Ombak rindu tuh tak sesedap yang digembur-gembur".
12) Well...Good Job untuk semua pelakon yang terlibat dalam "Tentang Dhia". Terutamanya watak Antogonis : Melly & Ku Salmi. And of coz watak Dhia...Nora Danish memang boleh bawa watak lain dengan lebih baik rupanya berbanding watak-watak ala-ala cerita "Puteri". Pappapapapapapap! (tepok tangan)
* Watak yang harus bagi pujian:
Watak Dhia (Nora) yang tabah dan penyabar,
Melly (Izreen Azminda) yang sangat menggeramkan semua orang yang akhirnya kembali ke pangkal jalan,
Ku Salmi (Liza Abdullah kan nama dia?) yang penuh dengan hasad dengki dan pengamalan ilmu syirik
Mummy ni jahat lah! * eh...emo pulak I
Watak Dhia (Nora) yang tabah dan penyabar,
Melly (Izreen Azminda) yang sangat menggeramkan semua orang yang akhirnya kembali ke pangkal jalan,
Ku Salmi (Liza Abdullah kan nama dia?) yang penuh dengan hasad dengki dan pengamalan ilmu syirik
Mummy ni jahat lah! * eh...emo pulak I
OK..I touching dah. Nanti kena tengok ulangan episod 30 sebab semalam kosentrasi saya terganggu dek customer nak bayar-bayar pulak. So mulut melopong semasa menghayati tidak dapat di-praktikkan. Namun begitu sempat la juga memberi peluang untuk air mata bergenang-genang tapi tak sempat nak meledak berjurai-jurai...
Bagi mengenanginya, saya abadikan episod akhir (30) Tentang Dhia. Sila ulang-ulang-ulang banyak kali...Oh....Touching again...
* Status dekat FB banyak yang emo-emo tuhh...
* Si Ros jadi Janda Berhias.
* Bapa, Ibu, Anak habis mati akibat perbuatan syirik.
* Ramai tertunggu-tunggu apa jadi dengan watak jahat tak habi-habis Ku Salmi (Mak Zikir kan?). Tapi tak apa lah. Kan tajuk cerita pun "Tentang Dhia". So cerita kesudahan Dhia je la. Kalau nak tau ending apa jadi dengan Ku Salmi kena buat drama tajuk "Tentang Ku Salmi" lah pulakkk...
Boleh kirakan berapa banyak "touching" dalam entry ini?
No comments:
Post a Comment