Wednesday, December 21, 2011

Tabiat Tengok Gambar Belakang



Hahahah!

Tabiat tuh weh..tabiat tuh weh! Belakang apa pulak ni? Belakang badan kah? Montot kah? Apakah? Udah-udah la nyah..jangan nak geli-geli sangat nanti karang dapat percuma kahadiran ketumbit tanpa diundang. (adakah benar melihat perkara yang gitu-gitu mengundang ketumbit? Hahaha! Pastilah tidak. Tapi apa pasal, asal ada ketumbit je orang tanya "Ha..ngintai apa eh?" ). Kalau ketumbit menambah seri menawan, may be I nak jugak. :-P

Sekarang, saya nak mengaku. Malu juga nak cakap. Tapi saya ada habit suka tengok part belakang- belakang. Selalunya begitu. Lepas itu akan gelak sorang-sorang (mungkin orang lain tak faham) sebab tengok belakang.

Belakang apakah yang Makcik maksudkan nih? Adik tak faham lah!

Isk U oulss! Ni nak cakap la ni. Nak ajak kamu sekali. Kan ada antara kamu jenis stok malas membaca. Jangan kata buku sekolah, Makcik pon malas juga. Ini kira kalau baca surat khabar stok tak baca cerita tapi baca tajuk je sebab malas sangat. Ada ke gitu? Ke jenis tak baca surat khabar macam I nih?

Ha..kalau ada, ada satu blog kau tak payah baca sangat, kau tak payah belek-belek sangat, tak payah kecik besarkan mata kau masa nak membaca sembunyi-sembunyi sebab kau takut kantoi dengn bos.

Tadi.

Lunch hour. Tapi tak keluar lunch. Sebab saya sarapan jam 12 tengah hari! Hohoho!
OK, tak nak cakap banyak. Nak cakap time lunch tadi "main-main" blogwalking, jumpa tentang ini.

Ini sah-sah level pakcik-pakcik. Mempunyai gaya tersendiri dalam meng-ekspresi sesuatu. Kenapa saya cakap macam itu?

Pakcik a.k.a Uncle (ada yang membahasakan Unkel Gedek) ni macam blog concept "Photos (pictures) speak louder than words". Tak perlu menaip panjang. Tak perlu fikir banyak-banyak nak mengarang. Kiranya ayat mudah masuk kepala. Tak ada lah merepek kuat macam saya. Tapi saya tak kencing kamu, kan? Heheheeh

Umpama konsep "Sampaikan lah walau sepotong ayat".

Serius! Tiap entry adalah sangat-sangat ringkas. Dan kau faham terus! Kadang-kadang kau rasa rahang kau longgar sebab tahan gelak ke ape tah! Tah apa yang kelakar tah. Tapi kau jengah, kau faham maksud aku.

As simple as that. So siapa cakap blogging ni susah? Siapa cakap "kalau tak pandai buat blog tak payah ber-blog?". Apa susah. Tengok Uncle Gedek ni. Tajuk entry just letak tarikh-tarikh gambar diambil kot. Semuanya yang dilaluinya sendiri. Tempek gambar seketol dua pam, type 15 patah perkataan macam slogan masuk pertandingan "Pakcik Menang Motor". Tekan Published. Setel! (jarang la title dia panjang-panjang)

Lepas tuh "lu pikir la sendiri".

Kira blog ada imej dan trademark. Tak macam blog www.loyaliris.blogspot.com tuh... T___T. Merapu tak sudah-sudah. Orang pun pening baca. Sebab masa sekolah memang tak suka buat karangan. Cakap boleh la... (eh? gossip ke?)

Tak percaya boleh review ini UNCLEMUKASAMAJE. Hahahah!

Pas tuh orang baca dah faham. Siap pakej gelak sengih-sengih. Hahahaha! U try first! Tak tahu lah kalau saya yang gila. Sebab saya yang faham tapi kamu tengok "Tak ada apa pon. Tak best pon. Apa punya taste budak nih?". Up to you. I don't mind pun. Hehehehe

Again, apa yang dikenalpasti selaku saya sebagai pembaca blog Uncle Gedek:

1) Self potrait daily. Memang dilalui sendiri situasi itu.

2) Setiap photo akan ada gambar mukanya dengan ekspresi yang sama. Tak kira apa-apa gambar. Latar belakang sahaja berbeza.
Mempunyai kerutan dan memek muka sama setiap gambar. Jadi saya nak panggil Uncle ni "Uncle Muka Stret". Boleh?

3) Tak payah type cerita banyak-banyak. Macam type MMS ke SMS tah!

Ok lah, sebab post ini dah diperam zaman berzaman sejak zaman Tun Teja ke apa tah, saya dah lupa nak type apa dah.

Jap...mari tempek dua tiga kerat muka Uncle ni...cuma spot apa yang berubah di memek mukanya? Kekekekek



Eh? Banyak pula gambar tertempek. Tengok betapa saya saya nak tunjuk dekat kamu (uih! usaha gigih ni!) yang kerutan, kelebaran hidung, bukaan mata, keluasan dahi, perimeter muka, darjah sudut dan sebagainya tak berubah! sipi-sipi mungkin.

Eh? Macam ini pun boleh? Mesti gigih mengejar akak si akak balancing atas kepala tuh. Aku syak Uncle ni ada alat setting macam mana nak ambil gambar lah! Imagine..mesti lepas kejar-kejar akak tuh muka dia mengah..tapi? Acu ko tengok kerutan muka tuh? Apsal steady jek? Hahahah

Pergilah bergelak ketawa dengan "PAKCIKMUKASTRET"


Bye!

* So maknanya saya ada tabiat belek gambar sampai gambar latar sekali. Lepas itu gelakkan gambar latar itu bukan nya gambar watak utama (bahan fokus gambar
)

* Tengok lah, cerita entry ni sahaja dah panjang berjela-jela (tah faam ke tak kamu?). Uncle tak payah cakap apa-apa pun!

No comments: