Ehem...memandai-mandai sahaja gadis itu cakap tayar ditoreh, disiat bagai. Kene toreh? Siat? Macam lah ada orang dengki sangat dengan kamu kan? Macam lah kamu cikgu sekolah yang budak menyampah smpai nak pancit tayar ke nak simbah cat ke...isk...
Melampau kamu ni.
TAPI...
setelah dirujuk pada yang lebih Arif
"Isk...ini bukan kena toreh ni. Ini alignment awak nih. Dah makan tayar"
Kalau tayar kereta anda kelihatan begini, sila ambil langkah untuk bertukar tayar dan langkah-langkah lain yang mana patut...
Oh...iye ke? Errr...ingatkan terlanggar apa-apa sampai tersiat. Erm, meaning that I need to replace the tyre la ye? huhuhuhu!
Ini la dia kalau orang perepuan bawa kereta. Opps! silap. Bukan perempuan, tetapi kalau orang yang tak tahu atau ambil tahu pasal kereta. Tahu-tahu sahaja dah ditimpa masalah. aiseh! Kesian hijau saya. Dah la merana sejak umur tak sampai setahun akibat buatan orang. Sekarang ini pun? Masih ditimpa masalah.Akibat "kaki" yang tak selanjar. Punca sebenar pernah cerita dulu.
Durjana sungguh dari implikasi pertama ituwww. Tak aci tau. Saya sayang ini Ijau. Huhuhuhuh...
Tak apa, tak apa, kita pergi jumpa doktor kereta lagi lah gamaknya.
* agak-agak, masa bawa kereta, boleh meletup tak? Takut nya macam nih...
* agak-agak bonus ada dapat banyak kah?
* sayangi kenderaan anda walau anda memang mampu tukar-tukar banyak kenderaan sepanjang hidup.
* Hijau saya menuju 5 tahun perkhidmatan. (mungkin?). Hope dia bertahan cun walau sudah habis bayar nanti lagi 2 tahun. Lap U!
Lain-lain cerita HIJAU.
No comments:
Post a Comment