Wednesday, April 18, 2012

DYK: Yang Perut Bulat..Yang Perut Lonjong...Yang Perempuan Yang Lelaki etc


Assalamualaikum...

Serius berkulat-kulat dah blog saya ini. Selepas tempekan limpahan makanan berderet-deret. Saya sudah habis modal. Nampak sangat makanan banyak membantu saya dalam kehidupan! Hahahah!

OK, anyway. DYK bukanlah shortform SMS yang berbunyi "dayak". No. No. Nehi hei!

Ini ialah segmen yang telah saya wujudkan dengan tak semena-mena. Nampak lah konon-konon macam ilmiah sikit-sikit kan. Hahahah! Ilmiah la sangat wahai akak oii! Segmen "Do You Know". Go it?

Dulu-dulu dikatakan bahawa kalau kita nak predict seseorang itu mengandungkan anak lelaki atau perempuan, kita tengok pada bentuk perutnya. So kawan-kawan, saudara mara makcik-makcik akan main teka teka apa jenis baby yang akan dikeluarkan oleh sang ibu. 

Ya la masa dulu-dulu mana la orang nak pergi scan sangat dapat anak apa kan. Lagi-lagi zaman scanner dia malap-malap kelabu macam rupa TV rosak. Lagi rasa macam tak payah lihat. Pakai redha terima apa seadanya. Ibu Ayah terima anak-anak yang keluar dengan tangan terbuka.

Berlainan sekarang. Siap scan 3D, 4D segala. So memang boleh nampak la baby yang didamba tengah nyonyot jari ke...main menyorok muka ke apa kan. Gila teruja ibu-bapa menunggu. Maklum lah. Lagi-lagi kalau pertama kali jadi ibu-bapa

OK, yang ini hal manusia. Tak tahu adakah kaedah ini boleh di apply ke mamalia lain. Saya rasa tak boleh sebab saya pernah predict anak-anak kucing saya, tapi saya tak dapat tengok apa petanda melainkan tunggu dia keluar dari perut ibu dia kemudian akan intai-intai bawah ekor dia. Baru tau boy and girl. eh boy girl pula. Male ke female. Tapi kadang-kadang saya macam tersalah nampak juga. Maklum lah kecil sahaja. Hahahah!

Cerita pasal perihal binatang....
Teringat satu scene dalan Nujum Pak Belalang kot. Yang kena bagi tahu mana satu itik jantan mana satu itik betina tuh? Ingat tak? Ingat tak?

Tak tahu atau tak boleh fikir mana satu., meh saya tempek. Scroll yang ke minit 6:29.



OK, Dapat? Ha..kalau nak tahu apa jawapannya kamu pergi lah tonton seterusnya di U-tube eh?

Sekarang dalam segmen Do You Know saya nak kongsi pasal hal anak buaya dan anak aligator. Yang mana satu adalah betina, yang mana satu anak jantan. Sila klik imej untuk penambahtumbesaran sihat dan cergas bagaikan juara. (OK ayat belakang semua merepek!)



"Sama ada anak aligator yang keluar adalah betina atau jantan adalah bergantung kepada suhu. Baby G (Gator) - BG-Boy terhasi dari suhu yang panas. So telur yang sejuk adalah BG-Girl.
Tetapi berlainan kisahnya dengan Buaya. Tak kiralah buaya tembaga ke perak ke hatta buaya Puchong ke. Telur yang bersuhu panas itu buaya Betina manakala yang sejuk itu akan membentuk buaya Jantan. Got it?"


P/S:
Tapi kaedah ini tak boleh ditentukan untuk menentukan anak yang bakal dihasilkan oleh buaya darat ye.

Terima kasih!

No comments: