Assalamualaikum semua gorgeous. Yes, kamu-kamu lah. Eh kamu-kamu? Baiklah. To all the gorgeousessssss who read this.
Bukan main aku. Nak gorgeous-gorgeous je!
OK. Mari saya cerita. Nampak sangat telah berlaku pengabaian kepada blog. Memang tak banyak waktu. Kalau waktu banyak, laptop/PC/internet tiada pula. Kalau semua ada, masa pula tiada. Memang banyak halangan apabila kita berniat murni, kan? Eh..apa tulis blog amalan murni ke?
Murnilah. Sebab saya mahu berkata tentang ikatan persahabatan. Touching tau kalau hal ikat-ikatan ini. Kalau penceroboh ikat tangan mangsa sahaja tak touching. Yang itu kes seram sejuk takut gerun semua ada.
05 April hari itu saya telah men-joint kan diri dalam farewell rakan. Rakan itu bukan lah officemate saya. Yang lain-lain pun bukan. Tetapi mostly mereka adalah merangkap bekasan sekerja saya. Officemate.
Oh, kelihatan macam tidak malu kan saya apabila mengambil bahagian dalam pengumpulan ahli sedangkan diri sendiri bukan ahli? Ah ayat apakah aku buat ini?
Sebenarnya saya selalu keluar makan tengah hari bersama rakan office lama. Kan saya dah cakap office yang saya diami sejak 2tahun meneruskan hidup mencari rezeki ini kekurangan staff perempuan. Seriously. Perempuan Melayu seagama. Lain agaman mostly layan Wantan Mee dan Bak Kut Teh. So? sob...sob..tak nak cerita la hal ini.
Saya memang bercadang pun nak makan bersama rakan rapat di office lama sempena 'pemergian' Ida ke tempat kerja barunya. I know she is happy tapi berat kaki mahu melangkah. Sebab? Kawan-kawan. I bet lah, secara jujurnya saya sendiri dari segi relationship kawan-kawan, saya lebih gemar suasana office lama berbanding baru. No doubt punya! Tak jumpa tempat lain kot!
Kebetulan, sewaktu saya makan tengahari bersama-sama mereka tu jatuh hari "farewell" Ida. Patut dibuat hari Rabu oleh mereka. Tapi waktu itu saya tak boleh turut serta sebab saya sibuk mengejar tender. Jadi saya fikir next time makan dengan they all. Rupa-rupanya memang rezeki saya apabila mereka menunda kehari keesokannya untuk farewell sebab salah seorang kakak tak dapat joint pada hari Jumaat.
Kalau ikutkan, saya malu nak joint majlis ini. Eh majlis ke? Hantam lah. Tapi memikirkan ini mungkin kali terakhir saya boleh makan dengan Ida, maka saya pun turut serta lah. Lagi pun Ona dan Zura sah-sah memang ada. Jumpa kak Niza, Kak Jem, Connie, Sue, Aja semua-semua lah yang saya kenal/kerja sama. Tambahan yang lain-lain seramai 13-14 orang memang kami kenal kecuali 1-2 orang. 1-2 orang itu orang yang joint company after I'm leaving.
So mari lah tatap apokobondo kami hadap. Kami makan di HOMST Restaurant di Shah Alam. Betul-betul belakng Tesco Extra. Majlis ini berangkai ya. Meraikan pemergian Ida dan Kak Nor. Ida tukar kerja, Kak Nor become housewife. Soooooooo good...Saya pun macam mahu jadi housewif kalau boleh. Heheheheh! I know they both gembira dengan pemergian ini walau hati berat nak tinggal kawan-kawan best.
Yang dimakan kan...Picture can speak louder than words kan? Kang kalau saya menyebut nama makanan, bukan-bukan aku sebut.
Ahli-ahli meja...
Keriangan...banyak betul gambar. Den tempek yang ini sahaja lah...
Tahap kelicinan, jangan nak pertikai. Kami memang tak ada cover punya...auummm
Saat buat ucapan..."Eden sodih sobonanyo nak pergi...tapi untuk maso dopan...eden langkahkan jugo. Lopaih ni, kito keep in touch la yo...Kenang den dalam doa U all" --ayat rekaan
Moh le bergambar beramai-ramai...ini ada yang tertinggal tak masuk gambar ni...
Seriously, bab kebest-an kawan-kawan, memang den nak puji company ini. Sungguh tak tipu. Ini suasana terpaling best den penah rasa. Yo lah, sementalah ini syarikat pertama merangkap kerja pertama den selama 6 tahun kan...
To Ida dan Kak Nor, Good Luck and All The Best. Keep In Touch..
-Habis-
No comments:
Post a Comment