Monday, April 2, 2012

Dulu Paling Muda, Sekarang Pun Paling Muda..Hahahah


Assalamualaikum semua...

OK. Dah bagi salam dekat semua. Sekarang boleh sambung ketawa semula. Hahahahah!

Oii...apa kes kamu sebenarnya? Main ketawa? Ingat Kelakar?

Tak pun. Eh apa pasal air saya berperisa "air freshener?". Adakah akibat cawan tersalah letak disebelahnya tadi? 

Saya tengah main sedut-sedut nafas. Nafas lega. Mungkin paling lama nama tak disebut hari ini ialah 1/2jam. Kejap-kejap kena panggil. Macam lah den ni most wanted.

Padahal tak pun. Sebenarnya partner saya bercuti. atau lebih tepat Emergency Leave. Tak tahu pula mengapa. Tak mengapa lah. Yang pasti hari ni main "One man show". So aku lah "the man" itu. Hahahah!

Tadi masa tengah rushing, boleh pula sempat otak saya berfikir. 

"Dulu aku yang paling muda, sekarang pun paling muda?"

Aku bukan tengah bangga terpaling muda ke apa pun. Cuma mengenang nasib diri sikit-sikit.

Terkenang saya pada pertama kali saya diterima kerja di syarikat pertama. Masa itu saya berumur 21 tahun 4 bulan. Memang lah tak boleh lawan umur kamu yang belum tammat SPM atau pun yang baru habis SPM itu. Memang muda trang tang tang. (Eh? saya pun ada pengalaman kerja waktu muda juga apa? Saya bekerja menjadi pembantu kedai buku diwaktu cuti sekolah ketika berumur 16 & 17 tahun. Gila ingat kaya masa itu sebab gaji dapat RM800. Hahahah! Ingat nak kerja umur mula 14tahun & 15 tahun Tapi tak direstui. Tak apalah. Time itu memang membina lemak kalori selama bercuti. Nyaman la juga)

Eh dah melalut perenggan di atas. Sekarang macam biasa buat-buat insaf dan kembali ke pangkal jalan. Kembali ke alam nyata. Di manakah kita tadi?

OH. Tentang muda.

Dulu tempat kerja rasmi  yang pertama aku dinobatkan staff termuda. Time itu berlagak bangga la sikit-sikit. Tapi berlagak tak boleh lama-lama sangat sebab kau muda jadi kau kena banyak belajar dan cope sana sini. Di samping itu tidak ketinggalan menjadi sasaran buli-bulian light-light. Light-light? Ringan-ringan? Bukan. Sikit-sikit. Suam kuku dibuli. Time itu aku rasa aku lah terpaling energetic. Kahkahakah! Gila tabah konon-konon masa itu. Padahal aku pergi tandas aku menangis sebab loaded gila. Loaded bukan kaya tapi load kerja melimpah-melimpah atas kepala bahu den ni. Rasa sakit urat-urat bahu aku hadap nak kejar KPI sana sini.

Tapi macam biasa, langit tak selalunya cerah. Lepas aku 2 tahun duduk dekat situ muncul lah bunga-bunga dan kumbang-kumbang muda sejajar dengan kepesatan pembangunan syarikat. Time ni eden dah jadi ala-ala golongan pioneer. Cit poodaahh!

Haaaa..kan aku dah agak dah. Nama aku kena panggil. Lain kali cerita. Bye!


Salam!


Update!

Assalamualaikum. Lagi sekali. Terus sambung ini entry. Kali ini mesti tak melalut sebab tengah buat senaman mata.

Yang atas cerita yang dulu-dulu kerja pertama. Setia lah daku di sana hampir 6tahun. Sekarang aku di tempat kerja ke dua pula. Sudah memasuki 2 tahun. Alasan sebab musabab bertukar kerja bukan lah kerana berpaling-tadah apatah lagi melakukan kecurangan. Ish ayat apa kah?

Tapi lebih menjurus ke arah peruntukan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Not more than that. That's why aku rindu dengan suasana kerja sana dengan dikelilingi rakan-rakan sebaris dan sejajar dengan habitat dan tabiat den.

Tempat sekarang pun saya suka juga. Sebab saya dapat memenuhi objektif berhenti kerja saya. Cuma kekurangan ahli komuniti pula. Apa boleh buat? ku redahi hari-hari aku dengan tenang dan penuh karisma dan bertenaga sahajalah kan...

Sejak 2 tahun ini, eden duduk memegang takhta "terpaling muda". Hahahah! sungguh tak tipu, usia den yang dah suam-suam ini masih ditabalkan sebagai termuda. Ini akibat aku dikelilingi pekerja senior dari segi pengalaman dan juga berumur atas pertengahan 30-an. 40-an, 50-an dan 60-an! Boss lebih kurang menuju 60-an itu lah. Memang tahap ayah-ayah saya.

Lihat betapa mudanya saya sikit-sikit. Sebab kan keliling saya begini lah saya kehilangan sifat "Hu-Ha Hu-Ha" saya. Kehilangan sifat bercakap kuat dari hujung ke hujung sebab segan dan malu. Sebab dekat sini semua orang bersikap cool-cool sahaja. Lagi pula lelaki je yang ramai. Macam mana nak terbuka "true colour" saya? Memang pasif la saya dekat sini. Macam kokang. Eh tak ah macam kokang, kokang tuh pemalas lembap gila. Hehehehe!

Memang company ni oldies habis. Style/fashion je tak. Kalau tak mesti aku rasa macam Cindy Lauper je Marilyn Monroe ke Elvis Presley ke apa tah kan.

Sekarang saya mahu membuat cerita ini tersasar dari landasan. Kalau orang cakap saya muda nampak macam adik-adik, kakak tak rasa bangga dah. Kalau cakap pekerja termuda pun tak bangga pun.

Tapi kalau orang cakap "akak ni nampak macam muda baru lepas habis SPM bla..bla...bla.." (ayat ala-ala bodek ikhlas), lepas itu akak sudah ada anak 3-4 orang, akak bangga sikit-sikit kot.

* yang pasti, yang nyata aku tak pernah beranak pun.. T__t . Jadi tak payah la bangga. Hahahah

Wassalam.

No comments: