Selak kamus (siri terjemahan sendiri lah semestinya, sini kamus mana nak jumpa sangat...atenyer kamu pandai bebeno cakap melayu? Haih?)
Keke? - Bunyi gelak ketawa macam mengekeh-ngekeh
Tum Tum? - Kalau saya yang rajin layan hindustan ni, maka tak semena-mena belajar sedikit diction bahasa Hindi ituw. Tum = kamu, kalau tum tum? maka jadi kamu-kamu.
Bit bit? - Ini lagi mudah. Sebab atenyer kalau tengok cerita Melayu macm "Ombak Rindu" macam tak thrill (Kau nak kena libas? cerita itu memang tak thrill, tapi kabonya romantik bebeno. Benar kah?). Ok Fine. Kembali ke makna perkataan. In english bit = sedikit. Bit bit = sikit sikit? Hahaha!
Makna gabungan? Ketawa Kamu-kamu Sikit-sikit. (?)
Hmmm..not bad... :-P
Hahahaha! Hantam sahaja lah. Amik kau. Translasi bukan setakat menggambarkan bunyi keke) tapi sangat majmuk (sangat ke?) dengan pengertian bahasa Hindustan dan juga English. Amacam?
Ehem.
Sebenarnya, semua translasi adalah perkara pertama yang timbul terapung di pemikiran saya. Spontan. Jadi jangan mahu percaya sangat! :-P
OK. BAik berhenti merepek dua-tiga perenggan ini.
Nak cakap saya disahkan terkena serangan ketumbit! Ya Allah! Nak kata saya mengintai-intai..jauh sekali. Tak sempat nak buat intaian dengan kesibukan saya sekeliling ini. (amboi...macam Menteri ke you ni?).
Tak pernah-pernah dalam kehidupan saya dihinggapi ketumbit! Malu betul saya kalau dia membesar dan membenjol dan membentuk seakan "tarikan" orang ramai merenung saya yang hensem ini. Heheheh!
Di bucu mata kiri saya.
Ni gambar contoh aje. Tak sanggup nak muka penuh, sebab errr...errr...
TIPs!
Aik? Dan-dan nak bagi tips. Ya la kan. Nanti senang kamu get ready macam mana kamu akan bakal memiliki sebiji-dua ketumbit comel di mata mu yang menawan itu. Mudah sahaja:-
1) Rasa macam tertarik-tarik urat mata. Sebenarnya urat tuh tak tertarik, tapi sebab nak membentuk benjolan menggoda, maka dia macam mengganggu kosentrasi kamu sebagai seorang berwibawa dan berjiwa murni ituwwwww!
Sebab kan saya tak pernah kena, maka saya mengadu dengan Mama.
"Mama Kak Long punya urat dekat tepi mata ni macam sakit tarik-tarik lah".
So! Kalau rasa gini kamu get ready untuk membenterasnya dari tumbuh lalu mengundang malu dan terima ejekan gurauan "OOOO..kamu mengintai siapa ni?".
Jangan sentap ya adik manis! :-)
OK, sebenarnya tips ada (1) saja rupanya. Poyo je letak nombor bagai. Macam la banyak simptom! Ceit!
Rawatan:
Mudah saja. Ambil seulas bawang putih. Potong sikit bagi keluar air bawang itu. Tenyeh je bucu maca yang disyaki akan dijajah oleh sang ketumbit durjana ituww! Got it? Jangan tenyeh dalam biji mata kamu sudah. Akak tak bertanggungjawap.
Tenyeh 2 -3 kali sehari. Insya-Allah. "Ketumbit! Nyah kau dari sini!". Hehehehe
* sebab langkah awal diambil, maka ketumbit terus musnah harapan bertakhta dimataku. Alhamdulillah.Kalau takk? Sendiri mahu ingat. Takkan aku nak pakai spek mata itam dalam opis? Apa buang tebiat kah?
* Kebetulan hari Isnin hari tu public holiday (birthday Sultan Selangor). Selamat saya. Kalau tak terpaksa hadap muka dengan ketumbit. Tak naya?
Sekian.
Bye!
1 comment:
weih..serius..aku ada buat entry ni tapi dalam draft lagik..kikiki..
peram jap..tapi letak bawang tu selalu la wat..cuma bila dh wt operation..aku selalu amik krim fusilthamic (maybe silap eja) kat doktor je kalo kena lagik..cepat sket surut..pergilah..bencikan ketumbit...
Post a Comment