Wednesday, January 4, 2012

Bukan Tak Nak Derma. Sadis kah?



Orang cakap...ye ke orang cakap? kalau nak buat baik contohnya menderma..niat kita kene betul-betul baik suci murni ikhlas tawadhuk. Contoh kalau macam mahu derma diibaratkan kalau tangan kanan yang menghulur, tangan kiri pun tak tahu! Can you imagine?

Secara peribadinya saya diri sendiri sebenarnya kadang-kadang susah mahu hulurkan bantuan yang kalau dalam hati terdetik "tak nak". Maka saya taknak lah. Saya takkan nak pura-pura kalau orang lain hulur kita pun sibuk hulur sama. Erm..OK, nak cakap I kedekut lah tuh!

Tak apa. Saya cuma cakap saya akan buat sesuatu melalui gerak hati saya. Sebab? Saya rasa dulu-dulu banyak saya tertipu sikit. Kehkehkeh. Masa itu hati memang cair lah. Orang susah sikit minta sikit, saya hulur. Lepas itu...

Satu kali saya ternampak orang yang saya derma tengah bersuka-ria dengan hasil pungutan derma.

Pernah juga adik-adik asrama collect duit minta bantuan kata mahu buat sekolah dan sebagainya. Hulur. and then saya sedih tengok mereka makan dengan syok dan lazatnya di kedai. (OK, ini tak mengapa, saya faham mereka lapar, perlu makan). Yang tak boleh tahan sebelum itu jumpa muka mereka dekat pusat permainan game? Eh? Dah tanggal dah songkok kopiah bagai?

Pernah juga adik-adik ini kene "ceramah" dengan customer saya panjang lebar sebab buat macam itu. Saya tak tahu la customer cakap apa, tapi tengok geng adik-adik itu tertunduk dengar sahaja ceramah. Customer pula cakap sambil angkat turun tangan. Berleter gamaknya!

So, saya rasa malas dah nak tolong. Kuat-kuat pun sekarang, kalau orang minta derma wang, saya offer makan sahaja. Tapi mereka taknak. Cakap "Nak duit, makan tak mauuuu!". Adei!

Kalau saya lihat fizikal orang itu sihat wal-afiat nampak macam mampu membuat kerja tak kudung kaki tangan, kemungkinan besar saya takkan menghulurkan derma. Jahat kan?

Tapi lain kisahnya jika seseorang yang ditimpa musibah. Itu lain. Tak sama dengan orang yang datang meja ke meja, rumah ke rumah, pintu ke pintu dan sebagainya. Lagi-lagi stok yang paksa-paksa. Aduh!

Nowdays...ada lagi ekstrem sikit. Mohon derma dari pintu kereta ke pintu kereta. Bukan di parking kereta. Tapi di tempat kereta yang bergerak-gerak. Atau lebih mudah di jaluran lampu isyarat. Buat masa ini saya jumpa di Shah Alam. Di kawasan lingkungan Batu 3 Hala ke Klang atau hala ke KL sehingga ke kawasan Giant Stadium Shah Alam itu.

Kaedah memohon derma dari pintu kereta ke pintu kereta (tingkap ke tingkap)..nampak?


Acu dekat sikit...


Akan memohon ke tiap-tiap kenderaan yang ada. Hatta sangat berani berjalan di celeh-celahn kereta yang sedang bergerak mengejar lampu hijau. Sangat bahaya OK!


OK, semakin menghampiri saya. Makcik takut tau tak duduk dalam kereta sorang-sorang...uwaaaa!


Saya tidak pernah nak mengkeji perbuatan begini. Cuma saya kurang selesa. Tapi saya was-was kenapa jika diri mampu bekerja tapi tidak mahu bekerja. Kenapa meminta? Saya pernah lihat OKU yang tidak sempurna kaki tangan nya masih berusaha bekerja demi mencari rezeki sesuap nasi. Kenapa yang sempurna tidak begitu?

OK, mungkin saya tidak faham atau tidak tahu tentang sesuatu. Mungkin dia tidak boleh melakukan kerja berat. Ada masalah kesihatan yang tidak mengizinkan atau sebagainya (Maaf jika saya tidak memahami). Maaf kan saya again. T____T. Saya mungkin celupar. Mungkin tanpa sedar saya tersalah kata lalu kemudian saya dapat balasan pula.

Apa-apa pun, ini cuma sudut peribadi saya sahaja lah. Saya takkan sesekali mencemik atau mengejek sesiapa yang berhati pemurah dan baik hati menderma. Hanya Allah sahaja mampu membalas perbuatan kalian. Ini adalah pendirian saya tentang menderma.

Maaf jika ada sesiapa berasa kurang senang dan terganggu.

Bagaimanapun...betul lah kata-kata "tangan yang memberi lagi mulia dari tangan yang menerima"...tapi perlulah berhati suci dan ikhlas tanpa sikit pun berungkit. Tapi ikhlas kah kamu? Kamu pun tak tahu...walaubagaimanpun, jangan berhenti untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari hari ke hari ye!

* Macam dekat pasar malam pun ramai juga...tapi tengok keadaan. Risau saya kalau ada orang lain yang ambil kesempatan atas kekurangan itu.

* Teringat masa sekolah rendah, sekolah bagi kad kutip derma seihklas hati kepada murid-murid dekat-dekat dengan cuti persekolahan. So anak-anak murid akan mula collect duit dengan pakcik makcik jiran atok nenek ucu pak lang maksu dan sebagainya. Naik sekolah dengan sucinya bawa semua kutipan dan serah kepada pihak sekolah. Kemudian Cikgu akan umum kan siapa collect terbanyak dan bagi hadiah cenderahati dekat murid terbabit. Hmmm...sekarang ada lagi tak?

* just my 5sen!


No comments: