Monday, January 30, 2012

Kunjungan ke PPAS: RATU


Hahahaha! (aik awal-awal gelak)

Ya lah. Sebab mahu cerita yang tahun lepas. Huuhuu..

Sebab kan bulan December kan tiap-tiap minggu cuti umum jatuh hari Ahad. Tapi sebab Ahad memang sedia kala cuti di Selangor, maka Isnin terpaksa jadi galang ganti mengisytiharkan diri yang hari itu cuti umum. Apa punya ayat lah yang kau telah bina ini wahai Nurazira?

Ah tak mengapa. Itu tak penting.

Patut entry ini keluar sempena dengan cuti sekolah. Tapi nampak gaya walau budak-budak dah naik cuti selama sebulan entry masih tak siap-siap. Untuk tidak membazir gambar-gambar dalam telefon tangan ini, maka ... Saya keluarkan juga lah!

Sob...sob..sobb...

Nampak tak macam sang penulis sedikit terkilan dengan potensi diri?

OK, suatu hari Sabtu yang murni. Sebab tiada aktiviti yang menyeronokkan, tambahan poket juga tidak seronok dengan gumpalan wang kertas ber-not besar...

Maka petang-petang telah membuat keputusan membuat sesuatu aktiviti berilmiah dan berkhemah (?). Khemah ke hemah? OK, sila pilih perkataan yang tepat! Kuiz! Dan-dan keluar kuiz untuk kamu. Hahahaha!

Jom kita ke PPAS! Apa? Pangkah PAS dalam undi pilihanraya? Ah tak kuasa mak nak cerita hal mengundi ni. Mak dah tua. Kamu-kamu yang muda belia sahajalah yang tentukan hala dan arah tuju negara tercinta kita ini. Ohhhh!

PPAS - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Haaa....ingat tak U all perpustakaan ini yang dulu-dulu letak dekat dengan Kompleks PKNS dan Muzium ituueewww?

Sekarang tidak lagi! Dia dekat dengan Giant Stadium Shah Alam you. Dekat dengan PTPL youu.. Masuk dalam Kelab Golf lagi You! Known as Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU) you. Auuww!

Jadi siapa taknak baca buku boleh la main Golf! Amacam?

PPAS - RATU

Tapi kadang-kadang niat murni kita mungkin tak disokong oleh anasir-anasir luar...


Maaf dik. Dah nak tutup dah. Esok Cuti umum. Tutup lagi. Isnin pun sama. Ganti.
Maka terpacak aku jam 10 minit lagi menunjukkan 5 petang! Dangg!
(Waktu operasi)

Lorrr...baru nak kagum-kagum masuk lagi sepuluh minit nak katop? Tambah hiba apabila jerih-perih berniat murni mahu membaca (konon!) terus kabur apabila esok Ahad cuti umum Tutup again! And again drag till Isnin sebagai replacemant Public holiday! Oh noooo! Niat murni tinggal murni sahaja. Lain kali saja lah laksanakannya.

Ingatkan buka until malam ke apa. Baru la bole fokus study. Ewwahh! Dulu belajar-belajar pun aku tak rajin nak pergi Perpustakaan. Ceit!


Sebenarnya masa saya berkunjung itu adalah hari Majlis Perasmian Pembukaan RATU.

Majlis on 10/12/2011 kalau tak silap gue...


OK, walau dah habis waktu, berbekal pepatah "Alang-alang selok pekasam"..maka usha-usha la juga, Panjat juga la eskulator sampai 4 tingkat! Tinjau-tinjau la juga, Pijak-pijak la juga karpet dia yang macam best juga. Usha juga la pokok-pokok buatan yang besar itu. Tapi tak snap gambar.


Nanti kamu pergi lah tengok ya? So far dari jauh nampak macam belum banyak buku. Ada sudut interaktif. Komputer pakai cap Apple youu! Ada juga dewan 3D! Eh? 3D ke 6D ha??

OK lah. Kecewa. Lain kali akan mari lagi. Entah bila.

Selamat bercuti sekolah dan naik sekolah balik ye adik-adik.

Bye!

No comments: