Monday, January 30, 2012

Ubat & Pengurusan



Kerap juga datang ke sini kadang-kadang. (apa ni? tadi kata kerap..lepas itu kadang-kadang? tau beza ke tak nih? :-P).


Dah jadi persinggahan emergency sejak dalam 3 tahun ini. Apabila terleka dan mengakibatkan sesuatu perkara lain terjadi. Jadi marilah cari Doktor! Huhuhuhu.

Tahu di mana?

Di kala kecemasan sahaja...cemas! cemas!

12 January, sempat apply cuti. Saja nak ikut Abah pergi check-up! Sebab ada kemusykilan nak tanya Doctor.

So mari lah kita menjadi insan penyabar dikala menunggu turn. But not so bad lah kalau kita datang awal-awal kan? Parking still available walau parking kita terletak di puncak yang sipi-sipi lagi nak habis kotak! Kalau tak, frust nak pusing-pusing dan mencari tapak strategik memakir kenderaan beroda empat itu. (Ada ke tempat park yang strategik dekat PPUM nih? Siap under-construction bagai?)

Tuh belakang tuh..nampak tak bangunan baru dalam pembikinan?


Kalau tengah-tengah malam, berani la saya parking tepi jalan sahaja...Macam atas nih

Tapi hari itu sebenarnya tak pergi pun tempat kecemasan. Saja nak snap "muka baru" dia. Kalau tak nampak macam ngeri sikit-sikit. Hahahha

Sebenarnya saya mahu cakap apa nih?

Macam ini, saya nak cakap, jika kita punya ibu-bapa atau orang tersayang yang perlu makan ubat mengikut masa dan cara, TOLONG lah pantau kan untuk mereka. Saya seru anda buat ni. Kenapa? Terkadang manusia ini, terlalu sibuk dengan hal sekeliling sampaikan tidak semena-mena menolak keperluan diri sendiri. Kiranya telah terjadi pengabaian diri sendiri.

Serius!

Tahu tak apa jadi dihari kejadian pergi hospital ini?

Saya telah mendapat tahu bahawa Abah telah mengambil dos ubat yang salah! Oh no. My bad! Bukan sekadar dos yang salah malah aturan masa juga adalah terbalik!

Siang ke Malam...Malam ke Siang!

Ya Allah. Mesti kamu -kamu cakap kenapa saya tak baca penanda ubat di kotak atau di plastik kan? Sebab setiap kali Abah ambil stok ubat di hospital, dia bawa balik ubat sahaja tanpa pelekat pemberitahuan cara/masa guna.

So entry lepas yang dalam "RUTIN" adalah salah aturan nya. Waduh! Kok pening begini.

I'm sorry Abah. Sebab tak peduli pun. Terkilan dengan perangai sendiri. So anak-anak, kalau ibu-bapa kamu tak berapa nak sedap badan, kena ambil ubat-ubatan, tolong la saya seru anda sekali lagi : Pantau lah! Ambil lah tahu.

Memandangkan dulu-dulu Abah mengangkut semua ubat-ubatnya dalam beg (konon nak pastikan stok tak habis lah. Tak terputus ubat). Sekarang nak memudahkan, saya da sukat ubat-ubat dia untuk kegunaan setiap 5 hari (eh apa pasal saya tak buat sukatan seminggu-seminggu (7) ye? Entah lah. Hahahaha!)


Bahagi-bahagikan....

Pil-pil diabetes & Darah Tinggi...
- Plavix clopidogrel 75mg, PAGI before meal
- gliclazide Diamicron MR 120,
PAGI before meal
- Coversyl Perindophile 4mg,
PAGI before meal
- Covastin Simvastin 40mg, Malam


Pack-pack kan...so mulai hari ini, Abah hanya bawa sepeket sahaja dalam beg! Bila habis baru ambil peket lain


Melabel ketahanan stock ubat....
Jadi...kalau katakan doktor tanya ubat tinggal stock untuk berepa lama, senang la nak agak kan?

Ha..mudah saya nak tahu Abah skip ubat ke tak kan? Tengok bilangan lain macam kita dah tau dah apa ubat yang ter-miss atau sengaja miss!

OK lah. sikit-sikit tips pengurusan ubat-ubatan.


* Laaaaaaa....tips ke nih?

No comments: