Monday, January 2, 2012

Semoga Dikurniakan Kesihatan Yang Baik



Salam tahun baru semua. 2012. Sekejap saja kan?

Hm...OK, sekarang type entry blues sikit. Ini lah dia halnya. Jika tiada alat taipan, macam laju sahaja idea-idea nak cerita. Ini bila ada laptop depan mata terhegeh-hegeh pula nak berfikir.

OK, sekarang saya rasa, saya mahu mendoakan dan meminta dari Allah semoga kesihatan orang-orang yang saya sayangi berada dalam keadaan baik. Jika kurang baik, saya mohon tahap kesihatan bertambah baik. Aaamiiin.

Beberapa hari lepas, appointment Abah di PPUM. Tentu sekali tentang kesihatan Abah. Dia pengidap diabetes (puluhan tahun) dan juga darah tinggi (masuk tahun ke 2). Abah merupakan pengidap diabetes jenis 2.

Dan kali ini, kelihatan tahap kesihatan Abah menurun sedikit. Mungkin juga atas kelalain saya? Hmmm. Membuka tahun baru dengan azam - Teman Abah diet dan jaga makan. Really hope that we successfully make it.

Sebab? Abah nampaknya perlu menggunakan suntikan Insulin (
sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.) dalam perawatan diabetes nya. Maknanya? Tahap kesihatan Abah menurun sedikit. Dari hanya memakan ubat-ubatan berbentuk pil, kini ditambah dengan satu lagi - Suntikan. Pengambilan pil nampaknya kurang memberi kesan. Abah perlu bantuan suntikan Insulin "Hijau".

Saya tahu perkara ini tentu merunsingkan Abah. Dan saya tahu juga, ini terjadi akibat tiada pengawalan pengambilan makanan selain dari faktor umur.

Kemerosotan kesihatan adalah sesuatu yang membimbangkan saya. Rasa nampak sangat saya tidak mebantu Abah dalam pengambilan makanan kan? Nak buat bagaimana? Abah saya Food Lover OK! So I have to do something NOW!

Tak tahu nak type macam mana ni. Kutu mati di atas kepala. Hakikatnya tak ada pun kutu-kutu. Hahahha..

Now saya kena jadi ala-ala Doktor. Eh..tak..ala-ala jururawat...

OK lah, untuk mengisi dengan perkara berfaedah...mari lah saya cerita. Apakah barangan terbaru Abah pakai

Alat memeriksa paras gula dalam badan:


Accu-Chek Perfoma. Alat yang diguna untuk mengukur tahap glukosa dalam badan.Erm..sebab beli di PPUM rasa-rasa dapat harga RM86 je nih.



Penebuk jari...eh ngeri cakap tebuk-tebuk. Sebenarnya tiada tebuk-tebuk. Kalau tebuk-tebuk mesti berlubang. Ini ialah alat pencucuk jari untuk keluarkan sedikit darah untuk diuji.


Ini jarum nya. Saya fikir bagus buat macam ni. Jarum tidak boleh dipakai banyak kali! (mengandungi 6 jarum). Jadi kalau habis kena ganti drum dia. Benda alah ini juga kalau dah dikeluar dari badan pen, tak boleh masuk balik. Selamat.
* Survey saya: Di Farmasi Caring sekotak RM55 (kene beli sekotak terus!), di Farmasi Guardian sekotak RM54.5 (tapi boleh dibeli satu-satu drum juge, mudahkan?)


OK, overall full kit yang dapat dengan harga itu adalah seperti di atas. Erm pen di atas yang hitam itu abah saya punya warna biru
(dia cuma bagi 2 drum (12 unit jarum suntikan) , so kalau habis kene beli sendiri lah yo!)

Bagaimana cara menggunakannya?

Rujuk gambar ke 2:

1) Tarik/cabut penutup pen. Masuk kan drum jarum dengan memasukkan yang bahagian berwarna biru dahulu. Bunyi "klik" menandakan drum sudah masuk elok-elok.

2) Tutup semula penutup pen tersebut. Pusing tuil hujung kanan sebelum memulakan suntikan. Jumlah jarum yang belum digunakan boleh di lihat pada bilangan palang.jaluran yang ada. Untuk mengetahui jumlah jarum yang sudah diguna, boleh buka penutup pen itu (!!! Jangan ditarik drum kamu! nescaya terus tak boleh guna sebab drum yang dicabut tak boleh dimasukkan balik ke dalam badan pen). Yang bertanda merah itu adalah jarum yang telah digunakan.

Apa? Malas baca? (ke aku yang malas nak type dah? :-P) . OK lah...untuk steps mencucuk, sila tengok video lah!



Untuk lanjutan, rujuk la sini eh? MULTI-CLIX

Alat ini mungkin kebanyakan pengidap diabetes memilikinya. Tapi tak semua pesakit diabetes memerlukan pertolongan suntikan Insulin. Tapi abah saya perlu. Dia pakai Insulin hijau. Satu lagi jenis insulin adalah jenis "merah".

OK, saya akan cerita entry yang seterusnya nanti.

Bye.

Update!

Tambahan Rutin Tahun Ini, Mari Belajar Guna Pen Insulin


No comments: