Friday, March 30, 2012

Cerita Cuti-cuti...


Sekarang dalam email galak duduk promo tiket murah sana sini. Geram juga saya melihatnya. Rasa macam nak beli-beli sahaja. Tapi dengan siapakah aku mahu pergi?

Tidak mengapa...tidak mengapa..Anyway, everybody can fly~

Memang geram kan tengok nilai? Tapi harga belum masuk harga-harga lain lagi tuh...
(klik image untuk lebih detail tentang jadual penerbangan)

Kita tinggalkan hal geram beli tiket.

Saya terasa macam mahu bercuti lah. Bersama sesiapa sahaja. Mungkin lebih afdal bersama dengan keluarga. Tapi kelihatan semua agak busy. Tambahan semangat ibu-bapa yang sayangkan kedai. Memang tiada can langsung.

Sebenarnya boleh ada can kalau paksa terus kot. Tahu-tahu sahaja nak pergi. Hahahah! Tapi taknak la aku buat begitu. Kang ada yang kena pelangkung. Tambah kecewa kalau-kalau semua plan tak jadi.

Jadi tak payah la.

Lupa kan niat itu.

Untuk tahun ini office ada plan Family Trip. Family Day. Cadangnya macam ke Langkawi la kita. Tapi tak pasti lagi. Ada juga ura-ura kata pergi Bali. Wah! Makcik excited la kalau macam itu. Nampaknya akak kena buat buku merah lah.

Lepas itu ada geng-geng belajar dulu yang sudah pergi ke USS hari itu cadang pergi Vietnam akhir tahun ini. Tapi belum pasti lagi lah boleh pergi ke tak. Niat dihati memang ada..

OK lah, tempek gambar pergi bercuti laju-laju tanpa rancang. Ke Terengganu. (what? Terengganu? bukan dah cerita ke hari itu?)

Ha ah, memang sudah cerita. Tapi kali ini gatal nak lekat gambar dari kemera Abangah. Mood holiday den ni...










Babai semua..

Next trip please...





No comments: