Assalamualaikum.
Cerita memang terumbang ambing. Tak ikut turutan pun. Kali ini mahu cerita tentang Nenek saya. Nenek yang saya panggil Mek. Merupakan ibu biologi kepada Mama saya. Saya ini cucu Mek. Mama itu ibu saya. OK Cukup. Kau tak payah jelaskan banyak-banyak. Annoying! Hahahha.
Lempang kang.
Masa semua-semua orang gembira nak terbang ke Sabah kan, Mek dengan gamble nya tak kisah naik bus ekspress cap Perdana dari Kelantan (lebih spesifik dari Gunong) ke Kuala Lumpur (lebih spesifik Seksyen 17, Shah Alam).
Mek masa sampai sahaja di Kelana Jaya...Punya lah happy. Bercerita. Eh jangan imagine Mek saya yang jenis kecoh-kocoh tau. dia kuat senyum sahaja sebenarnya...Nampak gambar ini macam sabotaj peribadi Mek pula sebab gambar tengah pejam mata macam excited...
Kenapa Mek turun seorang diri?
Sebab
1) Saya sangkakan sepupu lelaki akan menemani Mek. Rupa-rupanya sepupu telah menukar plan dengan menaiki Bus di Kuantan sebab baru bekerja di sana. Sedangkan tiket penerbangan telah lama di booking sejak bulan Januari lagi.
2) Makcik mula-mula tidak dapat pergi bersama kerana suaminya tidak memiliki waktu yang sesuai. So Makcik laki bini hanya membuat keputusan last minute. So sebab itu kena beli tiket penerbangan sendiri. So, mereka decided to fly all the way from Pengkalan Chepa.
Jadi yang tinggal? Hanyalah Mek sendirian. Atok saya yang saya panggil Ayoh tak mahu pergi. Sebab dia tidak gemar travel. Lagipun dia tak berapa sihat. Jadi sepupu yang perempuan tolong jaga-jagakan dia.
Eden dan Mek...
So! Mek naik lah bus seorang diri. Duduk diam-diam. Bus naik jam 9pagi. Patut sampai la dalam jam 4petang di Shah Alam. Tapi! tapi! Hanya sampai hampir jam 8malam! Waduh! Kok pening guwe! Ingat Mek dah sampai mana-mana tah.
Handphone? Oh..Mek ada sebiji handphone cap Nokia. Dia hanya tahu menjawap telefon. Dia tidak sesekali menelefon orang. Oh lupa cakap. Nenek saya berumur 70tahun dan masih gagah lagi. Tidak pelupa dan sihat tubuh badan lagi Alhamdulillah.
Berbalik kepada telefon tadi. Sebab kan Mek masih tak sampai-sampai mengikut jangkaan kami, maka haruslah telefon dia berdering-dering banyak kali di dalam bus. Kejap Mama yang telefon. Kang saya yang kat office pun telefon-telefon selepas terima call dari Mama suruh cek. Kang Abangah yang bercuti awal call Mek. So memang macam bertalu-talu la kot telefon Mek berbunyi. Memang macam most wanted habis. Hahhaha
Sampai-sampai je dekat stesen Bus Shah Alam, saya tengok Mek tersenyum steady sahaja. Punya lah susah saya mencari dia sebab bila saya call dia bertanya ada di mana. Dia cakap tempat dia duduk boleh nampak "kedai pajak gadai". What? Mana la aku tahu kedai pajak gadai dekat mana.
Meh tempek muka pekerja sikit..Amy & Sarah. Selalu muka kak Amy bukan macam tuh...hahaha!!
Setelah cubaan mencari-cari maka aku jumpa dia. Dekat dengan kedai burger rupanya. Kenapa tak sebut saja dekat dengan burger? Kenapa kena sebut Pajak gadai? Hahahah! Adei Mek ku. Aku assume orang-orang berusia macam Mek tidak gemar Burger tapi sudah biasa dengan kedai pajak gadai. Agaknya lah kan...
Masa dalam kereta, dia cerita yang dia sepanjang perjalanan minum 2 teguk air dan 3 biji gula-gula sahaja. Sebab takut nak makan nanti kena cari tandas. Dia turun solat sahaja.
Lepas itu dia cakap driver bus perli dia agaknya sebab telefon asyik bunyi. Lepas itu asyik tanya driver waktu itu bus sudah sampai di mana. Dia cakap driver cakap...
"Aloh...aloh aloh...Saye benar cucu ko Mek ni"
(Alahai, sayang betul cucu ke Nenek ni)
Ha ah...memang kami sayang dekat Mek. Dan lagi satu mesti lah kami risau sebab Mek tak pandai telefon orang. JAdi kita la kena follow dia. Nanti Mek hilang macam mana?
Hahahhaa!
Tiga generasi...Agak-agak kalau diberi peluang oleh Allah, umur saya 70 tahun macam mana rupanya? (bulat gila muka yang tudung oren-oren coklat tuh)
Sayang Mek! Mek terer naik bus walau umur dah 70tahun seorang diri.
Ya Allah, kurniakan kesihatan yang baik buat Mek. Kuatkan lah ingatannya. Berikanlah dia dikelilingi orang-orang yang menyayangi nya selalu. Aaamiiin.
1 comment:
memang umur yang masih lagi gagah... leh gamble gitu...
Post a Comment