Hahahahah (awal-awal dah gelak, bukan nak bagi salam ye?)
Pernah tak kamu-kamu, buat apa-apa, niat nak begitu tapi dapat begini? Kira pendek kata lain pula jadinya.
Contoh macam ada seseorang niat mahu menolong seseorang, tapi rupanya dia ditipu orang itu pula. Tengok, niat dia ikhlas, tapi lain pula jadinya.
Contoh lain...errr...konon-konon kamu nak buat surprise dekat seseorang dengan harapan dia suka dan seronok, tapi lain jadinya. Kamu kena marah tak pasal-pasal pula. Mesti sedihkan. Kamu harap orang itu hargai apa yang kamu buat. Tapi lain dapatnya. Apa nak buat kan, nasib lah.
Hahahahaha...sebenarnya, saya nak cerita pasal sesuatu kejadian yang saya tak bayangkan pun jadi begitu. Apa lagi kalau bukan pasal aktiviti mingguan saya itu lah - menghabiskan tepung.
Cadangnya konon-konon bersemangat waja nak buat biskut ala-ala Famos Amos gitu. Tapi lain jadinya. Aik? Apa pasal jadi lain? Sebab saya ter-kemalangan semasa procedure dijalankan. Eh...saya bukan derhaka resepi tau, niat hati memang nak ikut. Tapi sebab awal-awal dah salah, takkan lah saya nak buang tepung saya itu. Kena la cari alternatif dan kreatif sikit-sikit tak pasal-pasal.
Dalam resepi asal biskut tersebut, saya perlu memukul gula, gula perang, mentega, minyak dan telur sampai kembang tau. Entah apa lah otak saya melayang-layang puasa ini, lain yang saya buat. Saya dah termasuk tepung ke dalam adunan tanpa memukul! Uwaaaaaaaaa!! Nak nangis I, U tau tak?? Isk...Nasib coklat chip dan kekacang walnut bagai tak masuk lagi tau...uwaa (serius nak nangis, tapi life must go on. Ewwahh!)
Dah kecewa dah. Kalau orang lain dah selamat sedekah ke tong sampah dah. Tapi saya sayang la pula nak buang-buang. Membazir. Jadi apa lagi, terpaksa lah guna bakat terpendam saya. Ececececece! Bakat terpendam tuh. Tak hengat....hahahha!
Terus olah ke resepi yang tak dapat dikenal pasti (sebab dah tak follow the rules). Terus bertukar ke biskut lain kau! Dalam hati makcik dah redha dah. Dah la bulan-bulan puasa tak bole nak rasa-rasa. Gamble saja lah. Orang cakap alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai pangkal lengan. Kira jangan mati dulu kalau waktu mati belum sampai lah! (apa punya perumpamaan nih?).
Akhirnya Biskut Coklat Chip Rangup bertukar jadi Biskut Bijan Rangup. Hahahaha. Nasiblah kau biskut. Kesian padamu ada tuan begini. Huhuhuhu.
Bila berkumandang azan menandakan waktunya berbuka puasa. Terus saya rasa. Yang dapat saya simpulkan, biskut ini macam sesuai untuk minum-minum petang dicicah teh O atau kopi O. Fuh! lagi-lagi hari hujan. Sesuai la. Tak la asyik kena hadap biskut tawar a.k.a biskut bujang je noks!
Kalau nak buat raya, elok lah ditempek apa-apa dekat muka biskut itu. Kasi ceri ke, lorekan coklat ke...kasi ukir-ukir ke. Ewwah! Mandai aku bagi idea. Aku apa pasal tak buat? Sebab macam tak pandai nak lorek. Kang elok-elok muka biskut begitu terus ngeri je pula.
Hish...duduk cerita ngeri-ngeri terus orang takut nak try test. Hahaha. Ikut kamu la nak ke tak ye. I shared saja. Saya orang tua yang baru nak belajar.
Bahan-bahan:
(boleh dapat dalam 120keping besar dari duit 50sen)
50g mentega lembutkan
1 cawan minyak masak
4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder dia ayak
1 biji telur
2 cawan gula halus * boleh adjust ikut suka tahao kemanisan
1 cawan gula perang
Esen vanilla
Bijan goreng tanpa minyak, kasi mcm rangup sikit * boleh ganti dengan kacang, walnut, etc
Tepung jagung (dalam 4 sudu makan)
Cara-cara:
*panaskan oven 180'c
1. Gaul semua. Bagi rata, sampai membentuk ketulan. Uli-uli.
2. Bulat-bulatkan dia. Jangan besar sangat. Sebab bila bakat dia meleper sendiri.
3. Lepas bulat-bulat, golek-golek kan dalam bijan
4. Susun atas dulang, jarakkan untuk ruang dia mengembang.
5. Bakar dalam suhu 175'C selamat 12-15 minit atau sehingga dia masak. Warna keemasan kecoklatan sikit.
6. Sejuk susun dalam balang.
OK, pergi cicah teh O..
Whooppss! Sebelum itu, walau dah salah buat biskut, nak la juga bagi tips. Hahahaha
TIPS FOR TODAY:
Whisking of eggs and sugar method. Ewwah...speaking youuuu!
- asingkan putih dan kuning telur.
- pukul putih telut dulu sehingga dia lembut dan gebu ala "soft-peak"
- baru lah masukkan gula. pukul lagi
- akhir sekali baru lah dimasukkan kuning telur kamu
* Kalau nak buat biskut raya, kecilkan la sikit. Lepas itu lorekkan dengan coklat yang dimasak guna kaedah double-boiled.
Ini la kaedah double-boiled. Periuk bawah diisi air sehingga mendidih (tak payah la banyak sangat air, nak bagi didih jek). Periuk/mangkuk atas lebih besar ditingkat atas. Coklat masuk dalam yang besar ini lah. Bila cair, simpan dalam piping, then lorekkan ke muka biskut kamu.
Image taken HERE
Image taken HERE
Bye...
No comments:
Post a Comment