Salam semua.
Hairan dan pelik saya blog sudah bertukar menjadi "Dapur" atau "Oven". Tapi jangan gusar, saya ada waktu untuk menceceh sepam-dua. Cuma saya macam kesuntukan waktu untuk bercerita itu dan ini. Banyak yang berlegar-legar juga.
Hari ini hari ke-5 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah untuk itu. Semoga sampai ke akhirnya lah. Aaamiin.
Kongsi cerita puasa:
1) Tak sangka dapat bersahur pertama di rumah itu. Memang tak sangka. Hari itu kedai parents cuti. Saya pula menghabiskan masa dengan membasuh-basuh, mengelap-ngelap, mengemop-ngemop, melihat NONA dan pastinya mengerjakan tepung dan oven saya itu. Maka terhasil dah dua benda comel ITU dan INI.
2) Saya kerinduan.
3) Tak sangka masa saya kemas-kemas untuk pulang tiba-tiba terima panggilan dari Mama - "Mama dekat luar nih". Saya tercengang. Tak sangka juga Abang Ngah pun balik hari itu. Mama cakap "Kita tidur sini lah". Yeayy!! seronoknya walau serba kekurangan keadaannya. Melompat dengan girang. Saya kerinduan.
4) Sahur adalah ala koboi. Sebab tidak plan dan tidak sangka pun akan bersahur di sini, maka beli barang basah cepat-cepat di supermarket BIG berdekatan. Fuh! nasib baik tak tutup lagi. Jam waktu itu hampir menunjukkan ke angka 10 malam. Sahur untuk hari itu cukup sekadar - Nasi + Ikan/ayam/sotong goreng + sayur masak air. Air suam. Selepas sahur, bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Abangah pula terus langsung ke Puchong sebab hari itu hari Isnin - hari bekerja.
5) Waktu kerja dipendekkan sehingga jam 5 petang untuk Ramadhan ini.
6) Berbuka hari pertama - Cukup dengan kurma dan tau-fu-fah. Lepas itu lupa nak makan sebab rasa macam sudah kenyang layan customer. Hahahah. Makan waktu sahur hari ke 2 saja lah. - Nasi + Sup tulang.
“Sebaiknya berbuka dengan yang manis, salah satu contohnya adalah kurma. Makan dua sampai tiga butir kurma dan air putih cukup untuk berbuka untuk mengantarkan perut yang kosong agar siap menerima makanan berat,”
Imej dari SINI
Imej dari SINI
7) Berbuka hari kedua - Kurma dan apam balik. Sama seperti hari pertama. Terasa kenyang. Sahur nasi + ayam kunyit.
8) Puasa ke-3. Hujan. Tapi syukur sebelum jam 5petang sudah berhenti. Berbuka hari ketiga - Kurma sahaja. Pukul 8.15 malam cuba masak Gulai Ikan Kembung. Hasil
9) Puasa ke-empat. Hujan lebat. Terus hujan bersambung-sambung sampai ke malam. Saya kerisauan. Kerinduan pun iya juga. Berbuka dengan kurma. Kemudian baru makan hampir jam 8.30 malam. Saja follow satu resepi "Daging Masak Kaprau". Tapi saya tukar ke ayam. 1st time buat. Errrrr...biasa sahaja. Belum tentu nak buat lain kali. Hahahahaha
10) Hari kelima puasa - Saya sudah mula tidak bersahur. Minum air sahaja. (Tak tahu nak makan apa). Tiada apa yang teringin-teringin. Teringin jumpa orang sahaja.
Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadhan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Imej dari SINI
Wassalam..Imej dari SINI
* Kerinduan untuk berterawih...:-(....rugi betul rasa...
No comments:
Post a Comment