Tuesday, August 23, 2011

Nampaknya "Suka + Banyak Makan" Bukan Tempat Pertama lagi



Hari ini pejam celik pejam celik sudah 24hari umat Islam menjalani ibadah Puasa Ramadhan Al-Mubarak. Sekejap saja Aidilfitri bertamu lagi.

Apa punya panjang tajuk. Memang tidak menarik minat para pembaca. Tapi tak mengapa. Sebab bukan ada sangat yang baca. Hahahha. Lantak pi la ya. Rasa-rasa macam entry ini tiada diserikan dengan photo. Sebab tiada photo yang berseri-seri untuk ditatap. (saya agak saja. Tengok la apa jadi nanti)


OK, saya mengumumkan...ehem...I loss almost 10 kg's in one year plus! Tanpa planing. Fuh. Penurunan di luar sedar apatah di dalam dugaan sendiri. (adakah berhalusinasi? Tentunya bukan).

So saya selaku macam Pengintip kepada diri sendiri memulakan siasatan setelah ditegur oleh beberapa individu yang boleh dikenalpasti macam seseorang yang boleh dibawa percaya. (atau membuat aku perasan? Tak saya tak perasan. Perasaan biasa sahaja. Tapi syukur juga akhirnya turun juga badan saya ini, ingat pandai naik sahaja. Hahahah). Saya telah memulakan misi mencari punca mengapa boleh terjadinya keadaan yang sedemikian rupa. Saya cuma boleh fikirkan punca-punca apabila saya free/ teringat.

Sebenarnya, tiada apa pun yang saya lakukan. Keinginan untuk menurunkan berat badan ke paras ideal telah saya semat dalam hati berkurun-kurun lamanya. Walau telah disemat berkurun-kurun, memakan makanan yang enak-enak dan lazat lagi menggiurkan dengan kadar sepuas-hati tetap lebih utama dari berdiet. Kamu faham tak? Kamu nampak tak?

Maknanya kuasa makanan telah mengatasi kehendak yang tak seberapa untuk kurus. Lebih selesa memilih mengunyah berbanding menahan gejolak hati dan perasaan tatkala melihat dan menghidu makanan. Memang susah mahu melawan untuk menolak. Mesti terima punya lah!

Walaupun begitu, saya masih mempunyai kesedaran dalam mengawal pengambilan makanan. Lagi-lagi saya telah secara rasmi diisytiharkan joint kelab "Kolestrol Tinggi" lebih kurang 3 tahun lepas. Nah! Hamik kau! Hadap sangat makanan. Kan dah ada kad keahlian?

Apa lah pengintip ini kan. Orang suruh bentangkan apa sebab-musabab boleh kurus tetapi dia membebel tak tentu hala. OK maaf. Bercakap panjang-panjang dalam penulisan adalah boleh dikira kegemaran saya. Harap maklum. Sebab menaip tidak perlu buka mulut melainkan manaip sambil mengunyah makanan. Tapi menulis menggunakan pen/pensel akan mengakibatkan penat pergelangan tangan pula. Selain pergelangan tangan penat, ia juga mampu menghasilkan suatu kesenian dalam tulisan - tulisan akan semakin memburuk dan membesar yang akhirnya orang sakit mata mahu membaca.

Hahahaha.

Kamu faham ke apa saya cakap ini? Kalau kamu macam saya, kamu faham. Kalau tak macam saya, tak apa.

OK, sekarang tangan saya kata "haus lah puasa-puasa taip panjang-panjang ni...". Jadi saya pun kena akur dalam meng-reveal kan apa yang telah terjadi ke atas sistem tubuh badan sendiri:

1) Dipercayai penurunan telah berlaku secara sikit-sikit dan senyap-senyap sebaik sahaja saya telah di cop salah seorang Ahli Kelab Kolestrol.

Kesimpulan: Kesedaran diri sendiri dalam mengubah life-style.

2) Saya menambah/menukar corak pemakanan. Saya merupakan seorang yang sangat-sangat karnivor. Saya selalu membaham daging merah. Daging putih seperti ayam bukan keutamaan saya. Tetapi kulit-kulit ayam selalu menikmatkan lidah dan tekak apabila dikunyah. Arrgghhh!

Tetapi daging-daging tidak halal tidak pernah masuk dalam senarai. Saya mengamalkan pengambilan oat secawan atau lebih + Susu Omega setiap pagi sebaik sahaja saya masuk ke office. Makna kata kalau saya tak masuk/pergi office maka saya akan meninggalkan pengambilan yang baik ini. Sangat tak bagus bukan? Sila jangan follow tabiat ini. Pengambilan harian adalah baik sebenarnya.

Kesimpulan: Buatlah sedikit perubahan dalam pengambilan makanan. Tambahkan oat dalam menu harian anda. Oat telah terbukti mampu memerangkap lelemak berlebihan yang tidak diperlukan badan. Oat akan menjadi pekerja setia kamu tanpa gaji dengan membawa segala lelemak yang berjaya "ditangkap" keluar dari badan kamu melalui sistem penghadaman dan perkumuhan kamu. Susu pula pulih lah yang rendah kolestrol dan lemak. Saya memilih Omega sebab sambil menyelam minum air - jaga jantung. Insya-Allah.

3) Sebab yang dikenalpasti membantu - Bertukar tempat kerja. Sebenarnya kamu tak perlu tukar kerja pun. Cuma mahu bagi tahu, aktiviti kunyah-mengunyah saya seperti drop lebih dari 75% dari keaktifan biasa. Di sini - sarapan pagi saya minum secawan Oat + susu Omega. Kemudian lunch saya makan 1 kali sahaja. Tiada kudapan waktu antaranya atau selepas nya. Hanya sekali sahaja.

Kejadian ini dipercayai berikutan persekitaan kerja yang jauh berbeza dengan tempat yang saya kerja sejak 6 tahun dahulu. Sini macam nisbah seorang makwa boleh mempunyai 3 pakwa. 1:3. Faham ke tidak? Makwe-makwe di sini cuma 4 orang manakala pakwe-pakwe dalah seramai 12 orang. Hahaha. Menambahkan ketidak-aktifan saya memakan dan mengunyah adalah kerana makwe-makwe yang ada stok suka makan Maggi/Wantan Mee/ Bak Kut Teh! So...what to do..? Lunch hour sudah tentu saya makan nasi forever. Cuma sudah pandai ambil sayur sikit-sikit dalam menu saya. Saya juga cuba kurangkan daging-daging. Saya banyak ambil ayam atau ikan atau kedua-dua sekali.

Suasana di sini sangat jauh berbeza di mana jika dahulu saya akan bersarapan heavy berupa seperti Nasi lemak + telur mata atau nasi kerabu atau mihun/kue teow/mi goreng. Tak pun roti canai. Waktu antara sebelum lunch pula akan diserikan dengan sesi kunyah-mengunyah kerepek, snek, jajan, segala kuih-muih, asam-jeruk dan gula-gula yang ada. Bila menjelang lunch akan memakan makanan yang berat juga berupa nasi. Tak sah kalau bukan nasi. Dan tidak pernah minta "Akak, nasi separuh ye kak". Tak ada maknanya kak oii!

Balik dari lunch akan bungkus segala kuih-muih, keropok lekor segala, goreng pisang entah segala macam lah. Semua untuk dimakan di ofis bersama rakan-rakan nanti. Bila petang-petang tamat waktu kerja, sebabkan selalu balik lambat, jadi kawan-kawan akan ajak makan lagi. Saya macam biasa kan cakap "Jom!". Petang-petang pekena roti canai ke rojak. Waduh!

Belum kira lagi kompeni buat jamuan "Happy Birthday" atau acara lain setiap bulan. Bukan setakat kek sahaja yang ada tetapi nasi impit, roti jala, karipap, nasi beriani entah apa-apa lagi entah.

Tak cukup lagi. Bila solat Zuhur/Asar di surau sempat lah telentang tidur 10-15 menet. Kini setelah setahun lebih di sini, habit sedemikian telah pupus. (atau adakah sebab saya sahaja perempuan Muslim di sini?).

Nampak ke tidak kehidupan ku sarat dengan makanan? huhuu...

Kesimpulan: Kawal lah pengambilan makanan. Jangan telan semua. Jangan salahkan persekitaran. Hidup dalam limpahan makanan adalah rezeki. Cuma beringat-ingat lah sedikit. Tak perlu lah sampai kamu berhenti kerja dan tukar ke lain pula. Itu semua terpulang kepada offer dan rezeki. Selain itu kurangkan waktu tidur. Jangan berlebih-lebihan. Cukup lah 4-5-6 jam.

4) Ketiadaan rakan-rakan sehati jiwa dalam selera makan. Ini terjadi berikutan dari titik bermulanya saya bertukar kerja.

Kesimpulan: Ketiadaan geng-geng sekepala sepanjang waktu kerja mampu membantu kamu untuk mengurangkan pengambilan makanan yang tidak tentu hala tujunya.

5) Sepanjang saya di sini hampir 1 tahun 1/2, boleh dikira berapa kali saya minum air manis seperti teh O, nescafe atau kopi. Saya minum air kosonggggggg sahaja. Bukan tiada bekalan tersebut di pantry. Tetapi hormon malas. Tambahan pula pakwe-pakwe di sini habitnya jika minum bersekali dengan aktiviri merokok. Mereka tidak minum dimeja sendiri sambil membawa aroma Nescafe yang boleh mencuit hati saya untuk "eh macam best je. nak buat satu".

Kesimpulan: Kurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian. Alah bisa, tegal biasa.

6) Kesibukan membantu parents. Tapi saya tak boleh nak cakap sangat. Dulu-dulu pun saya masih membantu ibu-bapa. Siap balik pun pukul 2 pagi lagi. Tapi tiada nak turun-turun. Mungkin tak turun sebab saya sudah makan ber-tan-tan. Walaubagaimanapun serba sedikit aktiviti ini membantu. Sambil itu boleh lah juga saya sahut cabaran "1000 langkah sehari demi jantung sihat". Hahahahaha...

Kesimpulan: Jika kamu tiada masa mahu bersenam, ambil lah langkah mudah. Berjalan kaki sahaja. Saya sendiri kadang-kadang malas memandu kereta, saya jalan kaki ke Giant atau ke Bazaar Ramadhan. Tak adanya kamu sampai tergolek pengsan. Tapi sudah tentu Giant dan Bazaar adalah kurang dari 500m jaraknya. Hahahahah! Kalau berkilo-kilo meternya, basah ketiak den nih! Sikit lagi nak fengsan!

Jangan cakap saya cakap kamu kena ada parents yang ada perusahaan kedai makan baru boleh buat semua ini ya. Maksud sya, busy kan lah diri buat aktiviti keluarkan peluh. Cabut rumput ke, tebang lalang ke, tanam pokok bunga ke, mengecat ke. Membasuh lantai ke...apa-apa sajalah. Naik basikal keliling taman ke, joging-joging ke. Ikut selesa kamu lah. Kalau kamu selesa duduk telentang depan TV, tak dapat lah nak tolong kamu ye.

7) Waktu kerja yang pendek. Maksud saya, di sini, sekarang saya hanya bekerja secukup waktu sahaja. 9pagi - 6 petang, Isnin - Jumaat. Tidak perlu ber-overtime untuk termengah-mengah mengejar segala due-date yang macam "Ya Allah...aku pohon panjang kan masa lagi" sebab rasa nak gila nak meet KPI (Key Perfomance Indicator). Yang nak achieve target berjuta-juta dalam waktu yang singkat. Memang gila stress rasa macam nak makan meja ke ape tah.

Sangat berbeza dengan dahulu di mana saya akan pulang kerja secara pukul rata lebih kurang jam 9 malam dan kemudian bersambungan menolong ibu bapa di kedai. Kalau gila nak mati kejar macam-macam due-date pukul 10 malam pun pernah saya pulang. Dan sepanjang rekod, jam 5 minit lagi mahu pukul 12 tengah malam baru balik. Hanya sekali. No way buat macam itu lagi. Sangat tak mahu. Tak cukup kerja dihari biasa, hari Sabtu-Ahad mahupun cuti umum pun saya perlu datang kerja untuk swing semua kerja menimbun. Beserta report-report segala. Cuma hari raya sahaja saya tak kerja. Raya Cina ke Deepavalee ka..muka ku dan beberapa teman-teman seangkatan sedia menebeng muka di office untuk berkhidmat.

Dengan fenomena kerja sedemikian juga lah saya mendapati bahawasanya saya seorang work-holic. OMG! What???????

Kesimpulan: Elakkan stress. Hahahah. Actually saya tidak stress kerja di sana, cuma saya perlu waktu untuk diri sendiri dan keluarga. Itu lah sebab utama saya tukar kerja.Apa yang dapat saya simpul kan. --- Banyak kerja, banyak stress, banyak makan. Hahahaha!

8) Cuba amalkan diet-diet tertentu yang macam saya cakap di entry ini. KLIK SINI - TAKNAK GEMUK

9) Tidak menukar pola pemakanan secara drastik. Saya masih makan seperti biasa. Masih degil ikut kata Abang Kevin Zahry - kena makan nasi sebesar penumbuk sendiri. Kalau lapar ratah lauk. Jangan tambah nasi. Saya makan ikut keupayaan saya. Masih mengambil burger, cheese, pizza dan kek seperti biasa. Tiada istilah secubit ke apa. Bantai habis. Masih pulun apa sahaja makanan ikut BF saya makan apa. Hahaha. Tapi saya baru sedar beberapa hari ini sahaja - Tank perut saya sudah tidak seperi dahulu- yang boleh sumbat apa sahaja sepanjang masa. Sekarang kalau makan lebih, saya penat. Tetapi masih boleh makan banyak lagi, cuma masa yang diperlukan lama. So, sekarang saya kena fikir "Adakah buffet berbaloi untuk membawa saya jika kena makan laju-laju?".

Kesimpulan: Tak payah taksub-taksub sangat sampai push diri. Buat perlahan-lahan. Badan kita akan menerima secara perlahan-lahan. Biar waktu yang diambil untuk mengurangkan berat badan itu lama tetapi maintain berbanding diet kow-kow dan slim kurus kow-kow tapi bila naik semula ia jadi mendadak-dadak mengalahkan yang asal.

10) Oh lupa. Saya ambil supplement - pil Omega sahaja. Tak pernah beli krim-krim ke korset-korset buat masa ini. Lagi pun saya ini jenis yang macam kalau beli untuk diri sendiri fikir banyak kali. Bukan kedekut tapi rasa ada keperluan orang lain yang lagi perlu berbanding apa yang saya perlu.

Kesimpulan: Ambil lah makanan tambahan berupa vitamin. Walau gita ini gagah perkasa, mengikut kitaran alam, lama-lama kita makin lemah juga. Jadi untuk melewat/memlihara diri untuk orang yang tersayang, perlu lah kita berusaha. Tak gitu?


Dengan ini diumumkan, pada hari ini, saya menyatakan kesukaan dan keterujaan saya terhadap makanan adalah tidak seperti dahulu lagi. SEKIAN.


* OK, memang tepati janji nampak nya entry ini. Entry tiada gambar.

Bye!

No comments: