Hari semalam.
Mendapat khabar dari seorang teman bahawasanya yang adiknya telah dijemput pulang ke rahmatullah. Innalillahirojiun. Al-fatihah buat arwah. Takziah untuk keluarga arwah.
Saya boleh menjangkakan bahawa pemergian arwah adalah tidak dijangka atau "dihidu" oleh mana-mana pihak kerana arwah adalah seorang yang sihat tubuh badan. Tidak mengalami apa-apa penyakit. He is healthy person. Tapi yang pasti, kita semua tahu, ketentuan Allah adalah segala-galanya.
Arwah tiba-tiba tidak sedarkan diri lalu dibawa ke hospital. Bila sampai di hospital disahkan denyutan nadi telah tiada. Maha suci Allah, menarik nyawa hambanya dengan secepat dan semudah itu dengan kuasa dan ketentuanya sendiri.
Ajal telah ditetapkan. Tidak akan tercepat atau terlewat walau sesaat dari ketentuan.
Berlainan jika seseorang ditimpa sakit. Orang-orang sekeliling mungkin bersedia sekiranya menerima berita pemergiannya. Inikan pula diambil secara tiba-tiba? Hak-Nya tetaphak-Nya. Kita hanyalah pinjaman. Ingat tentang itu.
Bila mendengar seseorang pulang ke rahmatullah, selalu terdetik dalam hati saya.
Ya Allah.
Selalu takut menusuk dalam diri. Lagi-lagi dikenang hal diri yang "bocor" sana sini. Tiada yang sempurna, malah diselaputi dosa dari hujung kaki ke hujang kepala. Luar dan dalam. Yang kalau "dicuci, disental" entah kan hilang entahkan tidak.Ya Allah. Kalau lah aku disentap nyawa oleh MU apakah perasaan ku? apakah persediaan saya sewaktu menghadapinya? Apakah persediaan orang-orang sekeliling saya lebih-lebih lagi yang tersayang? selalu bermain di fikiran saya.
Lately, saya dikhabarkan tentang kematian orang-orang yang saya kenali yang dibawa "pergi" dengan tiba-tiba tanpa dijangka.
Dikhabarkan tentang terlibat kemalangan, dikhabarkan tentang tiada tanda-tanda sakit atau seperti mahu nazak, tiba-tiba sahaja tahu telah "tiada". Macam-macam lagi. Bila Izrail datang memanggil, kamu tidak boleh kata "Tidak!", "Tak mahu","I don't want to" "Nehi" "Sorry, please come again, I'm busy" etc. Jangan harap cantik muka kau nak cakap macam itu OK. Apa peduli?
Ajal itu didatangkan dengan pelbagai cara, pelbagai gaya. Apa yang mampu saya pohonkan, semoga apabila tiba waktu saya nanti, diharapkan dipermudahkan. tidak menyusahkan orang keliling saya. Begitu juga dengan kalian juga. Berada dalam keadaan baik, mulia, sempurna. Insya-Allah.
Meminta mati itu adalah tidak perlu kerana ia sesuatu yang memang PASTI. Cuma masanya sahaja menjadi tanda tanya. Jadi sesiapa yang kalau-kalau kecewa ke apa, jangan sesekali memohon meminta mahu mati. Sebab kalau kau tak minta Allah akan bagi kau mati juga.
OK, jangan pula kau tidak jaga diri kau. Tak sayang diri. Kesihatan perlu juga jaga. Jangan lupa. Siapa cakap "Alah...kau makan itu ini, pil kesihatan lah berurut lah, mati juga.". Memang ah kau nih tau. Aku ketok kau!
Itu tanggungjawap kamu sendiri menjaga dan memelihara kesihatan. Bukan untuk kamu sahaja, tapi untuk orang-orang tersayang juga. Tak gitu?
Lebih baik kamu meminta supaya diteguhkan hati, ditebalkan iman, dikentalkan jiwa dalam mengharungi hari-hari di bawah keredhaan dan keberkatan dari Allah. Ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Syurgawi menjadi tempat kamu. Itu lagi baik.
1) Aku rumah yang TERPENCIL, maka kamu akan senang dengan selalu membaca AL-QURAN.
2) Aku rumah yang GELAP, maka terangi daku dengan solat WAKTU MALAM.
3) Aku rumah yang penuh dengan TANAH & DEBU, bawalah AMAL SOLEH sebagai hamparanmu.
4) aku rumah ULAR BERBISA, maka bawalah BISMILLAH sebagai penawar.
5) Aku rumah pertanyaan MUNKAR & NAKIR. Maka banyakkanlah membaca "LA ILA Ha ILLALLAH, MUHAMMADAR RASULULLAH" supaya kamu boleh menjawap setiap soalan-soalannya.

"Bagaimana pula giliran aku nanti?".

p/s: sesungguhnya mati itu pasti. ketika mati, tiga perkara yang akan mengiringi jenazah ke liang kubur. iaitu hartanya, kaum kerabatnya dan amalannya.kaum kerabat dan hartanya akan pulang, yang tinggal bersamanya hanyalah amalannya. (riwayat bukhari dan muslim)
No comments:
Post a Comment