Thursday, October 20, 2011

Yiha..yada-yada...


Well...

Dengan tidak semena-mena ada pula sedikit waktu merewang-rewang. Tersiap cepat pula kerja yang menggunung macam nak runtuh itu. Alhamdulillah. Bole lah makcik tarik nafas sikit Enon ooi. Bukan selalu begini. Fuuuuu...(sedot napas). Phewww (lepas napas). Kalau gabung bunyi laju-laju? (ah tak payah jawap pun tidak mengapa :-P)

Kebetulan pula boss besar tergesa-gesa pergi meeting. Apabila "hidung" makcik dapat membau seperti boss rushing beberapa hari sebelum itu, maknanya hari rush bagi ku jua. Makcik macam yakin sikit, mesti nama Makcik ini "dipetik". Kehkehkeh! Tak tahu lah mengapa.

Adakah aku comel macam baby yang gebu?
Adakah aku kiut seperti bayi di dalam buaian?
Adakah aku kelihatan munggil seperti bayi baru lepas menangis? (Ceh! Munggil? tak boleh blah kau nih)
Adakah aku mempunyai pipi merah bagai Cinderella atau Snow White? (Kau kenal ke Cinderella dengan Snow White itu siapa?)

OK. Merepek tiga empas das memang kegemaran saya. Perbuatan merepek ini boleh dilabelkan sebagai helah untuk mencari idea bercerita. Otak sedang fikir nak cerita apa.

Akhir-akhir ini, semua entry saya "macam tak guna betol la". Tak ada pengetahuan betul untuk dikongsi. Saya bukan tak ingat pesan Rasulullah - sampaikan lah walau sepotong ayat. Tapi saya tak jumpa lagi ayat yang nak dipotongkan. Hishh! Cess!

Stress.

OK, cerita sikit pasal boss. Sebab kan dia busy, mengerjakan kerja yang ber-geogafikan di Oman, maka tak semena-mena dia telah meninggalkan note di meja saya.

OK, tinggal note perkara biasa. Yang tak biasa nama aku sudah ditukar olehnya sendiri.

"Azaira". Yes, nasib baik boss macam sweet juga tukar nama menjadi bunyi begitu. Kalau bunyi lain macam mesti aku cakap "Cess! apa nama nih?".

Mentang-mentang lah saya di "kerah" mengerjakan projek Azaiba, di Oman, nama ku terus bertukar Azaira ya?

OK, bye. Dah godek dah photo jumpa dah nak gebang apa. Tapi yang pasti tiada pengetahuan. Setakat cerita kosong macam jual cerita sahaja. (dah takde kerja ke kau? hahaha..suka hati lah)

Hahahha.

Bye! Jumpa next entry...

NEXTTTTTTTTTT!!!

No comments: