Friday, October 14, 2011

Detektif Mengintai Seorang Kakak


Di suatu hari yang indah, tatkala seorang kakak duduk keseorangan merenung lantai dan tingkap akibat tiada teman sepermainan, maka kakak tersebut telah menggagahkan (tanpa membuat muka bengis dan berkeriut) diri menyelongkar almari mencari khazanah-khazanah berupa makanan yang boleh disantap.

Kejadian ini berlaku dipercayai akibat dari sikap malas tuan badan mengeluarkan diri dari pintu rumah itu untuk membeli makanan. (lain lah ada acik ketok pintu macam dekat asrama dan tanya "Adik nak nasi lemak dik? Karipap?". Sure kakak tersebut membeli seumpama memiliki makhluk seramai 5 orang di dalam rumah. T__T

Kasihan.

Walau kelihatan seperti malas mengeluarkan dari pintu rumah, tetapi kelihatan macam sedikit sifat rajin juga di dalam nya kerana kakak tersebut telah terjumpa (hoii! terjumpa apa, kau yang belikan. Kan?) sesuatu...

Ting!!

Cahaya lampu mentol telah muncul di kepala kakak yang blur itu. Dengan tidak semena-mena telah mengimbaskan beliau tentang apa yang dia ingini.

Apakah yang dijumpa kakak tersebut? Apakah yang diidami nya? Mari aku ajak kau menghendap bersama-sama aku. Aku mahu ajak kau jadi detektif. Detektif yang tak stress yang perlu memikirkan sebarang kebarangkalian. Manjadi detektif senang hati sesuka hatimu.

Apa kau merepek?

Jom lah tengok!


Oh...sepeket 250g Macaroni yang dibeli daripada pasaraya hero yang tak sampai RM2.00 (rasanya lah). Tahukah kamu bahawa250g itu adalah banyak juga? kakak tersebut telah membahagikan macaroni itu kepada dua bahagian

1) Kamu rebus macaroni kamu. titik kan beberapa titik minyak. Minyak zaitun sebaiknya. Kalau tak minyak biasa pun tidak mengapa. Jangan minyak tanah atau minyak gamat atau minyank senyonyong atau entah apa-apa sudah la...
2) siap direbus, sila tos kan airnya buk!

Mudah sahaja ini. Untuk bahan ramuan kesedapan jiwa-raga dan perut, ambil apa sahaja di dalam almari atau peti sejuk kamu.

1) Bawang besar dihiris-hiris dan bawang putih diketok-ketok dan dicampak kan ke dalam kuali. hingga naik bau.
2) Masukkan ayam/daging/udang / sotong/ hot dog/cendawan butang/ isi tuna yang telah dipotong-potong dan dicuci.
3) Tuangkan sos tomato, taburkan lada hitam, garam dan gula...
4) Tuangkan air sedikit.
5) Mahu pedas? potong la lada semahu kamu.
6) Masukkan hirisan dadu tomato
7) Akhirnya masuk lah maraconi yang telah ditoskan itu..
8) Masukkan sayur yang dipotong jika kamu mahu.
9) Gaul-gaul, letakkan didalam bekas yang boleh di bakar. Padatkan.

* Boleh juga letak sedikit serbuk kari. Sodap juge! heheheh

OH! Kakak itu rupa-rupanya mahu membuat MACARONI BAKAR...(eh..kamu lupa ya yang kita sedang mengintip kakak tersebut?)

Apa lagi kakak itu mahu buat?

Ini apa? Ini kuah caramel nya. Yang bakal dituang ke dalam adunan macaroni tadi.

Bahan simple:

1) untuk lebih kurang 150g macaroni, tiga biji telur diperlukan serta susu setengah kotak kecil yang 250ml itu.
2) Pakai whisk, godak la telur serta susu itu.


Apa lagi? tuang lah ke atas macaroni yang menunggu..

OOppps! Sorry...kakak itu buat dengan kuantiti telur yang lebih (lebih dari 3 biji u all semua tahu tak?), maka dia "banjir"


Walau kakak tersebut telah gusar akibat kebanjiran, tetapi dia mempunyai hati yang cekal juga. Takut Macaroni mengalami kelembapan. Maka dia potong-potong cheese dan atur. Look yummy pulak! haahaha (harapan semoga macaroni menjadi pizza with crust??)


Sila bakar selama 30jam dengan suhu 190darjah. Jangan lupa cover dengan aluminium foil...
- oh, kasihan kaka, setelah siap tidak seperti yang kakak tersebut imaginasikan...

Maka dia telah tak semena-mena menaggal alumium foil dan membakat lagi...maka hasilnya adalh seperti di atas....OH adik-adik. Jangan takut, dia sedap macam di atas pizza...hahahah

Boleh dimakan dengan sos..
(sebab itu kakak itu pesan kalau nak letak serbuk kari pon OK, sebab the cheese very the cheesy meesy youu!)


Jom lah tengok! Oh...itu rupa-rupanya yang dibuat oleh kakak tersebut di rumah seorang diri ya?

Tapi timbul persoalan di hati saya. Yang lagi separuh macaroni yang direbus di buat apa? Adakah telah dibiarkan semut makan atau kucing makan? Hmmm..

Rupa-rupanya...beliau telah membikin ini...

Baiklah, ini dalam versi yang lain dari di atas yang dibakar. Ini goreng ajo pong sodap eh!
Cara sama sahaja cuma tambah kicap dan sedikit perahan lemon. Pecahkan telur sebiji dan kacau lah. Di akhiri dengan Sayur-sayur letak la apa yang ado - carrot, pak choy...hantam!

Saya mendapati kaedah yang diguna pakai oleh kakak tersebut macam sama dengan proses di atas time buat macaroni bakar. tetapi dengan sikit bahan tambah di dalam bahan menumis menggoreng sebelum meletak macaroni ke dalam nya.


Oh...rupanya ini yang kakak tersebut buat...Membawa makanan tersebut ke kedai untuk menjamu pekerja dan ibu bapa.

Sekian.

* sekarang kakak itu fikir, lain kali nak letak serbuk Maggie + sos tomyam mesti macam sedap juga..kehkehkeh!




No comments: