Thursday, October 13, 2011

Sepintas Lalu



Salam kepada sesiapa yang membaca. Ku tahu kau cantik. Ku percaya kau baik. Ku yakin pasti ada yang tertarik. lalalalala..ku sudah ada satu kekasih yang menunggu.

Eh..over pulak...termenyanyi.

Sangat-sangat tiada waktu untuk menaip. Atau kata lain sebenarnya selepas waktu kerja ada waktu, tetapi tempat untuk menaip dan meng-upload pula yang tiada. (lap top ternyata kini semakin uzur bak menunngu pengganti :-P)

Nak taip laju-laju sekarang tentang apa yang dilihat dan terfikir or may be something yang mahu di-share.

Tengok la dulu apa. Sebab saya pun tak pasti lagi sedang mahu menaip tentang apa. Ini semua keluar secara tiba-tiba konon-konon macam digerakkan oleh seuatu aura. Eh seram pulak. Dah macam dihantui oleh hantu je pula kan? :-P

OK move!

1) Gaya/ Trend terkini bergambar bertunang

Ehem. Saya bukan sengaja mahu menyibuk. Cuma memperkatakan apa yang terdetik di hati. Lately, saya lihat trend pose bergambar untuk sesi pertunangan ada "semacam". I do not know you get what I mean or not.

Cara posing adalah kelihatan seperti gambar perkahwinan terkini di mana pasangan tidak malu-malu segan bersilang-silang badan dan sebagainya.

Gambar pertunangan digambarkan seolah-olah gambar perkahwinan dengan sang arjuna di sisi dan sang dewi cinta disebelahnya sambil berangkul-rangkul bagai. Berpimpin.

OK, nak cakap isu itu sampai di sini sahaja.

Something goes not right now days. Everybody realize about it, but no one can do anything or something. All keep shut jek!


2) Bajet Malaysia 2012 yang...

Fuh..yang ini kalau usha FB, banyak status memperkatakan tentang Bajet2012. Ada lah suara-suara sumbang-sumbing duduk sound sana sini. Yang gembira ber-hip-hip horey! yang kecewa hanya menjeling sinis. Cemburu?

No, I don't think so yang menjeling adalah cemburu tetapi berfikir

"apa je kerja kau ha? Aku tengok kau goyang kaki jenjalan shopping sana sini jek...senang-senang dapat itu ini. Apa kami ni bukan rakyat Malaysia ke??"

Hahahaha!.

Ayat berbaur sentap-sentap manja. Don't blame orang yang cakap begitu, jika kamu memang benar begitu rupa. Tolong malu sikit. Jika kamu bukan begitu, kamu seharusnya tidak terasa luak atau terhiris atau tergores pun sebab itu bukan kamu. Tak terkena batang hidung kamu pun. Betul?


And yes, we all deserved to have apa yang selayaknya. Tetapi jangan lupa tentang rezeki di tangan Allah dan kita mengusahakannya. If belum ternampak hasilnya, maka anggaplah belum sampai waktunya sampai kepada kita.

Adalah lumrah duniawi, jika sesuatu yang dihebah-hebahkan secara tidak sama rata dan adil akan mewujudkan pelbagai soalan yang tidak puas hati. Cuba kalau tak hebah-hebah, tiada siapa tahu sangat dan tiada siapa pertikaikan. Diam sudah.

Masing-masing sibuk mempertahankan aliran kerajaan (yang orang panggil gomen) dan juga bukan kerajaan (ala anak tiri). No point!

Gaji kamu ciput pun, bukan kamu yang bayar hutang-piutang dia. Dia gaji besar gunung pun pun, bukan dia yang bayar hutang kau pun. Fair kan?

Just move on dan kerja sahajalah selagi hayat dikandung badan. Mudah. Rezeki masing-masing tetap ada. Yang penting, kamu perlu jaga tatasusila kamu dalam mencari rezeki. Jangan main "makannnnnnn" sahaja.

Kerja di mana-mana sektor pun hiduppp je juga...So...lu pikir la sendiri oi!

You get it?

3) Hudud oh Hudud!

Ini tak tahu nak kata. Apa yang ditakut sangat sampai tolak mentah-mentah? Kalau takut tak payah la buat sesuatu yang menyebabkan hudud dijatuhkan ke atas kamu. Tak perlu menolak membangkang dan emosi tak setuju sedangkan ilmu pengetahuan tentang itu cuma sejengkal. Ini tahu nak tolak tak tentu hujung pangkal. Yang Muslim, menolak hukum Allah samalah menolak kewujudan Allah. Kenapa perlu takut?

Jika undang-undang berkanun tidak mampu membendung, kenapa Hudud tidak boleh membantu?

Yang saya malu adalah komen-komen artis. What a shame. Siapa kata zina kena sula?? Haiyo! Buat kena gelakkan orang sahaja. Jangan bercakap kalau tidak tahu apa-apa tentang itu. Belek buku dan rujuk kepada yang berilmu baru komen. Tak faham jangan cakap.

OK, nak komen sampai sini. Cakap lebih-lebih sudah pastinya saya bukan lah berilmu tinggi sangat.

4) Semakin Gila, Apa Beza Manusia dan Binatang?

Membaling bayi comel dari tingkat atas ke bawah? Meliwat bayi sendiri yang berumur hanya 23 hari sahaja? Apa kau nih?

Membakar-bakar manusia? Memotong dan melapah daging manusia? Dan arrghh! tak tahu aku nak cakap macam mana gaya lagi yang ada. Isk!

Oh Mannnnnnnn! you are human being or what? Kucing pun comel lagi tahu?


OK. Habis dah membebel seposen-dua. Eh? Apa aku membebel kah? T_T

No comments: