Thursday, October 20, 2011

Kita Bertuah ke Tak?


Orang cakap, tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia tak siapa tahu.

Saya pun tak berapa nak pasti betulkah hanya dengan melihat di kaki seksi ayam akan ternampak tuahnya? Tidak saya ketahui. Tidak saya teliti. Tidak saya tahu.


Anda boleh nampak tuah nya di kaki ayam ini??
(imej ni google je jumpa)

Saya rasa, perut yang bertuah. Sebab dapat makan kerabu kaki ayam. Hahahaha.
(imej ni google je jumpa)

Ya Allah. Saya suka betul kaki ayam. Imagine masa kecil-kecil balik kampung, nak beli nasi dagang, saya demand makcik itu nak kaki ayam sahaja. Dia cakap "kaki ayam tak cukup, ni buat kuah pakai 2 ekor ayam saja. ada 4 batang kaki saja". Of course dalam loghat Kelantan. Tak pandai saya nak menulis bunyi macam mana.

.....

Eh. Tersasar. Ini gara-gara kaki ayam yang tak seksi punya pasal.

Tumpang lalu mak....ehemm



Jadi kenapa pepatah cakap tengok kaki ayam sahaja sudah tahu bertuah ke tidak. Tapi kalau tengok kaki manusia tak nampak pun apa-apa. Nampak kaki yang...errr...aha apa-apa sahajalah. Yang penting tolong lah jangan buat kaki manusia masak bukan-bukan. Yuckss! (eh keji la awak ni cakap macam ini.hishh!)

OK. Move. Ini ceritanya...

"Seeing is Believing II". Ya, yang kedua kalinya. Yang pertama kali tahun lepas. Time tuh saya pun tak joint lagi. Hehehehe.

Not just a lamp...It''s about power of LOVE...eh..power of lighting..


Itu lah ceritanya. Mendapat jemputan dari Philips Malaysia. Yang lebih berciri kearah konsep pencahayaan. Eh memang pun. Marilah kita guna LED. Go go green. Terima kasih abang Philips. Hahahah. Tahukan penggunaan lampu LED adalah lebih baik? OK anak-anak, jangan bayang lampu LEDsekadar macam time belajar elektronik time belajar subjek Kemahiran Hidup yang warna warni merelip-relip itu sahaja. Teknologi semakin bagus dan baik di era ini. Sila buka mata dan sila ambil perhatian.

Tengok apa yang cahaya boleh tolong kamu...

Rumah yang misteri kepada rumah yang tak misteri.Hehehe..
(Photos Source)

Tak percaya? cuba beli satu lampu. Dekat dekat satu ruang. Contoh dekat ruang tamu ke, bilik ke, lampu gantung (pendant) atas meja makan ke...tengok mood kamu dan ekspresinya.

Selain nilai estetika yang disumbang oleh pencahayaan lampu, ia juga mampu mengurangkan penggunaan tenaga (energy-saving). Selain itu pencahayaan juga menyumbang dalam mempengaruhi sesuatu mood. Yang suram dapat dicerahkan kan, yang cerah dapat dimalapkan agar romantik dan cool sikit. Amacam?

Jenis mentol yang kelihatan elegent kalau dilihat dekat...

Hari tu, 12 Oktober 2011 berlokasi di Ciao Ristorante. Restoran yang sangat lah berciri Italy. Manakan tidak, restoran Italy tertua di Malaysia katanya. Saya anggukkan sahaja. Mak tak kisah nak. Boleh lihat sengaja dinding tak plaster, ternganga bata. Terdedah rasuk (err beam OK, bukan rasukan hantu syaitan nirrojim durjana itu). Tergantung gambar-gambar berciri Italy (err you boleh imagine kan?). Ala, stok ala-ala Leonardo De Vinci tuhh...


Macam ini contohnya. I Google saja...somehing macam berciri gini lah...(sumber)

Hahahha..ke mana kah kita ini? Tiba-tiba tunjuk kesenian Italy nih?

OK, mula balik. Di Ciao, ada macam (eh bukan macam, memang sebenarnya - itu lah tujuan utama) satu sesi pengenalan produk terbaru Philips. So kami dijamu dengan sistem lampu yang mereka reka lah. Dengan pelbagai ifek semua ada. Dengan offer price semua lah. Tapi ada satu yang cool. Menarik minat saya. Sepasang lampu yang saya kira sesuai untuk bilik tidur atau di mana-mana. Konon-konon ada husband and wife kan, seorang nak baca buku buku, seorang nak tidurkan, boleh dim (malapkan) satu lampu atau matikan terus lampu sengan satu wireless controller.

Bukan lampu ini yang saya katakan.
Antara sesi memperkenalkan kebolehan dan kecanggihan produk...Oooo...UUUUuu... bunyi nya...

Heh! Itu macam biasa sahaja nampak nya. Hish! apa yang Cool?

Err...jika kamu berminat, kamu hanya perlu menukar mentol sahaja. Semudah itu. Tidak perlu menebuk lubang, membuat wiring atau apa-apa. Semua hanya dengan menukar mentol sahaja. Nah! Sila ambil wireless controller. Terus berfungsi. Cun sekali! Juga kalau anda terlupa menutup lampu, anda hanya perlu control di jari sahaja. Pakai I-phone pun boleh dong! Amacam?


Antara himpunan street light & juga bollard..(er..bolard yang bucu kanan ity, separas paha gitu tingginya. Yang Bulat itu juga jenis bollard)
- En Dzul & En Din menikmati pemandangan senja...


Antara lampu jenis surfaced, Pendant & Chandelier...
Lampu belum nyala lagi lah. sebab belum waktunya lagi. Ini pun ambil sorok-sorok.


Tree uplighter...ada satu lagi yang jenis colour-changing cantik. Pokok kau boleh 3 warna. 3 tone gituhh!


Lampu yang hanya menyala apabila tiada satu pun sumber cahaya. Kau boleh pegang seketol dan masuk beg bawa balik. Tak ada wire ke kabel pon...

Untuk bermain cahaya. Kot-kot nak buat dekorasi rumah tapi tak tahu apa gaya, marilah godek ini....


Walau mata dijamu pelbagai lampu, jangan kata Philips kedekut pula. Sebab sebenarnya sejak dari jam 7 petang sehingga lewat jam 10.30 kami dijamu dengan hidangan Buffet yang super walla juga. Alhamdulillah. Tapi saya tidak makan sangat. Diet!. Eh...tipu lah! Banyak juga. Tapi tak ambil gambar sebab malu orang cop saya jakun sikit2 nak ambil gambar. (sebenarnya masuk sini, camera pon tak dibenarkan masuk, No Camera please!). Tuh yang takut-takut tuh. Nanti kene rampas henset makcik yang canggih macam mana? Malu la saya..huhuhu

Yang bercahaya itu lampu juga. ..so tak la terbakar rumah kau sebab gatal-gatal romantik nak pasang lilin dalam bilik banyak-banyak.. :-P

TAPI, jangan gusar...saya dah rembat sini. Antaranya macam ini la rupa dia.. (buffet)

Google sahaja, sekian Terima Kasih google...


Suasana masa makan malam. Sangat santai tak formal..makan berdiri pon no hal punyo!


Hoh! Macam buat kau pening. Tak apa. OK, kita sampai ke acara kemuncak.

Lucky draw! Yeay!

Apa yang best? pastinya hadiah utama berupa home theater. Fuh! Aku suka. Dan sebenarnya bukan orang tertentu yang bertuah sahaja dapat hadiah, tetapi yang kurang tuah pun dapat juga! Everybody go hame without empty handed gituh!

CUMA..ikut nasib lah kan..apa kita dapat bawa balik..kui kui! kui..

Antara hadiah yang bakal dimenangi...semua duduk pray for the home theater..kehkehkeh!. Ini sebahagian sahaja yang nampak. Rasa-rasa kami dalam 80 orang semuanya kot...

Setiap kali BUKAN nama kami dipanggil, kami akan bersorak dengan girangnya sebab peratusan nama dipanggil untuk hadiah utama semakin tinggi... (semua duduk la berangan bawa balik hadiah besar-besar konon..

Akhirnya...apa kami dapat??


Nama pertama dari dari kalangan kami berlima - Mr Din, Digital Photo Frame

Second... Mr Dzul - Table Grill

Third...Annie..I-pad/ I-phone Docking System
Link
Fourth...LED Table Lamp with MP3 USB port...


Fifth..berat gila...Air Cooker....

So, betul lah kata penaja. ececece. Penaja pula dia.Padahal penganjur. Hehehehe..

Reaksi dapat hadiah....

Orang semeja kami dapat...Pendant ni, gila Futuristik bentuk...suke saye!

So...kamu tahu ke apa tuah kamu?


* Apa yang saya dapat eh... :-)



Bye, jumpa lain kali....



No comments: