Thursday, October 27, 2011

Habit Perempuan Yang Takkan Difahami



Habit-habit yang mungkin takkan difahami oleh pihak lelaki atau mungkin juga wanita itu sendiri tidak berapa faham dengan habit mereka sendiri. Seringkali terjadi rasanya...

1) Membeli sesuatu tanpa sebab

Lelaki mesti pening juga kalau dapat wife yang berciri begini. If fulus bekepuk, mesti lelaki tanpa bantahan redha sahaja bila wife cakap:

"yang yang yang...saya ingat nak beli yang ini lah. Yang lama tuh dah tak elok."

- padahal barang yang sebelum itu baru sahaja diganti. Masih elok rupa paras dan function. Lagi banyak barang dalam rumah kalau musim sale sana sini macam sekarang ini...

"Yang..rasa macam rugi la tak beli. Lain kalai mana dapat price macam ini".

OK. Fine. Kalau sang suami tiada duit? (jom cuba fikir-fikirkan baru la prihatin, bukan?)



2) Merimaskan

Sang wife seorang yang caring gila. Tiap saat dan waktu serta ketika dia akan masuk kan diri kamu sebagai sesuatu yang important. Kadang-kadang rasa macam dia treat kamu macam budak kecil (adakah ini boleh dikira sebagai sifat keibuan??). Sebab itu tidak hairan ada yang memiliki wife/GF yang terlalu risau keadaan kamu seolah-olah macam kamu nak mati esok hari. Sebenarnya dia bukan fikir kamu nak mati, tetapi dia takut JIKA jadi apa-apa sebab kamu diam (contoh tak call, SMS ke). So maksudnya "ke-diam-an" kamu adalah kerisauan dia.

Kalau kamu tanya dekat wife

"Awak ni kenapa risau sangat ni. Tolong la yang, abang rimas tau rasa tak boleh buat kerja"

Mesti perempuan itu diam sebab duduk fikir sebab apa dia buat macam itu. Dia sendiri mungkin tak tahu kenapa. Funny kan?

Annoying kan sikap macam ini. Pada fikiran lelaki, ianya seolah-olah macam tak kena tempat kadang-kadang sikap orang peempuan ini, betol?

1) Lalaki syukur lah rupanya ada orang yang sangat memikir tentang kamu. Belajar lah menerima
2) Perempuan, belajarlah untuk tidak "merimaskan" suami/BF anda. Bukan sebab suami/BF anda tidak menghargai adanya anda, tetapi sikap ini mengganggu kosentrasi sang suami untuk menumpu perhatian. Lelaki kan bukan boleh fikir banyak-banyak dalam satu masa macam kamu?

Sikap ini kadang-kala kelihatan seperti "mengongkong". Tapi take note ya tuan-tuan dan puan-puan, mengongkong dan caring ada bezanya.


3) Tiba-tiba menangis. Berfikiran bukan-bukan. Pernah pasangan kamu macam ini?

Contoh macam:

Kamu memang stok makhluk busy gila. Serius gila busy sampai tak ada ruang waktu nak spend time dengan dia. Then dia pergi suspect dalam hati kata kamu ada teman baru dan melupakan dia. Then tiba-tiba tercipta melo-drama (sayu). Menangis sedih. Anda pernah dalam situasi macam ini?

Saya sendiri suspect yang teman kamu itu mahu sikit perhatian dari kamu sebenanya. Cukup lah tanya hal-hal sikit-sikit, dia sudah lega sebenarnya. Cuba kamu tanya kenapa dia boleh menangis-nangis macam itu? Mesti macam jawapan tak berapa releven keluar. Hahahaha

Jawapan dia mesti dia pun tidak tahu.


4) Menyatakan dirinya tak cantik padahal pandangan pasangan cakap dia dah berkali-kali ganda cantik dari pelakon utama cerita bersiri "Cinta Elysa" atau cerita " Nur Kasih". Tapi dia tidak akan percaya. Hahahahah

Nak tahu apa? sebenarnya dia mungkin percaya tapi buat-buat tak percaya. Kalau kamu tengok muka dia senyum sikit, Ya lah tuh. Dia percaya sikit-sikit . Hahahah

(yang ni tukang masak saya cakap. Dia cakap perempuan mana yang tak suka kena puji melainkan Kak Long. Sebab Kak Long tak romantik. Aik? ada kaitan ke aku terlibat dalam ini cerita?)


OK bye. Entry yang terbengkalai sampai saya tak ingat apa nak cakap dah.

Last-last saya tampal ini...


Deretan tudung-tudung mewakili pelbagai warna dan tone...


Telah dirampas kuasa dengan tudung ekspress....

* Jangan di tanya kenapa...tapi ini antara habit orang perempuan yang tak dapat dikenalpasti... (orang laki cakap "membazir"..tapi orang perempuan cakap "nak jimat" - (jimat masa)..hahaha!)

Trimas..

No comments: