Tuesday, January 10, 2012

Eh.. Termalu Sendiri


Ehem.

Sebagai seorang peneroka tegar pasar malam di kawasan sendiri (kalau aku banyak waktu mesti tak segan-segan aku terjah pasar malam lain tempat! saya yakin!). Nasib baik waktu tak banyak. Fuhhh... Kalau tak mesti asal sesiapa call waktu hari ada pasar malam mesti bila ditanya ada di mana. Saya jawap "pasar malam". Apa-apahal pun, semeriah mana sekalipun pasar malam itu saya dah set time, akan sudah berada di kedai ibu-bapa tak lebih jam 9malam.

Gigih tak gigih la saya. Habis waktu kerja jam 6petang. Terus terjah pasar malam. Meronda. Bukan membeli sangat. Saja buat terapi tengok harga pasaran. ecececec! Patut aku kerja jual saham baru ada faedahnya. Ye tak?

Dah skip. Patut tajuk entry ini "Sang Makcik Tegar Pasar Malam".

Semalam. Pergi pasar. Turun-turun kereta, jalan 3-4 tapak dengar satu suara

"Nozie!"..

Aku tunduk jalan nonong. Konon bajet tiada siapa yang kenal aku. Bajet aku salah dengar orang sebut nama samaran aku lah.

Sekali lagi...

"Nozie!"

Aku angkat muka. Eh?

Afiah lah. Wahahahahah! Kawan sekolah nih. Kawan sekelas darjah 5 dengan 6. Lepas itu sekolah Menengah SS17 dari form 1-3 pun sama juga. Terus kebetulan masuk sekolah Teknik Klang pun sekali dengan dia juga. Sekelas form4-5.

Ha...panjang jodoh kami ini. Ececece! Kalau ikutkan mungkin jodoh kami panjang lagi sampai ke Politeknik. Cuma rezeki dia offer buat diploma UiTM yang dapat dulu. Tapi nama dalam senarai Politeknik pun dapat juga.

OK. Nampak nya sampai bahagian ini pun masih belum nampak apa cerita buat saya termalu ni.

Masa serempak di pasar itu, Afiah dengan suami dan anak-anak. Anak-anak seramai 2 orang. Fuh. Tercabar I ni ecececece. Eh tak..tak...Rakan ku ini menjumpai jodoh awal. I je yang ketinggalan tersalah jumpa jodoh ke apa tah. Anak nya yang sulung dah darjah satu. Errr...anak saya? Belum nampak kedarjah-darjahan nya. T_______T

Abaikan.

Lepas pum pang pum pang borak sepam-dua. Masing-masing pun minta diri.

Fiah cakap dekat anak-anak dia

"OK, kita nak balik ni. Cepak salam Acik"

Aku pun salam sambil cakap

"Acik? acik apa nya?"

Fiah sambut..

"Ye lah...takkan akak pulak".

Pastuh kami gelak..

* sebenarnya aku nak cakap "Acik ape nya?? Patut panggil Makcik lah". hahhaha

* Saya pun jalan-jalan dan malu sendiri-sendiri...

* Oh..called me Makcik please. Saya tak malu pun... :-)

4 comments:

M.A.M.A said...

wah...jumpa afiah ye?
dia masih dok area situ ke nozie?
salu tgok gmnbr dia kat fb je...menten je dia kan? (*jeles i)

Azira...Nozie...Kechik said...

Sue: Hahahaha..Ha ah jumpa dia (hari pasar isnin). Maintain gitu gaks...anak2 dah besar dah...

dan cuba teka? Pasar hari Rabu pun kami bertembung lagi!

Harapan cerah jumpa selalu since anak dia sekolah darjah 1 area situ...umah mak pak dia pun area situ...

mizzura said...

pergh...takkan ko tak bergambar...boleh la nak usha camner rupa afiah sekarang...dialah antara kawan kita yang paling AWAL kahwin kan..anw, nozie jangan risau, aku doakan semoga dipermudahkan jodohnya :-)

Azira...Nozie...Kechik said...

hhahahha...nak bergambo bagai ape nyer tengah2 maghrib dekat tepi pasar malam pulak..tambah lagi suami dia ade...anak dia pong ade...

memang dia yang paling awal pong di kalangan kite2...aku ni da masuk kategori akhir2 dah nih....bukan middle2 dah..hahaha