Hahahaa...
Sama ada menggelamun memikir hal-hal lain atau dalam mood "baru bangun tidur". Maklum lah...kan kadang-kadang, kita bangun tidur, mandi-mandi...tapi rasa macam tak bermaya. Gejala macam ini biasa menghinggapi seseorang yang waktunya padat sentiasa.
(aku agak jek!)
Pagi ini, baca status sorang member sekolah dekat FB tentang perihal dia sudah membayar duit minyak untuk diisi dalam keretanya TETAPI beliau lupa mahu isi minyak. Hahahaha. Senyum saya baca.
Saya pun pernah macam ini. Tapi kes saya kes nak laju-laju. Bayar-bayar bagai...jalan laju-laju...tup-tup masuk kereta start enjin. Nasib baik sempat mata sekali pintas pandang meter minyak apa hal sikit. Rupanya belom isi daaaaa. Ha tuh la kau nak cepat sangat lah!
Tersenyum saya. Ingatkan saya sahaja pernah. Rupanya ada teman. Kuikuikui.
Lain-lain tragedi macam menggelamun - contoh macam saya dengan teman nak tengok movie la konon-konon. Beli tiket. Biasa saya akan melantik diri sendiri sebagai penyimpan tiket kerana sang kawan biasanya suruh saya simpan. So dengan dedikasinya saya menyelit-nyelit la mana patut.
Pada suatu hari yang pendek, kami pun meneroka MBO Subang Parade (yahoo! panggung ada semula la weh!). First time ni masuk MBO. Rupanya tiket dia stok macam kertas resit sahaja. Kan selalu tiket movie kertas keras. Ini lembik. Harapan cerah nak menghilang ini.
Jadi sebab tak berani pegang benda-benda lembut-lembut, pass kat kawan suruh pegang. Simpan. Lepas itu sebab hormon penuaan penuh dalam diri, masa lepas solat saya beriya-iya cek mana tiket saya simpan. Padahal tiket mana ada dengan saya! Ceit!
Dah menggelabah tak pasal-pasal. Lepas itu claim kata "tiket hilang" kat member. Member confirm buat muka innocent tanda tak tahu menahu. Lepas itu gelakkan saya sambil cakap "uuuiiiii....pelupanya awak nih"..sambil geleng-geleng!
Ha..tuh la dia menggelamun lagi. Kan dah jadi bahan gelakkan... T__T
Entah apa yang saya fikirkan tah kan. Hmmmmmmm
* Dah la pernah hilangkan tiket parking. Tak pasal-pasal bayar denda RM30. Fadan muka! T_________T * nak nangis dengan simptom tua dalam diri
4 comments:
ooo..gelakkan aku ye.
tp dr kes2 ko ni, nampaknye simptom penuaan ko jauh lebih "advance" dr aku. dasatttt..hahaha
Ha ah kan...kadang2 ada sedikit advance. takut aku
haha..aku pun semakin kdg2 lupa mana aku letak...kikiki..sebenarnya kita (aku kot) stress kerja kot..kalo kita rilex mesti rasa macam cool jer kan..
erm...agaknya rajin terkocoh2..maklom la sellu dihambat waktu tp mcm2 nak nuat...mesen pon tau benti...
* org ckp makan gingko biloba utk memori eh?
Post a Comment