Wednesday, January 11, 2012

Nak Diet: Boley Try Nasi Tiruan


Al-maklum lah.

Saya kan nak kahwin beberapa minggu depan. Jadi baru terhegeh-hegeh nak diet nak turun kan berat badan. Kata nak cantik. Nak baju fit. Tak nak la nanti sewaktu menyarung baju Raja Sehari pujaan hati Beta tiba-tiba kene tahan nafas, kempis perut pakai korset pakai barut lepas itu pitam sesak nafas. Nehi. Nehi. Hari bahagia aku patutnya berlalu dengan rasa bahagia juga.


Gambar sekadar propaganda. Pinjaman dari link INI.

Hahahahah! Kidding!

Saya telah menipu anda dengan rekaan propaganda saya ((ha ah kau ni, nak jadi artis propa la tuh!).

Sebenarnya saya sedang gigih mencari menu-menu melazatkan buat Abah saya. Saya bertekad mahu membuat pengawalan mengalahkan kekeredibitian seorang pengawas sekolah atau pengawas peperiksaan atau Pengawal Istana terhadap pengambilan makanan Abah.

KAsihan tau dia tengok makanan yang berupa kusam itu. Dah la Abah foof lover. Apa ke hal nya dia nak makan makanan pudar-pudar?

Jadi kita mulakan dengan nasi tiruan. Sesuai untuk sang pengidap diabetes dan juga untuk sapa-sapa yang nak diet dengan menghindarkan nasi yang confirm tinggi tahap karbohidratnya.

Nahhhhhhh! Saya kongsikan resepi yang diambil dari Mak Long. Terima kasih Maklong sebab buat blog macam ini. Buat la menu-menu menggiurkan lagi buat ahli-ahli diabetes Malaysia ni.

Nah.....(Ampun ye Mak Long. Saya copy paste. Sebab kalau type sendiri mesti menghasilkan susunan ayat-ayat yang mengalami kecelaruan). Hehehehe

Bahan-bahannya:

Separuh bunga kobis sederhana besar (lebih kurang 250gm)

kelapa parut (setengah biji )

Air mendidih


1. Satu sudu teh mentega (jangan digantikan dengan majerin kerana tujuan utama disini adalah menggunakan lemak asli)


2.secubit garam


3.lada putih


Caranya

1. Sebaiknya gunakan bunga kobis yang benar-benar segar kerana lebih segar lebih mudah disagat. Dengan menggunakan sagat yang kasar, parut bunga kobis kesemuanya termasuk bahagian batang di tengahnya.

2. Masukkan kesemua bunga kobi dalam periuk dan curahkan air mendidih agak-agak separas dengan bunga kobis.

3. Tutup dan rebus dengan api kuat selama lima minit.

4. Saring dalam tapisan, pastikan air rebusan benar-benar tuntas. Masukkan semula bunga kobis ke dalam periuk tadi. Panaskan.

5. Masukkan mentega. Campurkan kelapa parut, garam dan lada putih. Gaul sebati.

6. Hidangkan panas-panas bersama lauk-pauk Melayu.


* So akan di cuba this week end! Bagi abah test OK ke tak. Hari biasa saya kerja. Mana sempat nak menghadap dapur.

Apa lagi? Ko diet lah!

* Nanti saya tempek nasi tiruan ini dan bagi komen ya!

7 comments:

M.A.M.A said...

ko ni nozie..bikin gempak je.
aku terpikir gak, apsala aku tak dpt kad kawen si nozie ni?? ceh!

p/s:cepat tempek gmbr nasi tiruan tu. psst, sedap ke wey??

Mak Long said...

Salam Azira,
Kalau rajin guna nasi tiruan insya Allah boleh tutun weight. Maklong doakan citacita Azira tercapai dan hari istimewa Azira berlalu dengan bahagia :)

Azira...Nozie...Kechik said...

Sue: Kan aku dah claim awal-awal tuh propaganda je. Aku buat week end nanti. Bagi Abah aku. Ti aku tempek itu gambar.

Hari2 biasa tak sempat buat lah..

Azira...Nozie...Kechik said...

Mak Long: Insya-Allah semua akan OK. Tak mahu la nanti effected kidney & heart abah kan...itu lagi susah nanti...

mizzura said...

kahkah..sue...aku pun tergezuttt...tapi bagus gak eh..nasi tiruan ni..aku memula bajet macam kisah telur tiruan rupanya bukan..ngeh ngeh.. aku pun nak diet nihh...peha melebarrr...huhu..

Azira...Nozie...Kechik said...

hahhaah...aku igt aku pon nk try test...aku rase rase dia tak dull sangan pasal kita mkn ngan lauk pauk biasa kite mkn...so dpt la menutupi rase tuh

* paha aku pong besar..tatau nk kcik camane..huhuhuh

ladymiss said...

Assalamualaikum! Tumpang lalu, nak bagitau ni ade pertandingan Lose Weight Challenge, boleh menang sampai rm1000 woh! Best!