Tuesday, January 3, 2012

Tambahan Rutin Untuk Tahun Ini



Seperti tahun-tahun yang berlalu, menjalankan tanggungjawap dan rutin yang sejajar dan selanjar dengan kehidupan yang dilalui. Ewwwah! Selanjar serenjang lah sangat tuh! Tapi benar, hanya waktu dan ketika penentu segala...ecececece!


OK skip.

Ni sambungan dari entry SemogoSihatSokmo ituwwww!

Pil-pil diabetes & Darah Tinggi...
- Plavix clopidogrel 75mg, malam
- gliclazide Diamicron MR 120, malam
- Coversyl Perindophile 4mg every morning, sebelum makan
- Covastin Simvastin 40mg, malam

(* saya syak mesti yang tiap pagi tuh abah salah makan after meal! - sebab saya pasti Abah mesti ingat makanan dulu berbanding ubat...hahahha!)

Sekarang perlu tambahan ini...
- Insulin


Rupa pen untuk Insulin (abah guna Novo 4). Bukan pen menulis tapi pen mencucuk! Ouchh!


OK, ini insulin jenis hijau ituwww


Saya sudah survey harga. If di Farmasi Caring perlu beli sekotak terus iaitu RM130, tetapi kalau di Farmasi Guardian mereka menjual secara batang-batang dalam RM27 sebatang

* info tambah: sebatang mengandungi sebanyak 300 dos!
(jadi kalau sehari 8 dos? Sebatang tahan sehingga 37 hari)


Dan perlu track ini pula lah...


Gini la kekdah nya...

OK, sampai ke bab akhir (tiba-tiba). Mari kita lihat acara penutup macam mana mahu guna.




Mudah sahaja kan?

1) Kena pastikan kita perlu jenis insulin mana dahulu. Merah ke Hijau?

2) Jika menggunakan batang baru (guna buat kali pertama), perlu lah kita seratakan warna nya dengan cara gelek-gelek dekat tapak tangan (tangan kan berhaba sikit?) sebanyak 10kali. Kemudian buat macam goncangan secara perlahan (tangan lurus kemudia bengkok kan 90 darjah). Buat beberapa kali. Tengok kartrij insulin berkeladak tak?

3) Dah siap bercampur semua. Tarik/buka tutup pen Novo. Pulas leher pen untuk masuk kartrij.

4) Kalau ada piston terjojol, tolak lah dia masuk dalam.

5) Kemudian masukkan katrij insulin dalam pemegang dengan dimulai hujung berwarna itu kod jenis insulin kamu itu (merah? hijau?)

6) Pasang balik leher pen tadi ke badannya. Sampai bunyi klik. Rapat la tuh.

7) Jika memakai kartrij sedia ada, pastikan insulin dalam kartrij sebati warna dengan cara menggelek-gelek kan di kedua-dua tapak tangan. sudah lah

8) Masuk jarum. Ketat kan. Lepas tu pulas hujung pen tuh ke nombor 4 untuk kartrij baru atau 1 unit untuk kartrij yang telah diguna.

9) Jentik-jentik (bukan binatang nyamuk durjana tuh!) hujung pen bagi bubble naik atas. Tekan hujung pen tadi. anti ada air sikit terkeluar dari mata jarum. Tujuan nya nak buang gelembung-gelembung yang terkumpul

10) OK. Setel. Sekarang pulas balik hujung pen ikut dos yang doktor kamu suruh. If dia suruh amik 8dos insulin, maka pulas lah sampai nombor 8.

11) Tarik napas dalam-dalam. Tak sakit pun cucuk. Macam kene gigit semut tak sedar diri je. Sila cucuk ditempat yang sepatutnya.

12) Dah cucuk benam dalam kulit perut ke paha ke, baru tekan bontot pen tadi sampai bunyi "klik". Kira 1-10 saat supaya insulin smeua selamat mendarat dalam badan anda.

13) Siap!

* tak faham tengok video eh...jururawat yang menaip sekarang ni macam takut pesakit-pesakit yang disayangi tak faham. Kang lain jadinya. Siapa yang nak menjawap?

Aku ke?

Aku.....ini.....wanita biasa.....lallalalala


Bye!


2 comments:

mizzura said...

doakan semoga abah cepat sembuh..aminnnn..

Azira...Nozie...Kechik said...

Abah tuh kene buat kawalan makanan...tambah2 jenis yang lalai mkn ubat...tapi suka makan mcm2...

fenat gak kontrol...

* harap aku tak dihinggapi diabetic walau keturunan memang ado...huhuh