Thursday, March 15, 2012

Muka Pasar!


Assalamualaikum semua yang cute-cute dan manis-manis lagi baik hati macam Cinderella yang baca blog ini. Hahahahaha!

Ayat mengampu atas nun.

Tak la, kalau ada terbaca sini pun U pun still cute juga. So boleh jawap salam I atas tuh juga eh?

(kenapa alunan ayat-ayat di atas seperti dalam kegedikan??)

Well....hari ini saya nak mengaku. Saya nak ajak kamu-kamu juga mengaku (kalau ada lah). Siapa dekat sini dia merupakan seorang penggila pasar? Pasar malam ke pasar pagi ke...sila angkat kening kalau segan kalau tak segan boleh jerit dari jauh cakap "saya! saya!" dengan penuh kuasa yang padu lagi bersemangat.

OK, saya pun nak jerit kuat-kuat juga. Ya puan-puan, adik-adik dan anak-anak sekelian. Dengar ini (padahal mana dengar! baca je pun!). Makcik memang kaki pasar. Pasar malam pasar pagi. U name it lah. Eh..poyo suruh korang sebut. Kang ada yang sebut Pasar Tun Dr Ismail? Pasar Malam Keramat? Pasar Malam Sijangkang bagai kang aku yang malu. Sebab mana ada aku sampai pasar-pasar malam yang berprestij macam itu.

Yang pasti muka aku akan ditebengkan dengan sewenang-wenangnya sebaik sahaja tamat waktu bekerja pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Semua pasar-pasar ini yang berdekatan sahaja. Yang jauh-jauh? Takdo kijo rasonyo den nih. Den ni masa suntuk manjang. Tapi duduk balun gak nak meronda. Bagi hati nyaman katanya.

Pasar pagi yang paling-paling-paling (banyak sangat paling sebab I rasa sangat best macam perasaan menang tiket percutian pergi Honolulu) best dalam hidup saya. Sungguh I like it. I'm loving it!

Kenapa saya suka pergi pasar?

1) Saya rasa tempat paling mudah saya release tensen. Tak perlu meredah jem yang teruk dan membayar parking dan boleh sempoi pakai selipar jamban dan tak payah mandi pakai wangi-wangi sebelum pergi.

2) Sudah tentu sebab ada makanan yang berkaliber untuk dibeli oleh saya. Aiyik terliur-liur. Parut pun kenyang. Bahammmmm! Haahahaha!

3) Dan untuk pengetahuan semua, kakak ni sudah kena sindrom Makcik-makcik. Hishhh! apa? Kau cakap aku kaki mengumpat dekat pasar? No wayyy man! Akak mana la mengumpat. Pergi pasar pun tak berkumpulan memang lone ranger habis. Nampak macam looser sikit-sikit. Kalau orang culik, memang orang lain tak perasan ah! Sindrom Makcik-makcik itu ialah sindrom usha tudung. Usha dan beli kalau menambat hati beta. Kalau tak beli untuk saya sendiri, beli untuk Mama. Tak untuk Mama untuk pekerja yang memesan akibat terpesona dengan saya pakai tudung. (* haahahaha! Kau pun pergi belek tengok tudung aku beli sambil cakap dalam hati "Tak cantik langsung pun tudung-tudungnya. Tak market up-to-date betul! Huh!"  Hahahahahah! sila jangan cakap saya perasan saya ini yang mempersonakan orang, tetapi tudung yang coraknya mempersona)

4) Saya juga akan membuat survey dikesemua pasar yang saya kunjungi. Saya akan analisis harga-harga yang ditawarkan. Kalah analisisi pelaburan kot nih (?). So  far, mengikut pemerhatian saya tanpa prejudis dan pilih kasih, saya mengishtiharkan bahawa Pasar Malam Rabu di Kampung Melayu Subang adalah yang terpaling murah menawarkan harga untuk sehelai tudung ekspress ber-awning dan berkain cotton dan bercorak! Sila lah serbu situ. Jangan ragu-ragu. Saya boleh jumpa RM18 sehelai. Untuk corak dan kain yang sama di pasar lain semuanya majority RM25,28 malah RM35 sampai RM38 pong ado dik! Frust I tengok. Sekarang akak dah pandai. Pergi je hari Rabu! Walaupun begitu, Hari Isnin punya pasar jatuh tempat ke-2 dan Jumaat jatuh tempat ke-3. Dan last sekali Pasar Ahad dekat stadium itu rata-rata jual saiz M=RM25, lain-lain RM28-RM38. Perubahan harga yang tak tentu ini dipercayai akibat dari persaingan atau harga yang di-mark-up orang atas orang.Baru lah pulang modal, kan? So terserah anda dan nasib anda lah memilih. Hehehehe. Yang pasar Rabu itu sebab Makcik/Kakak tuh jahit sendiri tudung nya kot, tuh harga macam best macam nak sambar semua tu. (ada can aku nak meniaga tudung jual kat orang kalau gini kan??? * berangan!)

5) Selain untuk kepuasan diri, saya pergi sebab nak beli bahan macam sayur-sayur pesanan Mama. Tapi kadang-kadang harga dekat pasar ini mahal berbanding dengan Pasaraya Hero atau pasar pagi dekat pekan.

6) Anda juga dapat melihat pelbagai gelagat orang dari pelbagai lapisan masyarakat ! malaysia ini. Ada yang bernasib baik, ada yang kurang bernasib baik. Ada bawa anak sederet. Ada pula heret anak yang mengamuk buat hal dekat pasar malam sebab nak kan barang mainan tapi mak tak bagi beli. Macam-macam lah. Tak terkecuali orang-orang yang kurang upaya.

7) Yang lagi best ialah...kebetulan macam hari yang best akan terserempak dengan rakan-rakan sekolah kecik-kecik dulu. Untuk rekod peribadi, saya dah jumpa Afiah yang sekolah rendah sama-sama saya , sekolah menengah dan sek teknik sama-sama sebanyak 2 kali! yeayy! Serempak pakej dengan anak-anak dan suami.

OK lah. Hari ini saya nak tempek sekaliharung semua gambar pasar.

Saksikan....

Meh dekat...meh dekat..mampir..mampir buk...mampir pak!


Isk...ada apa nih?

Mappir pak..mampir buk...mampir lagi....lai lai lai... 
 
Eh? Gambar murtabak Pasar Pagi dekat Stadium (Bazarena) je ke? Ada yang lain...tapi lain kali lah eh...Saya takde modal. Modal makanan je banyak nih.
* Murtabak dia aku suka. Dah la padu adik saksama. Tengok orang beratur tuh... 

Cer tengok tuh...slurp~~ makcik lapar la begini... eh tertunjuk roti bom


Roti bom pun ada sini... nak beli murtabak dan roti bom frozen pong ado oii!

Eh...murtabak saja ke? eh...tak..tak...jap eh...jap eh apa ada lagi....erm....

 Barang cap Tupperware. Ona suruh belikan. Jadi saya terpaksa ambil gambar katalog dan mencari-cari...

Lepas itu kita ada ini...apokobondo nih?

Costume budak-budak lah...nak pakai Halloween pong boleh kot...tapi kat Malaysia kita tak raikan kan?


OK..semua-semua ini dekat Bazarena Stadium tuh ye....yang pasar lain? Macam-macam juga ada. Tapi dalam henset ini sangat kasihan...ada yang bukan-bukan sahaja...

Jagung dan buah...erm..buah apa? mangga cenonet? Siapa tahu apa nama?

OK..ini buahnya...eh boleh telek tangan saya sekali tak? :-P

Yang ini semua pasar Isnin-Rabu-Jumaat ada lah....

Tapi yang ini dekat pasar Jumaat....


Yang ini sunguh-sungguh dekat dengan pasar Jumaat. I mean berdekatan. Sebab kedai dia betul-betul depan pasar weh.Sebabkan hari hujan maka saya pun mengambil angin memakan Salmon Grilled. RM13.90 ke RM14.90 je. Murah kan? Nama kedai NK ke NZ Katerings tah... 

Bye lah!..

* Pasar malam memang slelau best. Tapi tang kena copet tak best ...OK?

1 comment:

shuhada said...

NK catering ni la yg masak kenduri aku kawen aritu nozi,hehe