Friday, August 10, 2012

Mungkin Ada Sesuatu Kalau Kamu Lama Sangat Menunggu di Hospital



Assalamualaikum..

Panjang dan skema dan misteri sahaja title entry ini. Ya. Yang menaip entry ini juga kelihatan skema dan cuba menjadi misteri tak pasal-pasal dengan cara penggunaan bahasa dan kosa kata yang sesuai tapi pastinya tatabahasa yang digunakan ini memang selalu tak sesuai dan tidak bertahan lama. Mahu tahu mengapa? Kerana dia seorang caca-marba. Hahaha!

Baiklah.

Pernah tak kamu-kamu bila pergi hospital/klinik especially hospital kerajaan lah. Hospital swasta tak payah nak dipertikaikan sangat sebab pastinya service dia superb baik punya sebab meng-entertain patient membawa maksud duit masuk yang masyuk juga selain dari sebab memberi bantuan atau menyelamatkan nyawa pastinya.

Yang pastinya fungsi hospital secara umumnya adalah tempat orang sakit minta bantuan untuk disembuhkan dan diselamatkan. Orang sakit mana pergi kedai basikal mahupun kedai roti. Kan? Tapi kalau nak beli roti naik basikal nampak logik. Tapi kalau nak beli basikal tapi makan roti dulu pun nampak logik juga. Macam mana nih? Merepek dah mula.

Baru beberapa hari yang lepas. Hari Nuzul Quran. Cuti umum di Selangor. Tapi saya tak rasa bercuti pun sebab menunggu terlalu lama di hospital selama 9jam gamaknya sebab saya perlu membayar parking RM9. Bukan hal parking yang aku nak cerita. Jangan nak buat propa aku berkira hal parking sebab hal kesihatan lagi penting dari segalanya. Ewwah ayat aku  kelihatan garang nampak nya? Dan mungkin juga bengang?

Ya, memang aku agak berasa geram dan bengang apabila menunggu terlalu lama di hospital. Mana tak lama kalau kami dah di hospital dari sebelum jam 8pagi lagi tapi sampai jam 6 petang masih terpampang muka paling kacak dan hensem di kerusi menunggu? Takkan aku tak bengang. Lain lah kalau bukan bulan puasa. Mesti aku habiskan masa mengunyah dan mengunyah makanan. Mungkin lah aku tak berapa nak marah kan..hahahha

Oo..lupa cakap. Aku bawa Abah aku. Dia bengkak kaki dan badan pun macam kuning-kuning. Aku takut. Abah aku ada kencing manis. Cucuk insulin lagi. Aku takut sebab 
1) Masalah hati
2) Masalah buah pinggang
3) Masalah jantung
4) Masalah-masalah kesihatan yang serius yang aku sendiri tak tahu.

Memang lama betul menunggu. Aku ni dah banyak kali kot keluar masuk bilik konsultasi tolak Abah pakai kerusi roda. Tolak pergi ambil darah nak buat test. Banyak pula kali ini. Di isi dalam 6 botol kecil untuk dibuat ujian. Abah yang kuning bertambah kuning aku nampak. Tapi tak la macam orang kuning DiGi tuh. Dah la member tuh tak lalu makan, Hadeiii.Risau guwe!

Lepas ambil darah pergi buat X-ray. Result darah keluar dalam masa 2 jam. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Lepas 2 jam doctor panggil, Cek Abah lagi. Lepas itu dia cakap tak keluar lagi satu result darah. Kene tunggu lagi. Wal hal patient hari itu memang tak banyak. Tak sesak pun kat PPUM tuh. Sabar saja lah. Abah ni dah terlentok-lentok tidur dekat kerusi roda. Kesian.

Dalam sejam lepas itu nama dipanggil lagi. Rupanya kene buat ultra sound pula. Pelik betul kali ini. Selalu tak ada pun nak banyak-banyak kali scan. Baiklah. Tunggu turn tak lama sangat. Masa scan pun tak la lama sangat. TAPI...TAPI...Tunggu pihak berwajib yang hantar kami ke bawah itu saaaaaaaaaaaaaangat lah lama. Serius aku nak bertukar jadi hijau. Sebab apa kami tak boleh pergi turun sendiri? Sebab access kami hanya boleh dilalui dengan access card sahaja. Isk...marah benar aku masa ni. Macam nak berguling-guling meronta nak tunjuk protes.

Memang lama kami tunggu. Tengok TV dari Sinetron Indonesia 'bukan anak sebenar' mula sampai habis sampai sambung cerita bersiri Filipina yang anak tertukar. Sampai cerita drama Filipina habis. Imagine? Lama tau. Nak nanges je. Asyik pandang jam je.

Tambah pula Nurse sebelah ni duduk bukak kedai ketupat. Mengumpattttttttttt jek. Cakap dah la kuat. Sampai ada patient bengang-bengang sebab dia sakit tapi que dia kena potong orang lain. Dia dah tak tahan nak tunggu. Dengar pula suara kuat-kuat gossip. Lagi sakit kot patient tuh rasa. Dia pergi tegur la nurse tuh kan. 

Nampak Nurse tuh macam bengang sambil jalan-jalan nak followup turn sambil  cakap slow-slow.

"Kecoh la. Nanti nama kene sebut masuk lah. Ingat dia saja ke yang sakit?"

Ha ah. Ko tak tau orang sakit ni kadang lain macam. Cuba kau sakit, orang layan kau macam ni. Aku nak tengok kau buat apa? Bole?

Fuhh. OK. Aku hembus nafas tanda melepaskan bengang. Puasa-puasa ini tak baik marah-marah kan. Tapi telinga aku dah berdosa menadah dengar diorang mengumpat sambil mata aku layan sinetron dan cerita Filipina pasal bertukar anak la ape tah. 

Akhirnya. Aku macam  dah tak boleh sabar. Kebetulan ada nurse lain masuk kot terus aku tahan nurse tuh nak sekeh dia. Eh aku tipu.

Aku mana ada sekeh. Aku tanya dia.

"Adik...adik ada nak turun bawah tak?"

"Tak kak, saya nak naik ward. Saya atas. Kenapa kak?"

"Oh...iye ke...akak nak tumpang turun bawah lah sebab dah lama sangat tunggu sini tunggu orang lain jemput. Turun bawah kene pakai kad kan lift ni kan? Lift lain ada tak? Nak turun dekat bahagian kecemasan terus?"

"La..iye ke kak. Saya tak bawa kad access pula."

Baik nurse ni OK. Layan aku cakap sambil bagi idea nak keluar macam mana. Aku sengaja tanya Nurse dari luar tuh depan Nurse yang jaga meja buat group mengumpat tuh. Sebab aku tak nampak dia buat action pun. Tapi Alhamdulillah. Akibat action saikologi aku yang dah nak bertukar biru-biru hijau dalam diam nih, sorang nurse kat meja tuh bangun.

"Tak apa lah kak. Biar saya hantar lah. Saya dah telefon orang tuh 7 kali tapi tak naik-naik. Nanti saya call kawan saya yang lain tolong tunggu dekat lift"

Haaaaaaaaaaaaa....boleh rupanya kau buat action. Kenapalah kau tak volunteer dari awal lagi. Kan? Akak tau la puasa kan. Akak pun puasa juga. Isk

Eh? Aku termengumpat nurse la ni eh? OK. Berhenti. Tadi geram jek.

Sampai bahagian kecemasan kene tunggu lagi kitorang. Kitorang tengok Doktor yang rawat abah dari pagi tadi dah cantik-cantik dah dia. Bawa beg sambil bawa kunci. Nak balik. Memang pun waktu balik dah pun. Tukar shift doctor lain. Maknanya doctor lain la kene take over kes abah macam ini. Hadeiii

At last panggil masuk ke dewan konsultasi lagi. Rupa-rupanya. Kes Abah ni lambat sebab doktor yang cantik-cantik tadi kene refer specialist. Orthopedic Specialist. Sebab takut salah bagi andaian. Doktor yang dah balik suspect abah kena "Septic Arthritis" which is very serious kalau sesiapa kena. Terus kene tahan wad dan tak teragak-agak by hook by crook kene bedah terus. Tak ada kompromi.

Septic Arthritis : 

Keradangan sendi akibat jangkitan bakteria yang menyebabkan pengumpulan cecair. Bahaya. Perlu dibedah untuk membuang dan menyucikannya. boleh berlaku di mana-mana bahagian sendi (joint) seperti lutut, buku lali, siku, pinggul dan sewaktu dengannya. 

Kalau jadi benda alah ini, esakit akan mengalami pembengkakan sampai deman-deman tak lalu makan. Kawasan bengkak jangan lah nak sentuh-sentuh sebab pesakit akan berteriak tak tahan sakit. Hatta kalau dekat kaki, nak sentuh simen pon jangan mimpi. Kalau kene sakit ini, hospital akan treat as "emergency action". 

(Haaaa..pantai tak? macam doktor tak aku? yang ini ayat yang aku faham dari Specialist tuh cakap lah..nak tau lanjut Google la ye?)


 Images: Confirm akak Google dik...

Keterangan lain: SINI

Alhamdulillah. Lepas kena check dan di review oleh specialist, Abah cuma disahkan kena "Cellulitis" sahaja. Tak la seserius kena "Septic Arthritis" tuh. Kalau tak naya juga rasa kan? Nak kena buat pembedahan pula..Naya...naya...


Cellulitis:

Ini bukan selulit ya puan-puan. Ini kerengsaan/keradangan tisu kulit. Yang menyebabkan berlaku pembengkakan. Sakit juga. Tapi tak la sesakit Septic Arthritis. Bila di tekan permukaan rasa sakit..tapi tekan lagi dalam tak sakit pun sebenarnya. Kaki masih boleh dipusing-pusing. Boleh bergerak. Perlu memakan ubat-ubatan la jawapnya.  Atau nak berjaga-jaga kena la tahan wad 1-2 hari untuk pantauan kalau nampak serius. (ayat aku dengar Doctor cakap lah kan. Keterangan sila Google la)

So rupa-rupanya kami ni lewat sangat dibagi balik bukan sebab doktor-doktor tak buat kerja tapi doktor-doktpr nak pastikan yang mereka dah periksa dengan teliti setiap pesakit mereke. Bukan takat melepaskan batuk di tangga kemudian balik. Tunggu gaji tunggu bonus. BUKAN. Diorang nak mengelakkan kejadian buruk. Kang kalau diorang assume sakit yang tak serius dan dibagi balik dengan ubat yang salah. Mereka juga yang susahkan? Pesakit lagi lah susah kan?

So, sometime kalau kamu kene tunggu lama-lama  bukan sebab mereka tak nak periksa kamu, tapi mereka kene tunggu beberapa result dan pandangan dari yang lebih pakar. Itu sahaja. 

Kaki Abah yang bengkak dan sakit bukan main..akibat Cellulitis

Bye!

* Tolong jaga kesihatan
* Maaf lah dekat nurse yang aku complain atas nun ya..

No comments: