Thursday, March 15, 2012

Boleh Saya Sajikan Makanan Lagi tak?


Assalaumualaikum semua.

Weeeeeeee~

Hari ini saya baru mula bekerja setelah menjadi pengapit. OK tipu, tak mengkapit atau kepit atau diapit apatah lagi dihimpit oleh sesiapa pun. Cuma saya bercuti lah sempena kedatangan orang-orang bergembira berangkat ke Sabah dan aku sendirian di sini meneman Mama tersayang. Sreeettt....~ (hempus hingus sikit). Ambil hujung baju lap tepi mata tanda sedih sayu.

OK. Tak sayu sedih tapi cemburu melanda. Rasa macam nak pergi juga Sabah waktu itu. Tapi mana boleh. Harap-harap rakan-rakan ada yang laksanakan misi menjelajah Sabah coming soon. Oh lupa cerita. Hari ini rakan-rakan telah berjimba-jimbo kalah jambori pergi ke USS (Universal Studio Singapore). Memang I jeles nank nangis sebab mereka pergi sleisish dengan keberangkatan ahli keluarga saya ke Sabah. Frust.

Apa saya ini? So saya ambil cuti buat apa? Sebab mahu menjemput kepulangan ahli keluarga sanak saudara dari Sabah sempena perkahwianan pakcik saya selama 3hari-3malam keraian. Kemudian saya bercadang dengan cuti yang diambil mampulah saya melepak dengan Mek saya yang berumur 68tahun itu. Bila cuti kerja maka saya tek perlu terkejar-kejar. 

Ya lah, mana pernah Mek turun sini lagi. Haruslah entertain dia kan. Lagi pun kalau seorang diri orang tua duduk dekat rumah baiklah dia balik sahaja ke kampung tak payah belek muka anak cucu yang sibuk teramat ini. Baik dia tengok ayam itik sayur-sayur pokok getah segala kan? t__T (emosi I nih)

OK. Memang keluar landasan.Dah macam tabiat biasa saya rasanya. Kalau jadi saksi kes polis mahu saya asyik terkeluar landasan. Peguam pun mesti tanya banyak solan yang berpusing-pusing dan membuat saya terpusing-pusing.

Bawah-bawah ini gambar sekitar memenuhi perut bersama rakan yang saya sukahati bagi nama sebagai Hasni Gomez dan Tina Turner. Sudah macam aktiviti bulanan pula pergi makan bersama-sama di sini. Huhuhu..Padahal baru masuk 2 kali sahaja makan pun! Dah pandai-pandai claim cakap aktiviti bulanan. Kalau mesyuarat PIBG yang buat sekali setahun ituhh!

Jom nak tunjuk dekat kamu..mari...mari...Memang nampak macam tamak haloba, tapi percayalah kami tak tamak tapi muafakat dan pastinya sifat ini membwa berkat. Berkat apa? Berkat perut kenyang sampai duduk tegak. Terima kasih baju kurung kerana menyelamatkan ku hari itu. Perut tak nampak! :-P

Nampak tak muka bahagia ini? (saja berniat busuk set gambar extra-large!)


Dulu pernah cerita kali permata SINI. Sekarang kita cerita kali kedua pula. Masih melibatkan orang yang sama macam paduan 3-suara ituwww~. Memang nampak macam pelahap. Kalau orang nak mengorat mesti fikir dua-tiga kali sebab macam rasa nak reject kami tapi tak jadi reject sebab kami comel! Kahkahkah! Memang dapat pelempang je kau ni kejap lagi kan?

Meh la...Entah berapa kali aku duduk mengajak kamu menatap juadah tapi tak nampak-nampak pun..kan?

OK kali ini betul. Sila scroll!

Kita mulakan dengan minuman...

Ini nama dia akuarium ikan. Nampak tak dia berenang? OK ikan dia malu nak tunjuk muka sebab dia punya mascara cair. Foundation pun lupa nak sapu kot! OK lah serius. 

Nama Soda Herbs. Air soda, campur sebatang serai ketuk, asam boi, daun pudina, laici dekat satu tin! 


Dengar bahan campuran pun macam ngeri kan? Tetapi percayalah bahawa rasa dia sedap wehhh...tak tipu. Jangan lah takut dengan serai itu~. Tapi kalau dapat macam adik saya yang tak suka asam boi memang dia reject ah!

Yang ini pula nama dia...errr...Ah...Manggo je la. Memang terasa sangat Manggo dia.

Sekarang tiba waktu yang dinanti-nanti. Jeng jeng1 jeng!

Ini juadah kami. Nama dia Mixed Grill. 

Tolong lah faham wahai rakan-rakan seperjuanganku yang mencintai keenakan makanan. Muatannya bukan bersaiz pinggan nasi kamu atau mungkin bukan pinggang kamu. Ini besar dari itu. Mampu tampung untuk 3-4 perut yang mana boleh menyebabkan bangun pagi esok sedawa terasa apa yang dimakan semalam. Tapi kalau lilitan pinggang kamu 40inci, maka pinggan juadah lahap ini kalah sudahhh..


Apa yang ada dalam ini pinggan?


Sudah terang lagi bersuluh. Kita mulakan dengan mengikut arah jam bermula dengan  kepak ayam berkuah black pepper kot, diikuti sosej dikuahi dengan kuah macam speghetti, chicken slice, peperoni dan slice apa tah lagi, campuran daun pudina dan daun apa tah yang dibelnder, beef steak, chicken grill, lamb chop, sirloin steak dan kawan-kawan steak yang sewaktu dengannya. Yang tengah putih-putih adalah mashed potato yang creamy.

Fuhh! Banyak kan? Boleh beza tak saiz pinggan hidangan dengan pinggan nasi yang ada sudu garfu itu?

Sejujurnya makanan di sini memang bagi kepuasan untuk sang pemakan. Mungkin rasanya ada yang "tak sampai", tetapi dengan kadar harga dan saiznya memang berbaloi. Kira boleh lah belanja-belanja kengkawan kengkonon kan...boleh la borak gebang-gebang makan bunyi pinggan keletang keletung sudu garfu berlaga. Tak la malu sangat macam makan protokol dekat hotel! Hahahah

OK yang ini gambar masa pertama kalinya...

Nasi Mandy + Lamb Shank. Nasi itu boleh tambah lagi tanpa cas OK! Sila lahh!

Kali pertama tergoda...Cheese Nan Garlic Butter Caramel..
Kandungan cicahan: Dari kanan Butter dengan honey dan kaya kot? and then Coklat macam rasa nescafe tapi sedap...and last macam coffee pahit manis entah..payah nak descrice. Tapi sedap. Jandan lupa cakap "Nak rangup" sebab kali ke dua kami pergi rasa "tak sampai" ah...

So try lah!

* Serius dalam kepala dah list nak oredr apa next time. Just wait my buddies bagi signal je bila nak rempuh sana. Aku anggarkan aku akan order

* Serius juga saya merasakan badan saya sedang membina para hulubalang kolestrol untuk menakluki badan. Mungkin kalau timbang naik dah kot?

* Baru saja tadi kawan sekolah rendah saya, Cikgu Zaleha mesej dekat FB semalam dia pergi sana. Sayangnya dia tiada nombor aku..kalau takk??? Hmmm....harus makcik duduk situ dah (eh apa kau tak malu ke nak duduk sukahati?)

No comments: