Tuesday, March 1, 2011

Kunjungilah Anika Selera, Kelana Jaya


Assalamualaikum semua.

Awal-awal lagi saya berdoa semoga saya tidak merepek kuat-kuat untuk entry ini. Sebab nanti buat pening. (sebenarnya bukan merepek banyak-banyak, tapi kau nak tahu tak? Otak aku ni tak tahu la apa kes, banyak sangat hal dalam kepala duduk lalu-lalang. Semua hal aku fikir. Ni type entry ni, kepala aku duduk memikir hal lain ni. Adus! Tak boleh duduk diam. Makan gula banyak agaknya. Huhuhuu...Atau...boleh consider I'm a busywoman, but actually I love to be familywoman? Boleh?

OK..blah cepat...Ehhh..nanti dulu.

Nak cakap ni. Mungkin ada kalangan kamu yang tahu bahawa keluarga saya mempunyai suatu perusahaan secara kecil-kecilan - kedai makan. Kamu tahu ke? Tak tahu takpe,sekarang saya nak bagi tahu.

Dah lama sebenarnya nak cakap. Tapi selalu terkunci rapat dalam hati sanubari. (eh?)

Kedai itu ialah Restoran Anika Selera tersebut terletak di Dataran Glomac Kelana Jaya. (sebab itu lah asyik duduk sebut Kelana Jaya jek..sebab antara tempat yang paling banyak habiskan masa selain di office dan jugak berdating! Ewwah!) Berdekatan dengan Tabung Haji. Berdekatan dengan Giant Mall, dekat dengan Kelana Mall, dekat dengan Brothers, dekat dengan Fendi Ikan Bakar, Dekat dengan CIMB & Public Bank. Haaa...apa lagi landmark aku nak cakap? Berdekatan dengan Quarters Polis...dekat juga dengan Kastam. Dekat juga dengan asrama Semai Bakti. HA..Amik kau...aku sebut apa yang terlintas.

Oh! Kalau tak familiar gaks, kedai nya dekat lah juga dengan Giant Lama (yang ni Giant yang pertamaaaaaaaa sekali bukak dekat Malaysia). Boleh imagine tempat dia dah? OK fine..kalau kau familiar dengan arena peng-guard- an...dekat sangat dengan SRT Securiy. OK cukup untuk perenggan "landmark". Pheww! Penat

Apa yang ada?

Macam-macam ada, dari sarapan pagi seawal pukul 7.30 pagi hinggalah ke tengah hari (nasi campur & masakan panas) & sebelah petang/malam nya hingga lah selewat jam 2a.m (masakan panas, western, etc)

OK..habis cerita. Sekarang sesi tempek gambar:

1) Nasi campur




Menu lauk nasi campur. Pelbagai lauk pauk setiap hari...mari..mari...lapar nih


2) Masakan panas (tom yam)


Antara Menu masakan panas...panas..panasss..


3) Western Food

Western Cuisine...

Zoom in Chicken chop..yummy!

Zoom in Grilled Chicken...

Zoom itu Fish & Chip..cip..cip..cip..

* Juga terdapat steak, sirloin steak, lamp chop, french fries, hotdog..


4) Ayam Penyet dan Pecal Lele

Ayam Penyet...nyet..nyet...

Zoon Ayam Penyet itu...

Pecal Lele..lalalala


5) Nasi ayam, laksa, mi bandung muar, mi kari dan juga kuih muih

Zoom nasi ayam itu...

Laksa yang belum habis hidang lagi, tapi sempat di snap saya..
(patut ada segala macam sayur-sayur bawang bagai tuh)

6) Steamboat

Makan steamboat reramai,,syiok jugak kan?

7) Minum-minuman

Minuman...ini medium size punya...


Okeh...tempek gambar buat orang telan air liur jek tak guna juge kan? Mari tempek Map yang dilukis laju-laju pakai Autocad...(ha..ada sapa2 nak upah saya lukis map untuk kad kawen tak?heheheh)




Harap terang...huhu

## Nasi tambah :

ANIKA SELERA
ALAMAT: H-G-7, JLN SS6/ 16A,
DATARAN GLOMAC
NOTEL: 012-6290206 (KAK NAH) - Mak Cik Kedai


*
Kedai ini terletak di kawasan office. Maka dengan itu saya mengambil kesempatan untuk menyebut antara nama office. Mana lah tau ada yang tau, ye tak? Hahahaha

Antaranya:

1) Nazryland
2) Dbix
3) ACT Tyre
4) Tinted Master
5) Errr..saya tak ingat ah...huhuhu

Pendek kata, sesiapa berhajat nak makan sini, cari saja CIMB/Public Bank Kelana Jaya. Anika Selera ada di belakangnya. Okeh?

So apa lagi? Marilah Cuba dulu!!


Beres? Settt!

Thanks banyak kalau baca.. :-)

2 comments:

Lieynanilaz said...

waahhh macam2 ada....kalau jalan2 kat kelana jaya..insyaallah akan singgah di anika selera...

Azira...Nozie...Kechik said...

hehehe...singgah jgn tak singgah...nak pergi hantar orang p haji ke..boleh la mai sini..

jgn lupe ajak kwn2 skali..