Wednesday, March 30, 2011

Soalan Basic Bila Tiba Untuk Mengundi

Chewwaahh! Serius je tajuk entry. Dah macam ada bakat jadi pegawai SPR jek. Hahahaha..Tolllooong lah jangan perasan kuat-kuat Zira ooii...

Anyway...aku peduli apa! :p buekkkkkkk!
Sementara info masih ditangan, patik rasa elok lah kiranya patik khabarkan pada semua rakyat jelata sekelian alam. (Tiba-tiba aku macam terbayang kita dalam suasana cerita Shrek pulak...suasana tengah announce sesuatu..ceh! p/s: Tak paham tak apa...)

Kan mesti ada blur-blur bila tiba musim pangkah -memangkah kan. (Macam aku lah..mana pernah nak mengundi nih)


Bila kome-kome cecah jek satu saat tettttttt umur 21 tahun...anda layak mengundi. So pergi lah daftar undi ke mana-mana lokasi yang ada. Contoh satu lokasi ialah macam dekat SINI.


Errrr..Kak..mana lagi saya boleh daftar nih?

Oh..adik (bajet adek-adek tanye aku lah kan...eceh!berangan):

OK, sambung....

Adik boleh daftar dekat:

1) Pusat-pusat Pendaftaran Statik - Fuyyohh! Main perkataan statik-statik macam subjek Statistik jek. Anyway tempat Statik (Tetap) adalah ---->

a) Ibu Pejabat SPR,

b) Pejabat-pejabat Pilihanraya Negeri,

c) Pejabat-pejabat Pos Berkomputer

2) Pusat-pusat
Pendaftaran Bergerak - macam saya daftar tuh la...meja setoet...

a) Unit Bergerak Pejabat-pejabat Pilihanraya Negeri
b) Wakil-wakil jabatan/agensi kerajaan tertentu
c) Wakil-wakil parti politik

Ada soalan lagi?


Errrr..Kak..saya ni tak canggih...saya nak tanya macam mana nak daftar? takut lah...adik takutttt

Eh..apa pulak kau nak takut-takut nih? Bukan kena lawan dengan Mashimaro ke Digimon ke Ninja Boy pun. Kamu cuma perlu:

a) Pergi sendiri ke pusat Statik atau bergerak

b) Jangan mengada-ngada nak lupa bawak kad pengenalan atau sebarang dokumen pengenalan diri sementara. Kalau tak bawak..sudah! Kau duduk bawah meja sana tuh...

c) Isi borang permohonan. (Macam dekat Pusat bergerak..abang..eh..pakcik misai tebal tuh tolong isi kan...TQ Pak cik..hahahah)



Akak, saya nak tanya lah. Saya ni bukan pemalas nak mengundi. Tapi saya rasa liat sikit jek. Sebab jauh la. Pusat saya dekat Sijangkang. Tapi saya sekarang dekat Borneo. Saya ingat nak buat penukaran pusat mengundi, boleh tak?

Ehemm..menyentuh perihal mengundi ni...sebab nilai undian pengundi berharga..maka SPR cakap "Aapa saja kamu mahu, kami tunaikan, asalkan kau mengundi"..eceh! Kamu cuma perlu:

a) Datang sendiri ke pusat pendaftaran yang ditetapkan (kecuali pendaftaran melalui parti politik)

b) Bawak juga dokumen yang membuktikan anda dah buat penukaran alamat di JPN (Pejabat Pendaftaran Negara)

c) Isi borang permohonan (Borang A)

Ha...ada soalan apa lagi? Meh Aka Jawap..Oh..kamu sana, nak tanya apa?



Saya dah daftar, tapi tak semak lagi saya ada ke tak sebenarnya dalam list, So kat mana saya nak semak?

a) Macam biasa, zaman teknologi ni, semua hujung jari hampir boleh diekses. So adik boleh melawat ke taman bunga...ehhh..banyak cekadak ke taman bunga. Bukan. Ke laman asmara...errr...silap lagi...Isk...pelangkung kang. OK serius..ke laman web SPR di www.spr.gov.my

b) Datang sendiri dan cek di Ibu Pejabat SPR atau Pejabat Pilihan Raya Negeri

c) Semak buku Daftar memilih yang dijual SPR (ehhh? Aku baru tahu ada...ingatkan free...kehkehkehh)

d) Kau malas datang pejabat, kau call saja Ibu Pejabat SPR atauPejabat Pilihanraya Negeri. OK?

e) Melalui unit bergerak SPR. Bukan dekat Perpustakaan Bergerak, OK? Kalau kau kena marah..nasib ah



antara List pejabat pilihanraya Negeri



Ehem...ehem..apa lagi yang saya boleh bantu. Saya dah daftar mengundi dah


Eh..sweet nya kamu dah daftar sendiri. Tidak lah susahkan kami-kami nak kejar-kejar suruh daftar. Untuk pengetahuan kamu, SPR tiap-tiap tahun keluarkan senarai kematian daripada Daftar Pemilih.

So, kalau kamu tahu siapa-siapa yang telah meninggal, boleh bagitahu kami. Bawa sekali dokumen ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat Pilihan Raya Negeri

a) Permit Pengubur, atau..

b) Sijil Kematian

Dan jangan lupa ya, pendaftaran adalah sepanjang tahun. Bagi tahu kawan-kawan tuh.

p/s: Jangan hegeh-hegeh lagi..ayuh hayun langkah..chalooohh!

* Fuh..kalau cakap ni, habis juga air liur..nasib baik type...hehehe

No comments: