Wednesday, March 30, 2011

Macam Segan Bergaul Dengan Orang Lelaki...

Hai..hai..hai...

Eh..ini bukan saya tau. Saya mana tau malu ni. eceh! Iye ke? Errr..

Takpe, skip pasal saya. Sekarang saya mahu membawa anda semua melompat ke suatu topik. Saya nak kongsi dengan kawan-kawan semua tentang "Teknik Komunikasi". Chewwaaahhh kau...am I talking about Communication? Public Relation?. Fuuuhhh...

Tapi tak apa. Nak share jugak. Saya ada baca from one book nih. Kejap eh...sekarang saya terhegeh-hegeh nak snap gambar. Supaya boleh tempek untuk kalian tatap.

OK, ini buku dia.



Ya kawan-kawan. Saya bukan bermaksud menyeru kamu-kamu gadis-gadis atau perempuan-perempuan membuang langsung sifat malu sampai tiada batas tepian nya. Malu itu perlu ya kawan-kawan. Cuma di dalam keadaan yang serba kaum HAwa bergerak sama maju macam lelaki ni, tak dinafikan kadang-kadang terdapat masalah yang timbul.

Bila dikatakan masalah tuh, tidak kira lah...dari segi mutu kerja ke, dari segi sikap kerjasama ke, perbincangan ke, etc. Tentulah tidak comel kan kalau tidak puas hati lalu bersifat macam Naga dalam siri cerita Merlin. Tapi Naga Merlin baik kan? Ahhh...abaikan. Buang watak naga tersebut sekarang! Entah dari mana naga ni tiba-tiba muncul dalam taipan saya. Sungguh tidak sopan dia tuh! Ceit!

Saya nak ambil contoh: Suasana ditempat kerja lah.

Komuniksi ni satu cabang seni juga, tahu? Jangan hairan kadang-kadang kau bercakap/meminta sesatu dari seseorang yang kelihatan cengeng, kamu dimarah atau permintaan ditolak. Tapi bila datang seorang yang lain yang meminta perkara yang sama, orang yang cengeng tuh boleh menerima. pula Jangan terus sangka buruk "Mentang-mentang lah dia hot, cun, vouge da vasss..boleh la dapat". Tolong hindarkan diri dari fikir macam tuh. (Habis kalau betul memang gedik, kenapa? Kau belajar skill dia lah...kau tak payah la belajar cara gedik ulat gonggok ke ulat bulu dia, boleh? Tapi hal-hal politikus...susah den nak cakap...eceh!)

Bila komunikasi gagal..kita panggil miss communication. Bukan miss congeniality yang ada Sanda Bullock berlakun tuh. Dia HOT!




Sudah..terus lompat sini. Antara tips yang perlu diketahui oleh sang wanita penggugur jantung hati lelaki ni, ialah:

1) Tolong tepis rasa malu.

Malu ni buat susah kamu saje, sebab kebanyakan lelaki walau hensem kacak cool mana pun, dia GAGAL nak baca bahasa tubuh perempuan. So kalau kau bajet kau lalu-lalang duduk diam berdiri tekan-tekan mesen potostet nak adjust saiz paper tapi tak pandai...lepas tuh kau diam saje, buat-buat macam tahu sebab malu nak mintak tolong...jangan harap ah dia paham. Kang silap haribulan dia iangat

"Minah nih asyik duduk sini jek, gua syak dia tangkap cintan dengan gua lah"

Kan miss communication nama dia?

2) Berunding

Normally, orang perempuan ni, bila dia ada masalah, dia diammmmm jek. Dia selesai sendiri kerja dia, walau at the end SALAH. Itu lah kisahnya. Bila malu, jadi nak bukak mulut pun susah. Nak mintak tolong pun malu.

Kalau ada nak mintak tolong pun, dia bagi hint suam-suam kuku dengan harapan lelaki cepat pick-up. Tapi sebenarnya, ketahuilah...orang laki bukan nyer faham kalau ayat tapis-tapis ni. Diorang takde masa nak analisis ayat tersirat kau. Diorang suka ayat direct

Sebab normally, bila ayat tersirat, kelihatan seperti ayat belit-belit. Sudahnya kau kena sound "Kau kenapa cakap macam Minachi nih? Aku tak paham lah".

Ha..sentap...sentap..

Haaa...nama kau sedap-sedap tukar jadi Minachi, Macam mana?

So , orang perempuan, jangan berharap yang lelaki baca bahasa tubuh dan faham ada tersirat sebaliknya. Diorang tak pandai baca!

Contoh:

Kau masuk bilik meeting, tapi tak ada kerusi. Kau malas pulak nak keluar pergi angkut kerusi yang macam sama besar saiz dengan kau.

Ayat tak direct : Alamak...kerusi takde la pulak. Kena turun ambil nih.. (padahal malas)

Padahal kau boleh jek cakap ayat direct

Weh Kamarul, tolong ambil kerusi untuk aku boleh?

3) Merendah diri.

Tahu lah kau kecik, ketot , kemeot, rendang etc. Maksud dekat sini sebenarnya, tak salah kau nak rasa rendah diri dengan mengakui kelebihan yang ada pada seseorang lelaki dan buat macam mereka diperlukan. Maksud aku, bukan suruh kau pura-pura...tapi bersikap tinggi diri macam bagus..membuatkan orang menyampah dekat kau.

Macam kau menyampah tengok sorang mamat poyo yang bajet semua hal dia bagus, takde yang tak bagus, melainkan bagus...meluat tak? Saaama la perasaan nya tuh...

So, untuk menimbulkan keselesaan dalam suasana kerja, why not kita belajar merendah diri? Walau kau hebat dari dia, tak perlu kau SHOW OFF. Buat mereka rasa terancam jek.

Well rakan-rakan, merendah diri itu bukan bermaksud merelakan diri untuk diambil kesempatan, dibuli. Tidak sama sekali.OK?

4) Mengakui Salah

Kata perempuan pemalu. Sampai salah pun malu nak mengaku. Itu namanya bukan malu. Itu namanya sombong dan ego. Betol kan?

If kau buat salah dalam kerja, kau mintak maaf, orang lelaki rasa cool tau tak? Mula-mula dia nak marah, dia tak jadi nak marah kau dah.

Silap-silap dia relahati tolong kau selesaikan kerja itu. Maksudnya bukan dia buatkan sampai habis macam kau buli dia, tapi dia menunjuk ajar tips2 dan skill-skill. Amacam? Untung tak?

Ya, saya tahu, mengungkap kata "Maaf" macm susah bagi sesetengah orang, macam lagu "Sorry seems to be the hardest word" yang kumpulan Blue nyanyi. Tapi, sifat memohon maaf itu sikap orang yang berjiwa besar tau!

5) Jangan suka-suki potong cakap

Memotong barisan ketika beratur adalah tidak comel bukan? Sama juga potong kerta tanpa signal. Lagi-lagi kalau tiba-tiba magic kau buat macam potong kek jek. Memang rude. Memotong cakap juga sama. Memang tak comel walau saya rasa macam habit orang perempuan macam itu. Sebenarnya sikap potong cakap ni adalah satu sifat yang macam annoying. Buat mati mood saja. Betul?

Bila sudah buat annoying, takde mood, barangkali boleh buat orang marah. Takkan kau nak tunggu orang marah, baru kau nak cuak-cuak pulak..kan?

Sebab? Kebarangkalian menimbulkan salah sangka dan salah tafsir informasi akan berlaku kalau kau main potong-potong.

Kalau ada kau nak cakap, kau simpan dulu. Lepas habis, atau tengok dia macam sudah steady...kau mintak izin potong...kalau dia bagi..go ahead..kalau tak..kau kasi can dia poyo dulu. Comel kan?

Bukannya apa, sikap potong cakap ni nampak macam kau perkecil-kecilkan, meremehkan apa yang dia nak cakap. Belum habis lagi dah kena potong. Baru nak sampai kemuncak cerita..kau potong. Bengang ah mamat tuh..kan? Last-last malas cakap terus..ternganga kau terkulat-kulat....ha..kan dah?

Jadi..marilah kita ambil prinsip mendengar dahulu. Kemudian cakap

"Ehemm..boleh saya nak tanya sikit?"

Kan sweet..sejuk hati kawan tuh..eceh!

6) Jangan lah Over

Erti kata lain: Jangan lah berlebihan pulak. Bukan lebih berat badan, OK? Lelaki tak suka cakap banyak perkara dalam satu waktu.

Tak cool. Berserabut. Tak steady langsung. Lepas tuh pening nak faham sebab kejap kau cakap A, tibe-tibe D..kemuadian M, then B...Pening!

Mereka lebih suka topik fokus banding dengan topik yang bersimpang siur. Lepas itu lost!

7) Menghadapi gangguan seksual

Haaaaaaaa..ini dia..ini dia..macam mana nak buat ni? Kot-kot kau kerja dikelililngi lelaki...kau pulak spesis terpencil..bua naya saje..kan?

Rasa tak selamat betul kalau jadi macam nih.

Bentuk gangguan seksual:

1) Secara kata-kata dan tingkahlaku

2) Ungkapan rayuan berbaur tak senonoh dan macam memperkecilkan perempuan

3) Menggula-gulakan perempuan. eh..main rasuah-rasuah pulak dia....Ceh!! "OK..kalau u buat macam nih...i promise naikkan pangkat U jadi P.A I, amacam?"...Cess!

4) Ancaman. "If u tak buat, I akan letak katak banyak-banyak bawah meja U sampai U trauma taknak datang office"

5) Serangan seksual secara kasar.

So? Macam mana nak elak atau meminimakan risiko?

Tak payah la pakai seksi-seksi-meksi-hot-spicy mengiurkan..sampai orang nak buat kerja pun tak boleh nak kosentret. Jangan lah jadi stok manja-manja geli-geli...buat orang geraammm jek.

Jadilah seorang yang tegas. Supaya orang tak mudah nak buat apa dekat kau. Tegas tak semestinya berwatak garang, tahu?

Kalau ada juga, sila la adukan masalah kepada pihak atasan yang berkaitan.

Kalau tak ada, Alhamdulillah la...Tapi jangan lupa selalu berdoa..Kita mana tau bila nak datang..betul?

Pssssttt...kalau jumpa je orang saiko-saiko gatal miang nih..kau karate jek dia...heheheheh..ada berani?

OK..habis...next time share cerita lain pulak.

P/s: Dah macam ayat skema jek rasa nih...kerut muka nak menulis..tapi tak pa...bawa kebaikan, why not kita share?


No comments: