Tuesday, March 22, 2011

St Rock..Eh! Strok lah!


Eceh!

Macam nak eja nama tempat yang berbunyi seperti "St. Rock". Padahal saya langsung taknak cakap pasal itu. Saya tidak tahu menahu pun. Yang saya tahu cuma muzik ROCK saje. Hahahah

Padahal sebenarnya, saya mahu bercakap mengenai penyakit. Ye tuan-tuan dan puan-puan. Strok. Sejenis penyakit. Ehem..ehem...mahu cakap hal penyakit-penyakit ini, kelihatan seperti doktor kesihatan saja. Padahal saya sendiri bukan sihat sangat pun. Kah!Kah!Kah!... :-)

OK, FINE. Layan orang suka menceceh bukan suatu perkara berfaedah, melainkan kau memilih untuk melayan sesuatu yang "ringan" tanpa perlu difikir dalam-dalam.

So, mari serius kejap. Saya ajak nih.

Kenapa lah saya ni sebok-sebok poyo sangat nak cakap tentang penyakit-penyakit yang biasanya menyerang orang dewasa terutama sekali yang orang tua nih?

Mudah saja. Kerana Abah saya diserang strok sebanyak satu kali buat masa ini. Saya harap tiada serangan lagi selepas ini. Saya sangat concern dan sangat risau, tahu?

Bila Abah saya kena nih? Dia kena ketika INI sebenarnya. Lama dah.

Anyway, apa salahnya jika saya berkongsi dengan kamu yang berminat nak kongsi. Yang tak minat, tak apa. Mungkin kamu akan minat suatu hari nanti. (mungkin hari ini?) :-)

Hahahahaha!

Gila serius pulak aku rasa. Muka pun stress. OK, semua regangkan otot. Kita cakap yang simple-simple saje.

Stroke - Apabila terdapat serangan di otak akibat dari bekalan darah dan oksigen tidak mencukupi/ terganggu untuk sampai ke otak. Makna kata lain, jika darah dan oksigen tak sampai ke otak yang menjadi pusat kawalan utama saraf akan terjejas. Sel-sel akan mati/rosak. Gangguan yang dimaksudkan ialah saluran darah di otak pecah atau tersumbat macam longkang tersumbat lama-lama tuh la. Tapi longkang tersumbat masih bole tunggu dan sabar serta boleh dibaiki dan ditukarganti. Tapi kalau salur darah? Jangan main-main OK? (Sambil membuntangkan mata sepet!)

OK, jom kita berkenalan dengan fungsi Encik/Cik/Tuan/Puan Otak sekejap. .

Hai...sayalah otak yang comel..Saya tidak akan mengajar anda subjek biologi- mengenali anatomi otak, saya tak nak suruh kamu hafal segala "komponen" yang tergeliat menyebut itu. OK? Sebab saya bukan cikgu dan ilmu saya memang cetek. Cukup sekadar kita berkenalan ringan-ringan tentang bahagian kawalan badan yang berpusat di otak.


Cara kawalan otak. Otak kanan mengawal bahagian anggota kire, manakala otak kiri mengawal bahagian badan sebelah kanan pula. See...how they are connected each other. :-). Kerosakan otak ini boleh menjejaskan deria-deria, pertuturan, pemahaman bahasa, corak fikiran, daya ingatan terjejas. - So, siapa yang banyak menggunakan tangan kanan - contohnya: menulis , maka otak kiri kamu lah yang sangat aktif. Dan sebaliknya. So...siapa-siapa yang boleh menulis dengan baik untuk kedua-dua tangan, untung betol lah, kan? Sebab dia fully menggunakan otak nya. (Tapi hairan kadang-kadang, even guna smua pun, tapi ada yang bertindak macam tiada otak...kesian kan? Manusia memang macam tuh! kan?)


Contoh gangguan yang mengacau perjalanan darah/oksigen ke otak Gangguan ini macam trafik jem lah. Trafik jem kalau kau sabar, lama-lama lengang juga. Kalau langgar peraturan jalanraya, Abang Polis tunggu depan sana bagi surat Cinta. Tapi kalau salur darah tersumbat pecah, kau tak boleh tunggu-tunggu lagi. Bahaya, OK? Majlis Bandaran lambat repair longkang belakang rumah kau pun kau tak boleh sabar..inikan pulak berkaitan dengan otak?

Yang abah saya kena hari itu ialah Strok TIA (sementara) - dipanggil juga strok mini - akibat dari gangguan bekalan oksigen dan darah terjejas sementara. Gejala kurang dari 24jam, dan pulih dengan sedikit penjagaan dan pemerhatian lah. Tapi sudah cukup merisaukan.

Abah saya hari itu mengadu kebas-kebas tangan. Dan susah menyeimbang badan kanannya. Rasa sangat lemah. Sehingga jalan pun perlu dipapah. Sangat risau saya. Takut dia terjatuh/tergolek - lagi risiko tinggi, mungkin boleh terus mengakibatkan lumpuh. Ya Allah, minta dijauhkan lah. Aaamiinn.


OK, ini contoh scan mangsa strok. Yang lebam-lebam dekat otak tuh la ada tesumbat tak bagi oksigen sampai. So...bergantung pada daerah mana yang tersumbat. Yang mana tersumbat akan jejaskan aktiviti macam gambar dekat atas sekali tunjuk tuh (kawalan pergerakan, percakapan, ingatan, etc)

Zoom dekat lagi ke saluran mana yang sumbat tu. Ohhh..yang tunjuk pakai mata pensel tuh tesumbat ghupernyerrr

(photo-photo amik sini jek)

OK, cerita basic tamat. Tak faham tengok apa yang tesumbat tak ape lah. Doktor kau boleh bagi tahu kamu. Eceh! Yang kau perlu tahu cuma:

1) Serangan strok itu bahaya, kena ambil action jangan buat derk jek.
2) Meminimakan risiko strok dengan mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan tertentu. Semoga anda tidak terpilih masuk geng-geng Strok.

Actually, time mula Abah saya kata kebas-kebas tuh, saya tak suspect dia nak kena strok tahu? Ya Allah, tak peka betulkan saya nih? Yang tahu dia strok adalah kerana selepas seminggu dari tarikh kami balik Kelantan tuh, adalah tarikh appointment dia. Cerita dengan doktor what happen lately. Ha amik kau! Kena marah kami. Patut time ada simptom tuh straight away pergi mana-mana hospital, sure kena tahan dekat emergency. Don't play-play. (sambil goyang-goyang jari). Hasil dari scan, memang ada sikitttt terjejas. So far, bukan major lah. Tapi saya masih risau.

Apakah simptom nya? saya ni blurr lah...

Pesan saya - You MUST BE AWARE with the symptoms. I mean orang tersebut lah. Bukan busy body jaga kain jiran. No way OK, not good melainkan yang membawa kebaikan.

Simptom-simptom dia:

1.Kelemahan atau hilangannya sensasi rasa anggota gerak atau wajah. Cth: Tak boleh kawal pergerakan, lemah anggota sebelah, nak tunjuk dekat lain tapi tangan tunjuk lain, perbuatan tak seiring dengan kata, kunun dia nak tunjuk atas, tapi dia pergi tunjuk kiri ke...macam tuhlah...

2.Kesulitan atau hilangnya kemampuan berbicara atau kemampuan memahami pembicaraan. Ini kamu mesti alert lah perubahan. Bukan butir bicara hilang sebab gigi palsu tertanggal ke apa OK..u can smell the different...eceh!

3.Hilangnya penglihatan tiba2, terutama satu mata

4.Nyeri kepala hebat dan tiba2 tanpa penyebab yang jelas

5.Rasa penuh di kepala yang sulit di jelaskan, hilangnya koordinasi dan keseimbangan


OK lah..penat buat cerita kesihatan ni. Saya pun macam tak jadi sehat dah. Untuk keterangan lanjut, boleh la buka kitab Google...okeh? Boleh juga ke SINI.

Bye!

No comments: