Tuesday, March 29, 2011

Time Line...Pembaris...Garisan Hidup...





Ini bukan siri "tilik nasib" macam ahli sihir mintak tengok tapak tangan kau kemudian bagitahu nasib kau. Bukan ya. Bukan tilik garisan kehidupan nasib kamu dimasa depan. Konon-konon kahwin tiga ke, jadi jutawan ke, dirundung malang ke, hidup celaru ke, bahagia aman sentosa ke, jadi Perdana Mentegi ke, Ganti tempat Mark Zukerberg (camana eja?) ke..bukan, OK? Saya tak pandai tilik pun! Hehehe

Saya tak tahu, sejak bila saya mula merancang kehidupan saya. Planning. Tapi saya tahu saya ada planning untuk diusaha dan dilaksanakan dan menikmati hasilnya. Saya rasa, saya tidak boleh duduk diam dan tunggu sahaja tanpa buat apa-apa. Saya hanya akan redha bila saya sudah berusaha untuk sesuatu.

Kalau setakat macam merelakan semua ikut flow semata, tidak sama sekali. Tidak kira lah usaha sikit atau banyak, tapi mesti ada plan. "Wait & See" hanya sesuai untuk di apply untuk tengok hasil sahaja. Faham ke?

Adakah "Planning" juga membawa maksud "Dreaming"? ---> bagi saya... YES..hahaha

Sebab tanpa mimpi-mimpi kau...kau takkan tahu kau nak usahakan apa yang kau nak capai. Weh...orang duduk gua pun ade mimpi dan impian weh...ini kan kau pulak yang pakai I-Phone, pakai make-up Bobby Brown, perfume Gucci, Pakai tali pinggang Prada, rambut tegak-tegak collar baju terangkat sikit punya stylo kan? Eh? aku cakap perempuan ke lelaki ni? Ahhh...sama je mana-mana..hahaha

Teringat aku dulu-dulu.

1) Time sekolah rendah, darjah 1-3 nak belajar pandai-pandai sebab nak masuk kelas pertama Kehkahkah!

2) Time darjah 4 aku pindah sekolah. Then niat nak dapat nombor 5 ke bawah. Tapi 2-2 peperiksaan dapat nombo 2 saja. Ceh!

3) Darjah 6 kan ada UPSR. Zaman tuh UPSR ada sampai 4A's jek. So aku nak Math aku A. So hari-hari duduk pulun buat Math. Yang paling aku tak pulun B.I. Maklum lah zaman aku, English ni budak-budak tak minat sangat. Faham menulis dan baca jek. Nak harap cakap Omputih, idak lah. Cakap English time subjek english jek. Zass! So dapat la 3 ketul A's dengan 1 B. Oh Lupa...time sebelum UPSR memang tak target nak masuk asrama ape pun. Tapi lepas dapat result baru fikir nak MRSM. Tapi too late. Dengan result macam tuh, adalah sukar untuk saya menempatkan diri. OK, tak ape.

4) Zaman kegemilangan kecambahan keremajaan diri lah konon. Belajar pun main-main. Malas nak cakap.

5) Gadis-gadis bila dah besar sikit, borak target nak kahwin umur berapa. Aku cakap umur 25 tahun ke atas. Sebab nak bina kerjaya. Eceh! Tapi nampak macam sampai sekarang belum ada tanda ape-ape. Umur pun lebih dari had target

6) Nak beli kereta bila kerja.

7) Nak beli asset sebelum kahwin.

8) Nak ada family.

9) Nak parents aku tak payah kerja, duduk diam-diam..aku jaga diorang.

10) Nak anak lebih dari 3 orang. Sebab aku rasa, aku yang ada 3 beradik jek ni pun macam tak best. Tak happening. Sikit sangat.

11) Ada saving banyak-banyak.

12) Nak kerja sampai umur 45 jek. Aku nak duduk diam-diam jek. lepas tuh Urus rumahtangga. Time tuh kalau boleh, aku tak perlu berada ditempat kerja, tapi income aku ada. Taknak penatkan badan dah. Ada boleh dapat ke? Aku nak luangkan masa untuk semua orang aku paling sayang. Sampai aku rasa tak miss something pun. Tapi impossible kan?



OK. Stop sini lah. Nak cerita pasal impian/mimpi/harapan aku memang banyak. Ada yang sudah tercapai, ada yang belum...still work on It..



p/s: Jangan malas merancang...kalau tidak, kau akan kelamkabut dan memberi kesan sekeliling dengan huru hara kau...erti kata lain: MENYUSAHKAN

Hidup macam pembaris..macam jam...berkadar terus dengan masa...sama macam kedutan yang muncul di paras rupa kau...seiring dengan usia kau...

* apsal kau stop? Aku pening kepala salah minum...bukan air haram...tapi aku minum lemon honey...tapi rasa pelik..isk..spoiled betul
* enjoy your life...tapi jangan lupa masa depan kau jugak, OK?

Thanks.

No comments: