Tuesday, August 9, 2011

Bagus Melabur, Jangan Melebur...



Salam.

Nak cakap sikit. Tak. Aku mana boleh cakap sikit-sikit. Kalau cakap sikit-sikit itu namanya control cun atau otak tengah blurr kosong tak tahu nak buka topik apa.
Kes terpencil. Sebab selalunya TAK.

Semalam. Balik lambat sikit sebab nak standby bahan-bahan bos nak bawa meeting esok untuk satu projek di Damansara. Kan bulan puasa balik pukul 5.00 petang. Tapi saya suka mengeluarkan diri lambat sedikit dari office sebab tak mahu meradang-radang berebut-rebut dengan umat manusia yang berpusus-pusu pulang dengan girang (girang kah??). Lagi-lagi pula waktu jam 5 macam sudah jadi waktu puncak. Sebab akan bersekali dengan waktu pejabat yang businessnya ditutup jam 5.00 petang.

Sangat lah tidak berapa enak jika terperangkap dengan selautan enjin-enjin di jalan raya. Lain lah kalau ada teman borak-borak. Boleh lah gebang -gebang walau tekak rasa macam nak kering. Hahahahah

OK.

Dalam radio dengar pasal yang kita-kita menjadi kakitangan awam/kerajaan sudah boleh mengeluarkan sebahagian wang dari Akaun 1 KWSP kamu. Wowww! Macam bagus juga tuh! Ye tak? Siap boleh dikelaurkan setiap 3 bulan sekali pulak tuh! Dulu-dulu cuma boleh kelaur dari Akaun 2 sahaja. Ye la kan, Akaun 2 berapa sangat lah value dia kan?

OK, berita rasmi adala seperti yang dikeluarkan pada 08 August 2011. Kira macam masih kategori berita panas lagi lah kan. BACA seluruh berita. Sila KLIK.

Pelaburan adalah untuk Amanah Saham 1Malaysia (AS
1Malaysia).

Mesti ada yang tertanya-tanya berapa banyak yang kamu-kamu boleh laburkan, kan? Adalah dinyatakan amount pengeluaran adalah berdasarkan pengiraan (formula) tertentu. Bukan ikut suka kamu nak keluarkan macam cakap dekat kaunter

"Puan, saya nak keluarkan RM3juta dari akaun 1 saya. Banyak sangat saya tengok. Geram lah. Nak melabur. Ikat tepi lah".

Hahahah..

Weh...kau beli air ke apa nih?

Bukan begitu ya anak-anak. Kita ada procedure nya. So saya yang bukan kakitangan dan memang tak arif tentang KWSP - yang hanya tahu tiap-tiap bulan ada potongan masuk akaun ini pun pergila jengah-jengah www.kwsp.gov.my.

Apa lagi, terus selongkar terjah "Kalkulator Kelayakan Pengeluaran" mereka. Kalau kamu ada akaun KWSP Online lagi senang. Terus boleh kira. Tak payah hegeh-hegeh nak pergi pejabat KWSP berdekatan, nak scan jari baru dapat statement. Boleh daftar online di SINI.

Seperti tercatat, Cara kira untuk pelaburan adalah macam ini:

1) Sila cek baki akaun 1 anda.

2) Nilai yang boleh dilabur adalah berdasarkan formula ini : (

Baki Akaun 1 - Simpanan Asas) x 20%

Formula ini anggaran kasar lah. Kalau nilai sebenar still kena pergi kaunter KWSP yang berdekatan. :-)

OK! Jangan kerut-kerut dulu. Saya tahu mesti kamu fikir
"apekemendanya simpanan asas tuh?"
.

Ye tak?

Sebelum itu, mari kita belajar apa definisi dia.

Simpanan Asas adalah....
- satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.


Ingat dalam-dalam ya. Sudah?

Sudah faham, kena tahu Syarat-syarat pulak:

  • Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
  • Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
  • Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual dibawah.
  • Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

Sudah? OK, sekarang kita sudahpun sampai ke subjek Matematik. Tak lah susah dan memeningkan macam Kalkulus. Ini remeh punya. Very easy. Eceh!


Sumber adalah dari KWSP sewaktu entry ini dikeluarkan. Sila klik image untuk penambahbesaran imej. Terima kasih.


So, faham? Jadi? apa lagi? Grab lah cepat. Kalau nak tunggu duit gaji sendiri simpan dalam dompet, jawapnya ke lain lah jadinya. Bukan MELABUR, Tapi MELEBUR. Habiss keluar asap.

Untuk kamu-kamu yang tak ambil kisah pasal KWSP, sila ambil kisah eh. KWSP bukan sekadar ada pengeluaran nak beli rumah, beli komputer dan melabur. Ada macam-macam.

» Pengeluaran Umur 50 Tahun
» Pengeluaran Umur 55 Tahun
» Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
» Pengeluaran Hilang Upaya
» Pengeluaran Meninggalkan Negara
» Pengeluaran Pendidikan
» Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
» Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
» Pengeluaran Membina Rumah
» Pengeluaran Membeli Rumah
» Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
» Pengeluaran Kematian
» Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
» Pengeluaran Perumahan Fleksibel
» Pengeluaran Kesihatan


Haaaaa...amacam? Weh...kalau kau punya duit dah sampai RM1juta (isk..kerja apa ni...eh? sampai sejuta simpanan).

Akhir kata....

KWSP Bukan Hanya Simpanan...


p/s: Info lain dari ASNB. Klik lah

* Saham Amerika jatuh merudum-rudum. Malaysia bagaimana? So far masih terlindung...Doa banyak-banyak

1 comment:

mizzura said...

itu dia....pakar pelaburan kita.. :-)