Hai...tolong diriku ini...siapa yang sudi. Dengan hobi menghabiskan sisa waktu ini, saya butuh seseorang untuk menemani diriku ini. Ramai-ramai pun tidak mengapa. Tapi kalau sudah segerombolan yang turut serta aku khuatir ada yang menarik muka masam kerana apa yang ku offer tidak mencukupi untuk kamu-kamu pula. Waduh!
Kok ku ngomong apa ini sih begini? Waduh! Tolong daku. Dah cakap caca-marba dah.
Yang tersengih-sengih...
Keluarkan dari acuan itu....
Lihatlah permukaan bawahnya...oh! licin sih!
Ketebalannya...(menggunakan setengah adunan)
Mari potong kepada dua (atau lebih layer ikut suka)...letakkan di atas sesuatu yang tinggi (contoh bekas yang ditelangkupkan untuk memudahkan sesi pembelahan dedua (eh? pembelahan dua? salah satu kaedah pembiakan bakteria dalam subjek Biologi/Sains kah??)
Di sapu frosting cheese itu. Ya ibu-ibu serta adik-adik, amat enak ini frosting. I like!
Hiaskan sukahatimu....(saya tak pandai...) - Mesti kek ini menangis sendiri sebab di make-up entah rupa apa tah...
Zoom dekat...memang menjejeh...
Zoom lagi dekat nampak selebet. Baiklah...tak pandai nak main tempek-tempek..sila usaha lagi
Keluarkan dari acuan itu....
Lihatlah permukaan bawahnya...oh! licin sih!
Ketebalannya...(menggunakan setengah adunan)
Mari potong kepada dua (atau lebih layer ikut suka)...letakkan di atas sesuatu yang tinggi (contoh bekas yang ditelangkupkan untuk memudahkan sesi pembelahan dedua (eh? pembelahan dua? salah satu kaedah pembiakan bakteria dalam subjek Biologi/Sains kah??)
Di sapu frosting cheese itu. Ya ibu-ibu serta adik-adik, amat enak ini frosting. I like!
Hiaskan sukahatimu....(saya tak pandai...) - Mesti kek ini menangis sendiri sebab di make-up entah rupa apa tah...
Zoom dekat...memang menjejeh...
Zoom lagi dekat nampak selebet. Baiklah...tak pandai nak main tempek-tempek..sila usaha lagi
Oh. Ini rupanya. Baiklah ambil pen dan kertas atau printer (?). Resepinya senang saja. Tak tipu. Cuma part yang mahal kalau macam teringin nak buat frosting itu. Mahal sikit lah. Cream Cheese & Mascarpone bahan mahal (agak mahal), tahu?. (tak percaya pergi usha).
Macam saya, saya pakai Cream Cheese & Whipped Cream sahaja. Huhuhuhu. (Sebab tengok Mascarpone macam out of my bajet main-main ni je. Lain lah kalau I expert, buat business ke, sure I beli lah kan)
Nama kek ini Red Velvet a.k.a Merahnya Mak Ngah. OK bukan. Bahasa ibunda dipanggil "Baldu Merah". Kalau kamu buat warna biru boleh pasang lagu "Baldu Biru" nyanyian duet Ella dengan Awie. Jangan pula nyanyi lagu Tenda Biru. Itu lagu sedih Tak sesuai nak buat kek kalau gitu. Buat air mata boleh lah. Hehehehe...
Kek ini nampak gerun sikit nak makan sebab merah betul. Walau tak letak pewarna banyak sangat, tapi kelihatan merah garang. Yang syok nya walau merah tapi dia berperasa coklat! Sebab kita campur koko powder banyak juga (err..tak lah sebanyak tepung nya, jangan banyak-banyak nanti pahit pulak!).
Kek ini konon macam fofular lah kan gara-gara Secret Recipe pun belum keluarkan lagi. Eh tipu. Tak ada kena mengena. Cuma nak cakap kek ini belum lagi terjual di Secret Recipe. Tuh aja. Kalau SR dah jual..errr...errr...kena buat inspirasi diri sendiri compare rasa lah. Hahahaha! Kek ini dikatakan glamer lah juga untuk pasangan kekasih. Mungkin sebab warna merah kot. Merah kan lambang Centa-centa. (iye ke?)
Saya just follow resipi dari Puan Nani maknya Hanis Zalikha Manis itu saja. Nanti next time akan try dari resepi orang lain pula. Hehehehe.
Resepi boleh refer blog Puan Nani tadi ya. (dalam gambar Puan Nani ni cream dia tebal, tak la macam cream saya yang sememeh je tempek itu). OK, Yang dekat bawah ini saya ikut cara Kak Nani itu sajalah. Tapi ubah aturan ayat bagi memudahkan...
BAHAN- BAHAN
* gambar saya ini, saya buat separuh adunan saja, sukat matematik sendiri lah ya, yang bawah ini untuk sebiji besar.
Untuk Topping:
250g cream cheese
250g mascarpone
300ml non dairy whipping cream
1 cwn gula icing diayak
1 sudu teh esen vanilla
Langkah-langkah:
1. Pukul 250g cream cheese & mascarpone. Sampai kembang.
2. Masuk pula gula icing yang telah diayak
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk whipping cream sikit-sikit sampai sebati.
5. Siap, simpan dalam peti sejuk ya puan-puan.
Sekarang kita pergi macam mana nak buat kek pula
Untuk kek:
240ml susu cair
2 sudu teh cuka
2 sudu teh pewarna merah mak ngah oii
250g tepung gandum (*)
1 sudu teh baking powder (*)
secubit-dua garam halus (*)
2 sudu makan serbuk koko (*)
150g butter
100g gula kastor
200g gula perang (brown sugar)
1 sudu teh esen vanilla
Telur 2biji (gred A)
Langkah-langkah:
* panaskan oven 10minit dengan suhu 160'C1. Perap susu cair + pewarna + 2 sudu cuka selama 10 minit
2. Ayak bahan bertanda (*). Lepas itu letak tepi.
3. Bancuh lagi 2 sudu cuka + soda bikarbonat. Letak tepi.
4. Pukul sampai kembang butter + gula kastor + gula perang + esen vanilla.
5. Bila kembang masuk 1-1 telur. Pukul sebati rata kembang.
6. Selepas itu masukkkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit yang diselangseli dengan bancuhan susu tadi.
7. Dah habis, masukkan bancuhan cuka + soda bikarbonat tadi.
8. Bakar dalam oven 160'C selama 20minit. Nak tahu dah masak ke belum, cucuk dengan lidi. Kalau ada terlekat dekat lidi lagi, belum masak lah tuh.
Lepas itu angkat, sejukkan dulu kemudian hias lah dengan frosting cream kamu itu mengikut creativiti/citarasa. OK?
Kemudian kamu boleh tersenyum bangga sambil dalam hati cakap "Wahhh...kek aku menjadi lah..suka..suka".. joget-joget sambil tunjuk dekat siapa-siapa yang kamu suka sebagai tanda berkongsi kegembiraan bukan sebagai tanda riak. Yeayy!
TIPS
*tahukah anda bahawa campuran susu + cuka/lemon adalah sama dengan bahan ganti untuk buttermilk?? ;-)
ATAU
setengah susu + 1/2 soda bikarbonat perap 30minit pun adalah bahanganti buttermilk juga?
OK, apa tunggu lagi? pergilah buat! :-)ATAU
setengah susu + 1/2 soda bikarbonat perap 30minit pun adalah bahanganti buttermilk juga?
* boleh rujuk sini juga untuk bahan ganti if barang tiada.
Memang ku butuh tukang perhabiskan, kerana saya tak larat nak makan. Semangat membuat sahaja, memakan macam monster tak ada. Mungkin sebab saya seorang. Hahahahah
Bye
2 comments:
oh cik nozie, silalah berpindah mnjadi jiran sebelah rumah aku..alangkah heaven nya!!!
hahahaha...kalau btol kau sebelah umah aku...mmg aku ajak joint main masak2 sue...kerja menghabiskan tepung
Post a Comment