Semalam UPSR. Terima satu pengkhabaran gembira tentang anaknya memperolehi 5A's. Ya Allah, betapa saya pun turut mahu melompat-lompat gembira sama. Rasa bergenang air mata terima berita macam ini.
Saya yang tiada kena mengena pun begini rasa, apatah lagi yang tukang sampai. Sangat gembira bukan kepalang sampai terdengar getaran di hujung talian. Sebak yang tak mampu berkata apa-apa. Hanya air mata mampu menggambarkan segalanya. Semua perasaan puas, gembira, sejuk hati, dan segalanya tergambar.
Tak cukup dengan itu. Nenek pon menangis juga bole dikhabarkan berita itu. Menangis lagi sekali sang parents bila mendengar nenek berjurai air mata.
Kini, baru lah saya dapat mengalami dan memahami hati seorang ibu-bapa. Baru saya sedar kenapa tiap ibu-bapa mempunyai impian dan doa yang tinggi untuk anak-anak. Perkara ini bukan sesuatu yang memaksa tetapi satu pengharapan dan kepuasan. Anak-anak mungkin tidak atau tidak mahu faham apabila ibu bapa membebel "Baca buku, buat kerja sekolah, jangan main-main..". Mereka sebagai anak-anak berasa stress dan annoying. Tetapi sebenarnya ibu bapa mahu yang terbaik buat anak mereka.
Saya rasa kejayaan seseorang anak juga umpama ubat spikologi untuk ibu bapa. Contoh macam bapa seorang yang belajar tidak setinggi mana, jangan cakap kolej biasa, universiti pun apa tah lagi tak pernah jejak. Sepanjang hidup dari muda sampai ke tua tak pernah la busuk-busuk pun terima gelaran "Budak U". Memang tak pernah. Siapa tak teringin bergelar "Budak U" waktu itu. Sebab orang cakap bukan senang. Baru masuk "U" dah bergegar kampung orang cakap sana sini, apatah lagi dah graduate dan dapat pula sandang jawatan kerajaan. Yang tak jadi pegawai pun orang kampung duduk anggap "pegawai" juga. Tapi itu dulu lah. Zaman sekarang tak payah cakap lah. Mungkin boleh lupakan niat nak jadi staff kerajaan sebab yang sedia ada pun, umur bersara dah lanjut ke umur 60 tahun. So tak nampak banyak peluang yang boleh diisi.
Tapi percayalah, once anak-anaknya berjaya lagi-lagi anak yang pertama sekali berjaya jejak ke "U", ada rasa kebanggaan dalam hat ibu bapa. Tolak ke tepi tentang gelagat kebanyakn makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang cakap penuh berlagak bahawa anaknya berjaya masuk Universiti wal hal ambil jurusan yang entah apa-apa. Itu tolak ke tepi. Tak penting. Tapi nampak tak situasi sebagai ibu bapa itu? betapa bangga tak terkira. Kalau yang stok ibu-bapa tak bangga diri dekat orang, pastinya hatinya terdetik juga cakap "Anak aku masuk Universiti".
Tahu tak walau dia cuma berdetik dalam hati tapi apa pengharapan dia? Jauh lebih besar dari sekadar perasaan "Anak aku masuk U".
Dia akan penuh tersenyum bangga puas sekiranya anak-anak nya berjaya cemerlang dan seterusnya memperolehi pekerjaan yang baik, bertambah senyum lagi bila anak-anak tidak lupa mereka bila dewasa, melayan mereka dengan baik. Dia pasti tersenyum bahagia gembira yang susah nak ungkap dengan kata-kata. Hanya Allah yang tahu.
Begitu juga, hanya Allah yang tahu bila hatinya sangat terhiris apabila anaknya seorang yang derhaka, melupakan mereka, melayan dengan buruk contoh: Menghalau ibu-bapa sendiri dari rumah dan membiarkan ibu-bapa merempat di rumah orang tua (perangai apa ini?)
Jadi...setiap pencapaian baik anak-anak adalah sangat menggembirakan ibu-bapa tak kira sekecil-kecil atau sebesar-besar kejayaan. Hatta nampak anak sudah pandai berjalan pun sudah seronok, tumbuh gigi pun seronok, inikan pula berjaya dalam kehidupan?
Jadi mari la kita jadi anak-anak yang terbaik buat ibu bapa kita seperti mana terbaiknya ibu bapa kita kepada kita.
* Cuma yang pasti, anak-anak sekarang perlu lebih kental untuk merebut peluang yang ada. Tidak kira di Malaysia atau luar negara. It's doesn't matter as long as U can make your parents proud with you!
* OK, nak main bowling...bye!
No comments:
Post a Comment