Hola..hola...
Sengaja mengambil cuti Aidil Adha yang panjang. (Oh! Cerita basi kah ini? Ya! :-P)
1) Mahu habiskan cuti tahunan yang terkumpul. Nak kata kumpul untuk cuti kahwin ke apa ke, tak juga. Jadi ada baiknya habis kan sedikit demi sedikit di waktu yang bijak. Eceh! (faham ke maksud saya ini?)
2) Yuyu pulang ke pangkuan keluarga selama seminggu. Jadi ada baiknya menghabiskn waktu bersama. Kalau tak bosan la dia selaku "tetamu" di rumah sendiri.
3) Mahu meluangkn masa untuk diri sendiri juga sambil meliat-meliat dan ke sana kemari tanpa ikatan dan dikejar bos. Hehehehe!
4) Menghabiskan duit? Errr..bole dikira begitu juga.
Jadi, sebelum beliau pulang ke perantauan yang jauh macam mahu masuk Thailand, maka marilah kita makan bersama-sama. Oh. Asyik makan sahaja. Tahukah anda bahawa sekarang saat ini Malaysia merupakan nombor 1 negara ASEAN dan nombor 6 di Asia Pasifik yang mempunyai penduduk yang rakyatnya obesiti? Tidak gerun kah? Ohhhhhhhh! *sambil letak kedua tangan di dada dekat jantung macam heart-attack*
Tak percaya geleng-geleng kepala lagi kah? Bole baca sini. Bukan1MalaysiaSahajaTapi1ObesitiJuga
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Tapi bukan bermuafakat tanpa jaga kesihatan. Tabiat itu boleh buat ekonomi merudum! Rakyat semakin pupus, pendatang samakin menimbun! (sebab semua sudah obes tak larat buat kerja).
OK. Walau dah cakap obesiti, masih juga suka menikmati hidangan yang menyelerakan. Agaknya sebab Malaysia ini negra kaya - kaya dengan makanan dan kaya dengan sifat melepak sambil cikai-cikai kunyah kacang atau keropok atau fries! Hohh! Apakah benar-benar rakyat Malaysia ini kaya-kaya? Erm..macam bukan, tetapi "mewah" makanan. Keriangan rakyat Malaysia menikmati hidangan tidak berkadar terus dengan keriangan melakukan senaman. Hmmmmm * Nak menitis air mata, menanti kesedaran dalam diri*
Maka saya akhiri dengan tempekan gambar yang menjurus ke arah...errr...*sila jaga kesihatan.
Here we come again E San, with Yuyu!
Kita mulakan dengan muka menunggu...
Mula-mula otak-otak kelapa (Otak-otak Coconut) sampai...dalam kelapa OK, siap ada isi kelapa...saaaaaaaaaangat wajib order setiap kali kunjung!
Tomyam (bukan tomyam dalam kelapa, tapi kuahnya putih berisi santan). Tom Kha Hai (Chicken Galangal Soup). Ini saaaaaaaaangat di-rekemen. Sebab bukan semua tempat masakan Thai ada. Tapi kan, hari ini kan rasa dia kureng sikit banding masa first time. Agaknya tukar tukang masak?
Kari hijau ayam (green curry chicken). Sangat suka dong! Patut ada dalam list! This time, saya vote Kari Hijau menang berbanding Tomyam Kelapa
Yang sangat ditunggu-tunggu aku dan abik...Crispy kangkung!
Dalam pinggan
Tahap kelicinan? Ada 3 group lagi selepas kami...
Memang habis tak tinggal!
OK, I'm Yuyu ..* peace!
Next time kita pergi lagi E San Thai Kitchen!
* Makan 4 oang tak cecah RM100 lagi...
* Lepas ini saya teror masak makanan Thai dengan melayari. INI (Resepi-resepi Thai)
No comments:
Post a Comment