Tuesday, November 22, 2011

Walau di Darat tapi Boleh Menggapai Awan


Amboi amboi amboi Combi...dah macam pramugari ke pramugara tah. Macam cerita Awan Dania pun iye jugak Tapi malas la nak cerita-cerita siri TV nih kan....

Kita nak cerita HOT je sekarang. TERKINI. Kang kalau cerita lambat kata "ala cerita basi". (Padahal masa type ni pun memang dah nak 24jam basi. Isk...)

Walau begitu, jangan bantutkan hasrat tapi sila tingkatkan stamina supaya kita bergerak seiring. Eh? apa kau melalut?



TAHNIAH HARIMAU MUDA!!! Auuummmmmmmm!

Andalah wira negara. ececececece!

Sebab?

Tentunya atas julangan pingat EMAS untuk Bola Sepak di Sukan SEA (SEA Games) yang berlangsung di Stadium Bung Karno, Jakarta, Palembang.

Ibu segala emas yang direbut-rebut semua milik Malaysia!

Syabasss!! Walau harimau hanya berada di darat, tapi dapat juga menyambar Garuda di udara! Fuhh! Tabik spring lah.Walau banyak dugaan dan rintangan, nampak nya kalau sudah rezeki menang, tetap menang juga. Tak cukup rintangan sedia ada, perang psikologi yang dihadapi pun mampu dicantas skuad. Terbaikkk!

Semua bermain sangat bersemangat dan steady walau awal-awal dah kena gasak dengan Indonesia yang balun rempuh macam makan apa entah. Alhamdulillah. Kita masih boleh bangkit dengan tandukan Asra tuh!.

Last-last penalti sahaja penentu segala.

Orang cakap, menang penalti "apa la sangat", BUT! sebagai penentu, kita kena fokus juga! Rugi tak menang kalau pingat kemenangan hanya di depan mata! Mesti terkilan gila kalau tak gapai.

Memang stress la tengok time penalti tuh. Saya tengok time tuh saya tutup telinga mata terbuka (boleh imagine). Lepas tuh stress sebab sepakan ke dua tak dapat tembus gawang. Aiseh! Sengit tuh! Tapi apa-apa pun, tendangan terakhir Badrol berjaya memecahkan kegamatan di kedai saya! Woooohooo!!

Terloncat-loncat, terlaung-laung semua gembira. Sahut menyahut sana sini. Kedai saya bunyi, kedai depan sana berbunyi, kedai mamak sebelah kiri laaaaaaaaaaagi lah jangan cakap. Penonton ramai gila...Asal bola dah nak dekat dengan gol, semua pakat jerit " Haaa! Haaa! Haaaaaaaa"....lepas tak dapat "Aduhhhh" ramai-ramai. So sweet. So fun. Muafakat betul!

But berlainan pula dengan penyokong dipihak lawan (Indonesia). Kalau nampak macam nak gol, tapi tak gol, mereka cakap "Boddddohh!" dekat player itu. Huhuhuh. Seee?


Saat kemenangan...Ibu segala emas kita yang punya...yiiiihaaa!

Kita menang! Kita bukan menang motor...tapi menang emas..Ibu Emas!

Time lawan tuh, time Indonesia mendahului 1 gol, pekerja saya happy gila. Siap malam itu pakai baju merah kau! Time tuh kita frust lagi mengharap gol juga lah. And then penalti, masing-masing duduk doa masuk lah gol. Pekerja dah siap janji-janji dah, kalau menang nak buat apa (tak nak cakap apa lah, hahahah!).

Lepas semua selesai, naik la status-status facebook dengan macam-macam bentuk ucapan tahniah. Tak kurang juga sebelum-sebelum itu ada yang menyalahkan pemain itu pemain ini. Well, this is a game. The player do not know what will be happen, but they try their best to play and win. They know what to do. So don't blame lah kan. They are in a team. Let them play the rules. Kita support lah! Saya percaya kalau kita kalah malam itu, mesti some of us keep blaming sana sini. Kan? Not good lah...

Jangan lupa say "thank you" to Mr Ong Kim Swee (jurulatih Harimau Muda) yang membuat percaturan mendebarkan...

OK, lastly, Tingkatkan prestasi, kurangkan kontrovesi. Jangan bongkak dengan kemenangan ini...

Bung...Jangan menangis, boleh cuba di lain kali ya!

* Anyway komen untuk tuan rumah: Persediaan Sukan SEA tidak memberangsangkan. Attitude penduduknya juga tidak mencerminkan sesuatu yang comel. Time lagu negara ku dimainkan pun tak hormat, lepas itu skuad Harimau Muda terkandas dalam bas beberapa jam selepas tamat perlawanan kerana penyokong lawan frust tak puas hati buat sesak jalan. Siap meluah kata-kata tak comel meludah-meludah bagai. Sangat tak beretika, tahu ngak kamu? Kita seharusnya mengekalkan kemuafakatan antara kita. Kalah menang adat pertandingan.

* Dan-dan tuh nak buat doping? Ek elllehh...steady la dulu...

No comments: