Wednesday, November 30, 2011

Apa Hijrah Kamu?


Salam Maal Hijrah semua. Saya kira masih belum terlewat untuk ucapkan kepada kalian semua. Walau Maal Hijrah sudah meninggalakn kita 3 hari di belakang (masa entry ini ditulis, tapi saya yakin akan lambat published atas dasar kekangan waktu tambahan lagi skill menulis tak pernah nak bagus). Tapi tak mengapa.

Orang-orang selalu ternanti-nanti saat datang nya 1Januari setiap tahun sebab macam merupakan titik-tolak untuk memulakan sesuatu. Masa ini lah kita menanam cita-cita yang mahu digapai bak menanam benih-benih cinta agar berkembang mekar sepanjang waktu. Ceh! Konon-konon sahaja. Menunggu detik 12malam untuk mengucapkan "Happy New Year!" kepada orang-orang yang terpilih dan salah pilih. Saat itu lah berkuat-kuasa segala planning. Sukses ke tak, kita tak tahu lagi. Huhuhuhu..

Apa kata kali ni dari kamu tunggu-tungu kehadiran 01 January untuk melancarkan niat, baik kita lancar sahaja niat-niat kita sekarang? Lebih berkat dengan kehadiran 1 Muharam bukan? Amacam?

Untuk gadis-gadis cun comel yang terdetik niat "Mahu pakai tudung tutup aurat"...jom lah mula pakai sekarang. Tak perlu tunggu hadirnya 01 Januari ke...Bulan Puasa ke...etc lah. Jom mula sekarang. Perlahan-lahan. Tidak mendadak-dadak. Orang cakap slow dan steady sahaja. Biar orang lain tak perasan perubahan kamu itu, tapi cukup kamu sahaja yang perasan? Amacam?

Yang bertekad mahu memenuhi lubang-lubang solat yang selalu "terkoyak" sana sini itu..apa kata kita mula sekarang. Terus-menerus tanpa henti? Tidak perlu menunjuk-menunjuk atau perlukan semangat-semangat luar. Yang perlu hanya kehendak dan kerelaan serta keikhlasan hati sendiri sahaja. "Eh? macam mana saya nak tahu saya ikhlas ke tak ya?". Hmmm...Keihklasan ini hakikat sebenarnya kamu sendiri pun tidak tahu. Apa yang pasti buat dengan kerelaan hati dan patuh suruhan Allah dan percaya akan dikurniakan sebaik-baik kurniaan dari-Nya.

Yang mahu mulakan hidup baru? Mari lah hayun langkah. Jangan tangguh-tangguh. Takut tak kesampaian pula...

So, kesimpulan nya, mari lah kita menuju ke arah kebaikan bersaman-sama. (ayat mati kutu sebab tak ingat dah nak cakap apa. Feeling dah hilang)


Wassalam...

Yang selalu duduk bergossip-gossip tak tentu hala, apa kata hari ini kita cuba sikit-sikit kurangkan gossip kita sampai la dia menuju ke angka "0". Bercakap tentang kemuliaan adalah jauh lebih baik dari duduk-duduk di tepi kain orang dan buat orang sakit hati. Betul tak? Jadi mari lah kita bertukar. Kalau dulu kamu dikenali sebagai Kepoh Kecoh. Sekarang kita bertukar. Kepoh itu bukan sesuatu yang comel. Hahahaha! (tapi kadang-kadang comel juga kalau mencuit hati..hehehehe).

Bagi yang mahu bertukar peribadi dalam diri juga, mari lah buat sekarang. Yang baran? yang suka fikir bukan-bukan? suka syak sana sini? suka membangga diri? riak? bakhil? Mari lah bergerak. Semua ini bergantung kepada keinginan diri kita sendiri.

No comments: