Wednesday, August 8, 2012

Eden Boli Kereta Baru...Eden Suko Hati,,


Salam,

Burp! Alhamdulillah. Eh? Bukan makan tapi masuk angin. Asap tak tahu keluar ke tak kan. Bulan puasa kan nih?

Just nak buat kenangan. Abangah berjaya membeli sebuah kereta hasil titik peluh dia. Alhamdulillah. Susah payah juga nak membeli kereta di era globalisasi kini ya. Dengan harga rumah yang mencanak-canak tak ingat tinggi harganya tapi gaji yang kita-kita ini masing-masing tak la havoc mana. Macam-macam rules dah ubah. Apa-apa pun Alhamdulillah, semua cabaran dan halangan dapat direntasi. Yang penting sabar.

Teringat dulu-dulu masa waktu saya. Terkial-kial juga nak membeli kereta. Bukan kereta mewah BMW ke Porche. Myvi je pun. (malu i). Ya lah, ibu bapa saya bukan nya pandai memandu. Harus lah tiada kereta. Upah driver jauh lah sekali.

Lagi pun bukan senang mana dalam keadaan nak membesarkan adik-adik abah yang seramai 8 orang bersusun dan anak-anak abah yang seramai 3 orang ini. Tambahan waktu itu makan gaji sahaja. Jadi tentera. Mana lah nak memusing duit nak beli-beli kereta bagai macam orang lain. Sampai lah Abah buat keputusan bersara tentera dan mulakn perniagaan jual makanan sebab nak cari duit lebih nak tampung keluarga sambil nak kumpul duit nak buat rumah untuk datuk dan nenek saya di kampung.

Tahu-tahu dah tua anak-anak pun dah besar masih tak sempat nak belajar memandu pula. Tambahan umur meningkat tahap kesihatan pun tak berapa nak memberangsangkan. Faham-faham sahajalah.

Dah sampai mana cerita saya ini? Oh pasal kenangan membeli kereta pertama saya patutnya tadi yang nak diceritakan.

Seingat saya setelah saya tiga tahun bekerja baru saya berjaya menghasilkan sebuah kereta Myvi hasil titik peluh saya. Zaman-zaman itu semangat kerja saya setinggi gunung. Motivasi habis nak kejar sebiji kereta demi masa depan. Nak minta mak-pak belikan macam orang lain malu la kakak ini kan. Baik tak payah kerja kalau ibu bapa bagi free-free ye tak? Hahahaha. Masa itu pun tak ada pula makcik-makcik atau pakcik-pakcik mahupun lelaki yang tangkap lentok dengan saya nak dibuat menantu atau isteri kan. Jadi apakah yang mampu aku buat? (rasa macam bingai je ayat belakang-belakang nih.Ceit!)

Masa zaman tuh pulun la saya ber OT. Pulun la saya kalah calon pekerja cemerlang. Sudah biasa menanggung beban kerja sampai lali. Padahal gaji bukan kaya mana. Tapi sebab tak kisah dan mungkin nawaitu tulus dan kudus, Allah sayang kan saya, dia makbulkan doa saya. Dapat lah keluar Si Ijau itu. Allah sahaja yang tahu saat itu macam mana.

Tinggi angan-angan saya ini. Tapi selalu kene simpan seorang diri sebab kalau cerita dekat orang nanti takut bertukar jadi mode takabbur ke Mat Jenin apa tah sampai orang annoying. Kang jadi bahan pula impian aku tuh kan. Tak nak aku.

Kereta itu saya beli sendiri waktu hari lahir saya sendiri. Manual. Dengan penuh berdebaran. Sebab waktu itu entah saya pandai ke tak memandu walau saya memiliki lesen memandu sejak berumur 20 tahun lagi. Lulus lesen "P" terus tak pegang stereng masuk gear semua. Langsung tak. Memang berdegup kencang jantung ini. Percayalah.

Waktu dapat lesen itu, saya tengok kawan keliling baru kerja 2-3 bulan tak setahun dah beli kereta sendiri. Saya tengok poket dan buku account saya sambil fikir macam mana boleh beli kereta? Apasal aku tak mampu lagi ni? Saya siap buat buku kira-kira belanjawan untuk capai target.

Waktu itu ada la sikit-sikit dalam hati macam mengeluh kenapa la rasa hidup ini macam susah. Aku kecil sampai besar tak pernah pun berkereta sekeluarga. Sampai nak kongsi cerita dengan kawan-kawan masa sekolah pun saya jadi segan bila kawan tanya "ayah kau pakai kereta apa?"..."Kenapa kau tak ada kereta?"..sedih tau waktu itu. Hati budak-budak kamu faham sahajalah.

Wal hal hidup saya sebenarnya bukan lah sesukar fakir miskin atau tak berumah pun. Abah dan Mama masih mampu sediakan yang wajib-wajib termasuk lah menyediakan saya dengan segala pelajaran termasuk lah ilmu mengaji. Tak pernah gagal membeli buku sekolah saya adik beradik. Tak pernah gagal beri duit belanja pergi sekolah.Tak pernah kelaparan. Tak pernah.

Lagi satu mungkin masa sebelum saya beli Si Ijau niat saya suci sangat kot. Suci sesuci lebaran! Eh? Nak raya ke kita nih?

Bukan.

Sesuci embun pagi atau mungkin boleh diibaratkan sesuci bayi yang baru lahir bagaikan kain putih orang cakap.

Niat masa itu nak membeli kereta - Sebab boleh tolong ibu bapa. Boleh bawa satu keluarga jalan ke sana ke mari. Itu je. Tak payah nak tebalkan muka minta bantuan orang hantar ke sesuatu tempat atau bersusah-susah nak tahan teksi. Tak ada la niat nak pergi mengorat lelaki gorgeous ke..nak pergi dating ke...nak show off ke apa semua tak ada. Yang ada niat murni itu sahajalah.

Teringat waktu saya beli kereta nampak muka Mama seronok. Sama seronok mama tengok saya beli sebiji rumah. Atau mungkin waktu beli rumah muka mama double seronok. Kamu boleh bayang hati seorang ibu yang biasa hidup susah kan? Mesti dia rasa lega anak dia mampu. Sekurang-kurang hati dia lega dan nampak masa depan anak dia terjamin. Insya Allah.

Sedih pula rasa hati saya tiba-tiba. Sekarang tinggal lagi setahun hutang kereta saya. Kalau saya ada duit lebih saya ingat nak langsai kan je kereta ini. Tak payah nak fikir hal hutang-hutang ini. Tapi dari manakah duit bergolek-golek itu datang? Tak apa. Allah tahu apa yang terbaik buat saya kan?

Tahniah dekat Abangah...Hati-hati di jalan raya

Semoga sentiasa selamat dalam perjalanan. Semoga berlaku banyak kebaikan dengan hadirnya kenderaan ini. Insya-Allah. Boleh tolong ringankan beban ku mungkin? Heheheeh

* Saat entry ini ditulis Abangah baru sahaja beberapa ditimpa kemalangan. Syukur lah dia tak apa-apa. Yang apa-apa tuh si keretanya.hmmm...apa nak buat..benda dah jadi. 
* Terima kasih juga di saat berlaku kemalangan dengan Mama dan Abah and tak berapa sihat ada insan mulia yang tolong tengok Abangah. Harapkan saya? Saya rasa nak terbang berdesup terbang atau mungkin berharap saya ada kuasa berkembar - meng-copy diri saya di banyak-banyak lokasi macam kuasa cerita Dragon Ball. Watak apa tah tuh.

Bye


1 comment:

shuhada said...

lagi setahun je nozi kete ko ek...bagusnya...